Pages

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri!!! & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua.

Pertama sekali sebelum memulakan sebarang bicara, TP nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Haaaaaa tu dia... Raya ke 3 baru sempat TP nak ucapkan selamat hari raya pada semua teman-teman. Maklumlah dah lama TP tak online atau update blog ni. Last update pun masa sebelum puasa haritu. Walaupun dah sebulan tak diupdate blog ni, tapi TP terharu sangat sebab masih ada kawan-kawan yang sudi singgah blog SSK ni hampir setiap hari.


Bagaimana dengan raya tahun ni bagi anda semua? Adakah semeriah seperti yang ditunggu-tunggu atau segalanya berlaku diluar perancangan anda. Bagi TP raya tahun ini merupakan satu kenangan yang sangat manis. Ini kerana Ramadhan yang lepas boleh dikatan merupakan Ramadhan yang terbaik pernah TP lalui. Terlalu indah dan terlalu singkat rasanya sebulan Ramadhan berlalu. Sehinggakan rasanya tidak puas melaluinya.

Terlalu banyak yang berlaku pada Ramadhan yang lepas, sehinggakan ada juga perkara-perkara yang tidak pernah terfikir akan berlaku dan tidak masuk akal berlaku pada diri TP. Sehinggakan membuatkan diri ini merasa sangat insaf dan menyedarkan tentang bertapa sayangnya Ilahi pada diri ini. Syukur ya Allah. Tak pernah terfikir begini nikmatnya menyintaimu dan bertapa lazatnya melakukan amal ibadah pada dirimu. Sesungguhnya Muhammad itu Rasul mu yang harus dijadikan sebaik-baik contoh pada sekalian umat.

Dikesempatan ni TP nak mohon sebanyak-banyak kemaaf pada semua sekiranya disebalik penulisan TP yang lepas ada menyinggung sesiapa. Adakalanya kesilapan berlaku tanpa pernah kita sedari. Buat semua saudara-saudaraku, lembutkanlah hati kita masing-masing. sesungguhnya perpecahan itu adalah sesuatu yang mengembirakan syaitan dan sekutunya.

Mudah-mudahan Allah akan memberikan hidayahnya pada kita dihari yang mulia ini untuk kita kengetahui tentang perkara yang benar. Insyaallah.... Amin...

Ohyaaaa.. Sebelum terlupa. TP juga nak mengucapkan selamat Menyambut Hari Kemerdekaan pada semua rakyat Malaysia. Jagalah kesejahteraan dan keamanan tanah tumpahnya darah kita ini.

4 comments:

Unknown said... BALAS

slmt hari raya maaf zahir batin TP.p mana lama sungguh menghilang risau sy..apa pon slmt kembali

Tuan Penasihat said... BALAS

@khairul
Terima kasih Khairul. terharu sungguh bila ada jugak yang risau bila TP hilang. TP ada, cuma sibok betul dengan kerja. malam pulak cuba-cuba sibok dengan buat amal banyak-banyak.
terima kasih lagi sekali Khairul.

Nik said... BALAS

salam aidilfitri.maaf jika ade salah silap yea :)

Jamil Tantari said... BALAS

ngan aku bila nak beraya plak???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...