Pages

Tuesday, December 7, 2010

Keputusan Piala Suzuki Malaysia 5, Laos 1

Preetttttttt!!!!!!!!!!!!!

Ya itu dia tamat 90 minit perlawanan Malaysia menentang Laos. Pasukan Malaysia berjaya menewaskan Laos dengan 5 gol berbalas 1. Ini bermakna Malaysia layak meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir.

Ketika menyaksikan perlawan tersebut secara lansung dari TV1, Tn. Penasihat pada mulanya agak ragu-ragu sama ada Malaysia akan dapat meneruskan kemaraan mereka kerana keputusan perlawanan ini juga dipengaruhi oleh perlawanan antara Indonesia yang bertemu Thailand. Maklumlah Indonesia telahpun mengesahkan kedudukan mereka sebagai pendahulu kumpulan dan sekiranya tewas sekalipun bermakna mereka telah layak ke separuh akhir bersama pasukan Thailand.

Walaupun kagum melihat perestasi pasukan Malaysia pada separuh masa kedua yang bermain bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka dihadapan Laos, TP merasakan sedih apabila mengetahui Thailand juga telah mendahului pasukan Indonesia. Namun segalanya berubah di minit ke 85 apabila mengetahui Bambang Pamungkas telah berjaya menyamakan kedudukan Indonesia melalui jaringan penalti sekali gus telah menghidupkan peluang pasukan Malaysia. Namun Indonesia sekali lagi mengukuhkan kedudukan mereka apabila sekali lagi Bambang menjaringkan gol dari sepakan penalti kedua yang dihadiahkan kepada mereka.

Rasanya Malaysia harus berterima kasih kepada bambang kerana tewasnya Thailand bermakna Malaysia Layak keseparuh akhir.

Nampaknya masih ada harapan dan impian yang dapat dipasang oleh pasukan dan penyokong pasukan Malaysia untuk melihat pasukan ini pergi sejauh yang boleh dalam pertandingan ini atau mungkin memenangi piala suzuki ini.

Malaysia Boleh!! Malaysia Boleh!! Malaysia Boleh!!

Lagu komedi : POE - Saman


Masih ingat dengan lagu ini? Kalau tak ingat mai Tn. Penasihat nak story sikit.
Lagu ni bertajuk Saman dan dinyanyikan oleh saudara Poe. Muzik lagu ni di ambil daripada lagu kumpulan mat saleh 'Inner Circle'. Itu je la yang TP tau pun. Yang lain dah tak ingat dah. Jangan mara arrrr....
Tapi takpa, cari jer sendiri info kat internet. hehehehhe.


Lirik lagu Saman(A LA LA LA DATUK)- Poe

Saya nampak tu

* A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong

** A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Sape kawan

Saya minta tolong pada datuk
Jangan saman
Saya ada perjumpaan
Dengan persatuan
Surat saman macam ini
Saya ada lapan
Termasuk yang ini wahai datuk
Sudah sembilan
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Encik dengar sini, hey)
Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

Ulang * dan **

Saya janji pada datuk
Sumpah saya tak buat lagi tuk (betul ke)
Pandu kereta laju laju
Takut langgar tembok
Saya tak tipu
Saya cakap betul
Saya janji pada datuk
Betul betul punya janji
Saya tak buat lagi
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Dengar sini, hey)
Lapan saman tidak bayar
Janji awak saya tak percaya
Tandatangani kertas ini
Awak tidak akan lepas lagi
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong la tuk

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Ape kawan

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan

(Dialog)

Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Pergi bayar saman

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Tidak kira kawan

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Jangan awak lalai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Nanti tidur balai…

Lagu: Ian Lewis
Lirik: Poe

Terima Kasih JzBusinessworld.com dan gilamodified.blogspot.com!!!

Assalamualaikum....

Bangganya n seronoknyer TP sekarang ni, nak tau kenapa?
Sebab pertama kalinya banner blog Saya Salah Ka? (SSK) ini telah sanggup di pacakkan di tanah dua buah  blog oleh pemilik blog tersebut tanpa paksaan atau dibayar berbuat demikian.
Kalau nak tau banner SSK tu baru siap sesangat dan masih panas lagi masa di pacakkan di tanah blog mereka.
Blog pertama yang TP maksudkan adalah blog Jzbusinessworld. Jz lah yang mendorong TP untuk membuat banner tersebut melalui segmen yang beliau anjurkan. Dimana beliau akan membenarkan peserta yang menyertai segmen beliau itu untuk meletakkan banner mereka di ruangan iklan yang beliau sediakan di blog beliau tanpa mengenakan sebarang bayaran. Tapi hanya untuk 2 minggu aje lah. Kira ok ler tu.
Haaaa satu lagi pulak ialah  gilamodified.blogspot.com yang dimiliki oleh saudara Khairul Ilham. Memang bestlah saudara kita ni. Tau-tau ja dia dah pacakkan banner SSK kat tanah blog dia. Dah tu setelah diteliti rupanya boleh kata orang lama jugak dalam berblog rupanya dia ni. Blog beliau pun pergh!! Kalau anda seorang yang meminati dunia modifikasi motor atau kereta, memang patut anda lawati blog beliau. Tapi tak tau la pulak berapa lama saudara Khairul nak pacak banner SSK kat situ. Sebab takder perjanjian pun sebenarnya. Tapi tapalah. janji ada orang yang sanggup amek banner SSK puk kira TP dah seronoklah.
Jadi di sini TP nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Jz dan saudara Khairul. bagi menghargai anda, TP juga akan memacakkan banner anda di tanah blog milik TP ini. Bagi sesiapa yang nak amek banner SSK ni ameklah. boleh kita tukar suka sama suka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...