Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang telah diumumkan secara rasmi yang mana menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Azhar Ibrahim berjaya menewaskan calon PAS iaitu Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi. Ini bermakna BN mengekalkan kerusi di DUN Tenang.