Pages

Tuesday, May 31, 2011

PROTON bakal masuk Poland

Konglomerat minat edar kereta nasional, Lotus ke Eropah

JENAMA Proton semakin mendapat perhatian di pasaran antarabangsa apabila sebuah konglomerat Poland, Marvipol SA berminat untuk mengedarkan kereta nasional itu di negara berkenaan.

Selain kenderaan PROTON, syarikat pengedaran kenderaan terbesar di Poland yang memiliki hak pengedaran rasmi jenama Land Rover, Jaguar, Aston Martin dan Caterham itu, turut berminat mengimport model keluaran Group Lotus plc.
Jika menjadi kenyataan, beberapa model terpilih PROTON dan Lotus bakal memasuki pasaran negara yang sedang berkembang pesat di kalangan negara Eropah itu, tahun depan.
Mengikut sumber, Proton dan Marvipol sedang dalam peringkat rundingan awal berhubung perkara itu.

Segelintir pengunjung tayang aksi ‘ringan-ringan’ sekitar kawasan sunyi

MERSING: Sikap segelintir pengunjung pantai Air Papan, di sini, yang menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat bermadu kasih amat dikesali dan tidak disenangi pengunjung lain serta penduduk tempatan.

Mereka memilih kawasan sunyi di sekitar pantai berkenaan sebagai sasaran untuk duduk berdua-duaan selain secara terbuka melakukan aksi ‘ringan-ringan’ tanpa menghiraukan pengunjung lain.
Gelagat mereka jelas tidak disenangi pengunjung yang kebanyakannya datang bersama anak kecil selain pelajar sekolah yang menjadikan kawasan pantai itu sebagai tempat menghilangkan tekanan belajar.
Difahamkan kelakuan sumbang secara terbuka pasangan muda-mudi terbabit sudah agak berkurangan berbanding sebelum ini selepas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Air Papan mengambil inisiatif melakukan rondaan bagi membendung kegiatan yang boleh menjejaskan nama baik pantai berkenaan sebagai destinasi pelancongan terkenal.

Kepada semua umat Islam. Sudahkah anda membaca artikel ini?

Beneath Jerusalem, an underground city takes shape

In this May 17, 2011 photo, a view of Zedekiah's Cave is seen in Jerusalem's Old City. Underneath the stone buildings and crowded alleys of old Jerusa AP – In this May 17, 2011 photo, a view of Zedekiah's Cave is seen in Jerusalem's Old City. Underneath the … 
 


JERUSALEM – Underneath the crowded alleys and holy sites of old Jerusalem, hundreds of people are snaking at any given moment through tunnels, vaulted medieval chambers and Roman sewers in a rapidly expanding subterranean city invisible from the streets above.

Monday, May 30, 2011

Salama Juara Mentor Musim Yang Ke 5

Salama
Salama dan mentor Era Fazira
Berbekalkan suara yang sememangnya tak dinafikan sangat hebat, Salama dan mentornya Era Fazira, telah berjaya menggondol hadiah wang tunai RM 100,000.00 dan sebuah kereta setiap seorang setelah berjaya muncul juara  rancangan Mentor musim ke 5. Salama yang berjaya mendapat markah 85 peratus meninggalkan persaingnya Shiha ditangga kedua dengan 63 markah dan Iqa ditangga ke tiga dengan 56 peratus.

Sunday, May 29, 2011

Keputusan Final UEFA Champions League - Barcelona vs Manchester United Finals Result (29.05.2011)

Final

Wembley Stadium - London

Barcelona vs Man. United

( 3 - 1 )
Pedro Rodríguez 27'    Wayne Rooney 34'
Lionel Messi 54'
David Villa 69'

Walaupun TP tidak dapat menonton perlawanan final liga juara-juara antara Barcelona menentang M. United di stadium Wembley, England, tetapi kesempatan menonton perlawanan akhir di kedai mamak nasi kandar juga tidak kurang meriahnya. Memang riuhlah restoran yang TP pergi tu dengan jeritan dari kedua-dua penyokong. Kalau naktau TP menonton perlawanan tu dengan seorang lagi rakan blogger. Nak tau sapa?... haaa ce teka ce teka... tettt masa tamat.... Kalau nak tau dia ni seorang otai blogger tau, kalau sebut ja nama dia gerenti korang kenalnyer. Tapi TP tak nak bagi tau sapa dia.

Saturday, May 28, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 9 - Kumpulan Balas Tersingkir

Persaingan minggu ke sembilan Maharaja Lawak makin sengit. Semua peserta yang tinggal seperti Kumpulan Jambu, Jozan, R2, Balas, Sepah dan Nabil, masing-masing adalah peserta terbaik yang masih bersaing. Namun harus diingat, hanya seorang sahaja yang bakal keluar dengan menyarung mahkota sebagai Maharaja.

Tuesday, May 24, 2011

Perhatian Semua Rakan Blogger - Kempen Rayuan Bebaskan Nazaruddin Saidin

Rasanya ramai yang dah tahu tentang kisah penculikan yang menimpa seorang rakyat Malaysia bernama Nazaruddin Saidin, 38. Beliau telah diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf pada 8 Mei lalu dari Pulau Sulu di Selatan Filipina. oleh sepasukan 10 orang yang lengkap bersenjata.

Pihak bertanggungjawab menculik beliau telah meminta sejumlah wang tebusan bernilai 5.6 juta sebagai  syarat pembebasan beliau. Walaubagaimanapun jikalau mengikut dari latar belakang keluarga Nazaruddin, keluarga beliau sememangnya tidak mampu untuk membayar jumlah wang tebusan berikut. Isteri beliau Mazlina Mohamad, 38, hanyalah merupakan seorang penjual kueh sahaja. Disebabkan ketiadaan suaminya itu, maka tanggungjawab menguruskan anak juga kini terletak di bahunya.

Jadi disini TP ingin bertanya kepada semua rakan blogger. Tp ingin menganjurkan satu kempen bagi merayu pembebasan Nazaruddin. Sememangnya TP sangat tersentuh melihat anak-anak beliau. Kempen ini bukanlah ditujukan kepada pihak berkuasa sahaja, tetapi juga kepada pihak yang menculik Nazaruddin.

Sekiranya ada rakan blogger yang bersetuju, sila beritahu TP. TP sedang cari idea nak buat poster untuk di letakkan di blog yang setuju nak sertai kempen ni. Tetapi jikalau anda mempunyai pendapat sendiri yang mahu dikongsikan tantang kempen ini, silakan berbuat demikian diruangan komen ok.
Terima kasih semua.

Nazarudin’s children beg Abu Sayyaf to release him

SUNGAI BULOH: “Please free Papa.” This tearful plea was sent out by the children of trader Mohammad Nazarudin Saidin to his abductors in south Philippines.

Nazarudin, 38, has been held hostage in Jolo since May 7 by the Abu Sayyaf militant group which is demanding a ransom of eight million pesos (RM800,000).

The six children, aged between four and 15, have been praying for their father's release and safe return. They hope the group will not harm their father because they are from a poor family and cannot afford the ransom. The children live with their mother, Mazlina Mohamed, 38, in a semi-wooden two-room house in Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh.



Monday, May 23, 2011

Malaysia ranked world’s 10th largest consumer of alcohol

KUALA LUMPUR: Malaysia has been named by the World Health Organisation (WHO) as the world’s 10th largest consumer of alcohol despite its small population and size.

Statistics by the international body this year also showed that Malaysians spent over US$500mil (RM1.5bil) on alcohol with a per capita consumption of seven litres.

Beer consumption in Malaysia is 11 litres per capita.

Astrid si duyung jelita

NAMA aktres Astrid Berges-Frisbey tidaklah sepopular rakan senegaranya, Penelope Cruz. Namun, kejelitaan yang dimiliki gadis berusia 24 tahun ini mampu membuatkan ramai jejaka terliur melihatnya.

Astrid yang berasal dari Barcelona, Sepanyol mula mencuri tumpuan apabila muncul bersama Penelope membintangi filem sekuel terbaru, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides yang kini hangat ditayangkan.

Berbanding pembabitannya sebelum ini yang lebih dikenali di negara asal, sebaliknya kemunculan di pentas Hollywood kali ini membuka mata ramai pihak menyaksikan lakonannya.

Harian Metro online - Depan Mata: Rahmat atau perosak?

KUTIPAN Nur Kasih The Movie untuk hari pertama tayangan pada Khamis lalu berjumlah RM500,000. Itulah berita gembira disampaikan orang kuat bahagian promosi Primeworks Studio.
 

Seminggu sebelum itu, filem Kongsi yang ditayangkan di pawagam pada 12 Mei mencatat sejarah sebagai filem Melayu pertama mencatat kutipan tertinggi pada hari pertama tayangannya dengan lebih RM1 juta. Filem aksi komedi dijayakan bintang popular Shaheizy Sam itu berjaya mencatat RM7 juta selepas tujuh hari tayangan.

Apabila Nur Kasih yang diangkat dari siri popular yang mencatat fenomena masuk pang�gung Khamis lalu, bermakna Kongsi perlu memberi laluan kepada Nur Kasih untuk ditayangkan di dewan paling besar manakala Kongsi ditayangkan di dewan lebih kecil.

20,000 penjawat awam miskin

PUTRAJAYA: Hampir 50 peratus atau kira-kira 20,000 daripada lebih 40,000 penjawat awam terutama mereka yang bekerja sebagai kakitangan sokongan di jabatan kerajaan di sini menghadapi masalah kemiskinan bandar kerana mempunyai pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.

Pendedahan itu dibuat Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan berkata, keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan kakitangan sokongan kerajaan terbabit terpaksa melakukan pelbagai kerja sambilan termasuk memandu teksi, menjadi pengawal keselamatan dan berniaga kecil-kecilan bagi menampung kos sara hidup keluarga masing-masing.

Saturday, May 21, 2011

Perkembangan Penculikan Nazaruddin Saidin - Abu Sayyaf tuntut RM558,000 bebas ahli niaga Malaysia

21 Mei — Anggota militan selatan Filipina yang menculik seorang ahli perniagaan Malaysia, Mohammad Nazaruddin Saidin, dilapor menuntut wang tebusan lapan juta peso (RM558,000).

Nazarudin, 38, bapa kepada enam anak diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina, 8 Mei lalu bagi menguruskan perniagaan berkaitan cicak tokek di negara tersebut. Tambah beliau, nasib rakyat Malaysia yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor itu juga masih belum diketahui.

Laporan media sebelum ini menyebut kumpulan penculik meminta wang tebusan pendahuluan lima juta Peso (RM348,317). Ketua polis wilayah, Felicisimo Khu dipetik AFP berkata, kumpulan Abu Sayyaf meminta wang tebusan daripada seorang pegawai konsul Malaysia di Filipina.

Abu Sayyaf makes demand after contacting Malaysian consular officials

KOTA KINABALU: The Abu Sayyaf group is demanding about RM800,000 in ransom for the release of Malaysian businessman Mohammad Nazaruddin Saidin who is being held at their mountainous hideout in Jolo island in southern Philippines.
Philippines secretary for the Department of Interior and Local Government Jesse M. Robredo said yesterday the group had apparently contacted Malaysian consular officials recently and demanded for 8mil pesos (about RM800,000) for the release of Nazaruddin, 38, a father of six.

Star Online - Cristiano Ronaldo to leave Madrid?

A couple of tabloids have reported that Ronaldo will leave Real Madrid for 150 million pounds after a falling out with manager Jose Mourinho.
The Portuguese ace is said to have had a disagreement with Mourinho over tactics, and there were hints of discontent when Ronaldo said he “didn’t like the (defensive) tactics” his manager used against Barcelona during the Champions League semi-final.
Ronaldo currently has an impossible 900 million pound buy-out clause in his contract, but the same reports are saying that 150 million will do it for Madrid.

Berita Harian Online - Syahrini Ratu berani mati

pix_gal0


Dihukum internet: Lapan gambar aib Syahrini mula tersebar di laman maya

SATU persatu musibah melanda diri. Belumpun reda isu permusuhannya bersama pasangan duetnya, Anang Hermansyah, kini gambar-gambar panas penyanyi seksi Indonesia, Syahrini dan adiknya, Aisyahrani bertebaran menerusi internet.

Sekurang-kurangnya lapan gambar memalukan tersebar di internet. Antaranya, gambar Syahrini berkemban depan bilik mandi dan aksi menggoda dengan memakai baju tidur nipis berwarna biru di atas ranjang hingga menampakkan sebahagian besar peha dan punggungnya yang menggiurkan itu.
Lebih menggemparkan foto Syahrini bersama Daniel Mananta yang ketika itu meramas payu daranya, selain gambar berpelukan mesra dengan Glenn Fredly dan seorang jejaka Indonesia yang tidak dapat dipastikan siapa gerangannya. Pendek kata, penyanyi ini memang sering mengundang kontroversi menerusi aksinya yang bergambar ‘berani mati’.
Gambar panas lain membabitkan adiknya, Aisyahrani yang juga pengurusnya bercium mulut dengan seorang jejaka di atas katil beralaskan cadar putih, selain pose seksinya yang menampakkan sebahagian besar payu dara.

HarakahDaily.net - Saya nak solat di stadium, kapten jadi imam

KOTA BHARU, 20 Mei: “Insya Allah, apabila stadium itu siap nanti, kalau umur saya panjang,  saya mahu menunaikan solat di stadium itu dengan ‘kapten’ bola menjadi imam sembahyang,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Beliau mengulangi persetujuan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan yang menempatkan stadium utama dengan muatan 40,000 penonton. Pembinaan itu, menurutnya akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan tender pembinaan kompleks sukan itu dibuka kepada mana-mana pemaju yang berminat.

Maharaja Minggu Ke 8 - Man Juara RL 5 Tersingkir


Panas terus panas. Diawal rancangan Maharaja Lawak kali ini AC telah mengumunkan bahawa Kumpulan R2 telah berjaya diundi masuk dengan undian lebih 51000.

Friday, May 20, 2011

Blogger Telur DiBasuh Telah Meninggal Dunia

Rasanya TP dah agak lambat mewar-warkan berita ini. Sebenarnya TP seakan-akan hilang idea lansung ketika menulis entri ini. Mungkin kerana terkejut dan sedih apabila mengetahui seorang rakan blogger kita telah meninggal dunia. Blogger tersebut adalah saudara Hakim Kamal admin blog http://telordibasuh.blogspot.com.

TP baru mengetahui tentag perkara ini melalui entri yang dibuat oleh saudara Belalang, Suara Bawah Tanah. Lalu bagi mencari kebenarannya TP telah keblog Telurdibasuh dan telah terbaca komen memaklumkan arwah telah meninggal kerana mengidap penyakit asma.

TP sememangnya selalu keblog arwah dan TP juga mengetahui bahawa arwah juga sememangnya terkenal dalam dunia Blog ini. Pasti ramai yang merasai kehilangan beliau.

Buat keluarga arwah, TP ucapkan takziah. Sememangnya Allah lebih menyayangi beliau. Buat semua rakan taulan dan pengunjung blog beliau, sedekahkanlah af-fatihah buat arwah. Mohonkanlah semoga segala kesilapan beliau dimaafkan oleh yang maha kuasa dan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin.......

Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih The Movie OST - Tiz Zaqyah Ft Yasin



Lagu: Nur Kasih ( OST Nur Kasih )
Penyanyi: Tiz Zaqyah Ft Yasin

Tuesday, May 17, 2011

Dadali - Di Saat Aku Mencintaimu



Lirik Lagu: Di Saat Aku Mencintaimu
Penyanyi: Dadali

Monday, May 16, 2011

Jiwa Kelajuan


The Legend Of Speed
Obses dengan kelajuan. Sememangnya TP sangat tertarik dengan kelajuan. Entahlah, ianya memang sesuatu yang bahaya. Tetapi kata orang yang bahaya itu baru thrill. Tapi sejak dah berumah tangga dan beranak pinak ni TP dah tak berani nak bawak kereta atau motosikal laju-laju.

Saturday, May 14, 2011

Sambung Kembali Berblog

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Baru-baru ni TP ada bagitau yang TP nak berehat sekejap dalam 2, 3 hari dari berblog ni. Kalau nak baca entri tu boleh klik kat sini. Kalau nak diikutkan, kelmarin lagi TP nak update blog ni, tetapi tak tau pulak TP yang Blogspot down. Frust jugaklah sebab nak log in pun tak boleh. TP hanya boleh log in dan publish entri tentang Maharaja Lawak sekitar jam 3.30 pagi tadi.

Maharaja Lawak Minggu Ke 7 - Amir Tersingkir Jua



Minggu persembahan Silent Comedy atau Jenaka Bisu sememangnya mencabar buat semua peserta Maharaja Lawak yang masih tinggal. Namun begitu terdapat peserta yang telah berjaya membuat persembahan dengan begitu baik sehingga mendapat pujian dari pihak juri.

Wednesday, May 11, 2011

Berehat Lagi Dari Berblog

Baru jer TP nak aktif semula dari berblog ni, tapi esok dan lusa TP terpaksa berehat sekejap dari berblog. Ini kerana TP akan ke Putra Jaya kerana ada sedikit urusan.

Kalau korang semua nak tau, TP telah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010. Jadi majlis menyampaikan anugerah tu akan berlansung di Putra Jaya pada 12hb ni. Alhamdulillah syukur kepada tuhan diatas anugerah tersebut. Insyaallah nanti bila TP dah balik dari sana, akan TP update semula blog ni dan kongsikan sedikit pengalaman di majlis penyampaian anugerah tu yer.

Tuesday, May 10, 2011

Mentor 5 - Rahim Maarof Cabar Ramli MS

Hari Ahad haritu TP ada menonton rancangan Mentor separuh akhir kumpulan B, yang mana menyaksikan protoge Rahim Maarof, Aiman telah tersingkir dari persaingan. Mungkin ramai tidak tahu apa yang berlaku selepas rancangan live tersebut ditayangkan di kaca TV. Kalau korang semua nak tahu, Rahim Maarof telah mencabar pengkritik tetap rancangan Mentor iaitu Datok Ramli MS untuk menyertai Mentor musim depan sebagai seorang dari tenaga pengajar. Ini bermakna Ramli akan menjadi mentor kepada seorang protoge. Tetapi adakah Datok Ramli MS akan menerima cabaran Rahim tersebut??.. Itu TP tak boleh nak jawab.

Monday, May 9, 2011

Santau

Gambar hiasan
Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.[1][2]
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluhkaca,serbuk Ipohbisa besi, dan lain-lain.[3] Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darahpitampengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.[4]

Tuan Penasihat Nak BerTerima Kasih Kat Belalang (Suara Bawah Tanah)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua.

Harap semuanya sihat dan sejahtera hendaknya. Jenuh betul TP nak bukak internet hari ni, line da tapi tak boleh nak masuk. Oklah berbalik kepada tujuan entri ni dibuat. Rasanya rata-rata pangunjung blog Saya Salah Ka? ni dah tau yang TP tak sihat haritu. Sebenarnya sampai sekarang pun TP masih lagi belum pulih 100%, asyik batuk dan letih jer memanjang. kadang-kadang tu tiba-tiba jer sakit kepala yang amat sangat dan adakalanya tiba-tiba demam. Itu yang membuatkan TP menyepi sedikit dari dunia blog ni.

Friday, May 6, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 6 - Tiada Penyingkiran

Persaingan Maharaja Lawak minggu ini dikejutkan apabila dihujung rancangan, pihak juri telah mengumumkan bahawa tiada penyingkiran dilakukan minggu ini. Ini bermakna pada minggu hadapan para peserta yang tinggal masih boleh menaruskan cabaran dan ini merupakan kaputusan yang sangat mengembirakan mereka.
Peserta yang masih tinggal adalah kumpulan Jambu, Jozan, Sepah, Balas, Man dan Amir.

Wednesday, May 4, 2011

Keputusan UEFA Champions League - Barcelona vs Real Madrid 2nd Leg Semi Finals Result (04.05.2011)

2nd Leg 
Real Madrid vs Barcelona (H)
( 1 - 1 )
* Barcelona menang dengan agg 3 - 1
* Messi Messi Messi... dashat gila mamat ni

Akhirnya Barcelona berjaya memastikan mereka akan beraksi di final Liga Juara-juara buat tahun ini. Beraksi dihadapan peminat sendiri, pasukan barca beraksi cemerlang. Permainan yang sungguh cantik membuatkan Madrid menghadapi kesukaran bagi merapatkan jurang kelebihan 2 gol yang diperolehi Barca.

Tuesday, May 3, 2011

Komen Dan Respon Tok Guru Nik Abdul Aziz Tentang Kematian Osama Bin Laden

Banyak komen dan pendapat yang diberikan oleh pemimpin di seluruh dunia tentang kematian Osama. Ada yang melahirkan rasa syukur, gembira dan ada juga yang berterima kasih pada Obama dan Amarika Syarikat kerana telah berjaya menghapuskan pejuang yang dilabelkan sebagai pengganas ini. Tetapi dalam banyak-banyak ulasan dan pendapat yang diberikan, pandangan Tok Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan ini menarik perhatian TP dan TP bersetuju dengan beliau.

Kalau nak baca komen dan respon Tok Guru, sila baca dibawah ini.

___________________________________________________________

Monday, May 2, 2011

Berita Harian Online - Osama Bin Laden dilaporkan mati

WASHINGTON: Osama bin Laden dilaporkan mati dan mayatnya sudah dijumpai oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, kata pegawai negara itu, awal pagi tadi.

CNN memetik sumber berkata, Osama dibunuh dalam satu operasi ketika anggota risikan Amerika Syarikat menyerbu sebuah rumah agam di luar Islamabad.
Tentera Amerikat Syarikat memburu Osama bertahun-tahun, yang kemudiannya digandakan berikutan serangan pesawat terhadap Pusat Perdagangan Sedunia di New ork dan Pentagon yang dilaporkan menyebabkan 3,000 terkorban orang pada 2001.

Fast And Furious 5 - Fast 5 ( Yahooo!! Tuan Penasihat dah TONTON!! )


Salam buat semua Kipas Susah Mati Fast & Furious (F&F).

Buat peminat tegar F&F, pastinya korang sedang tertunggu-tunggu tarikh tayangan F&F terbaru iaitu siri ke 5 yang diberi jodol Fast 5 pada 5 May ini kan. Alangkah bertuahnya Tuan Penasihat (TP) apabila telah berjaya menonton filim ini menerusi pratonton yang di tayangkan petang tadi di Big Cenima, Giant Kulim. Sebenarnya TP bekerja pada hari ini, walaupun harini adalah cuti umum Hari Pekerja (Apa boleh buat dah tugas). Sebaik sahaja TP tau di Giant Kulim ada menayangkan filem tersebut harini, terus TP bergegas kesana walaupun perjalanannya hampir sejam dan terpaksa meredah hujan lebat. Tetapi adakah semua tu berbaloi? Nak tau baca pendapat TP dibawah  ok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...