Hari Ahad haritu TP ada menonton rancangan Mentor separuh akhir kumpulan B, yang mana menyaksikan protoge Rahim Maarof, Aiman telah tersingkir dari persaingan. Mungkin ramai tidak tahu apa yang berlaku selepas rancangan live tersebut ditayangkan di kaca TV. Kalau korang semua nak tahu, Rahim Maarof telah mencabar pengkritik tetap rancangan Mentor iaitu Datok Ramli MS untuk menyertai Mentor musim depan sebagai seorang dari tenaga pengajar. Ini bermakna Ramli akan menjadi mentor kepada seorang protoge. Tetapi adakah Datok Ramli MS akan menerima cabaran Rahim tersebut??.. Itu TP tak boleh nak jawab.