Pages

Tuesday, May 24, 2011

Perhatian Semua Rakan Blogger - Kempen Rayuan Bebaskan Nazaruddin Saidin

Rasanya ramai yang dah tahu tentang kisah penculikan yang menimpa seorang rakyat Malaysia bernama Nazaruddin Saidin, 38. Beliau telah diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf pada 8 Mei lalu dari Pulau Sulu di Selatan Filipina. oleh sepasukan 10 orang yang lengkap bersenjata.

Pihak bertanggungjawab menculik beliau telah meminta sejumlah wang tebusan bernilai 5.6 juta sebagai  syarat pembebasan beliau. Walaubagaimanapun jikalau mengikut dari latar belakang keluarga Nazaruddin, keluarga beliau sememangnya tidak mampu untuk membayar jumlah wang tebusan berikut. Isteri beliau Mazlina Mohamad, 38, hanyalah merupakan seorang penjual kueh sahaja. Disebabkan ketiadaan suaminya itu, maka tanggungjawab menguruskan anak juga kini terletak di bahunya.

Jadi disini TP ingin bertanya kepada semua rakan blogger. Tp ingin menganjurkan satu kempen bagi merayu pembebasan Nazaruddin. Sememangnya TP sangat tersentuh melihat anak-anak beliau. Kempen ini bukanlah ditujukan kepada pihak berkuasa sahaja, tetapi juga kepada pihak yang menculik Nazaruddin.

Sekiranya ada rakan blogger yang bersetuju, sila beritahu TP. TP sedang cari idea nak buat poster untuk di letakkan di blog yang setuju nak sertai kempen ni. Tetapi jikalau anda mempunyai pendapat sendiri yang mahu dikongsikan tantang kempen ini, silakan berbuat demikian diruangan komen ok.
Terima kasih semua.

Berita tentang Nazaruddin Saidin diblog TP.






6 comments:

Mrs.Yie said... BALAS

takkan kerajaan malaysia tak boleh buat apa2? takkan tak boleh tolong bayar duit tebusan tu?

Tuan Penasihat said... BALAS

bukan apa. dasar semua kerajaan takkan berunding dengan pengganas. bukan malaysia aja, boleh dikatakan semua negara camtu.

Scarlett O'Hara said... BALAS

Susahnya nak cari duit untuk sara keluarga.Sampai ke Filipina.Kalau tak mampu nak tolong, doakan je lah.Mudah2an selamat.

kpah k-poh said... BALAS

kalau kempen utk letak banners...akak boleh letak kat blog..cuba bgtahu akak..apa yg akak boleh tolong...

Tuan Penasihat said... BALAS

@Scarlett O'Hara tu la niat baik nak ubah nasib keluarga, tapi jadi camtu pulak. tapi kalau kita blogger boleh menyumbangkan sedikit ruang diblog kita. kita mampu membantu sedikit sebanyak tanpa kita sedar.

Tuan Penasihat said... BALAS

@kpah k-poh tq kak tq.
sori jugak lambat reply komen akak ni. nanti TP bgtau lain. TP sibok sangat sekarang ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...