Pages

Showing posts with label Berita Harian online. Show all posts
Showing posts with label Berita Harian online. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Berita Harian Online - Osama Bin Laden dilaporkan mati

WASHINGTON: Osama bin Laden dilaporkan mati dan mayatnya sudah dijumpai oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, kata pegawai negara itu, awal pagi tadi.

CNN memetik sumber berkata, Osama dibunuh dalam satu operasi ketika anggota risikan Amerika Syarikat menyerbu sebuah rumah agam di luar Islamabad.
Tentera Amerikat Syarikat memburu Osama bertahun-tahun, yang kemudiannya digandakan berikutan serangan pesawat terhadap Pusat Perdagangan Sedunia di New ork dan Pentagon yang dilaporkan menyebabkan 3,000 terkorban orang pada 2001.

Saturday, April 30, 2011

Majlis Sumpah Laknat Shazril Eskay Kecoh

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam mengotakan janjinya apabila melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, di hadapan sebahagian penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum itu mencetuskan kekecohan bagi menggagalkan majlis berkenaan.
Ditemani dua lagi trio Datuk T iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, Shazryl Eskay melafazkan sumpah itu jam 4.15 petang, bagi membuktikan dakwaannya yang pelaku dalam video seks didedahkannya sebelum ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...