Pagi tadi berlangsung di sebuah bilik hotel yang mana nama dan lokasinya dirahsiakan. Beberapa wartawan sama ada dari media cetak, media maya dan media elektronik telah dijaemput oleh seorang Datuk yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk T untuk menyaksikan satu rakaman yang didakwa membabitkan seorang pemimpin tertinggi dalam sebuah parti politik. Ahli politik tersebut juga didakwa sebagai seorang yang sangat berpengaruh dalam pakatan parti-parti pembangkang.