Pages

Monday, May 30, 2011

Salama Juara Mentor Musim Yang Ke 5

Salama
Salama dan mentor Era Fazira
Berbekalkan suara yang sememangnya tak dinafikan sangat hebat, Salama dan mentornya Era Fazira, telah berjaya menggondol hadiah wang tunai RM 100,000.00 dan sebuah kereta setiap seorang setelah berjaya muncul juara  rancangan Mentor musim ke 5. Salama yang berjaya mendapat markah 85 peratus meninggalkan persaingnya Shiha ditangga kedua dengan 63 markah dan Iqa ditangga ke tiga dengan 56 peratus.

Shiha dan Dato Sarifah Aini
Bagi yang mengikuti rancangan Mentor musim ini, pasti sudah dapat menyaksikan kehebatan vokal Salama sejak  dari minggu pertama lagi. Ini dibuktikan apabila beliau sentiasa mengungguli persaingan bagi kumpulan A. Cuma di persaingan separuh akhir sahaja Salama telah tewas teruk kepada Iqa dan Shiha. Namun beliau bernasib baik apabila pihak penganjur mengumumkan bahawa mentor akhir kali ini akan terdapat 3 peserta yang akan bertanding merebut gelaran juara. Mungkin tersedar dari hampir tersingkir itulah yang mendorong Salama bangkit memberikan persembahan yang lebih bertenaga sehingga berjaya muncul sebagai juara.

Iqa dan Edry
Namun benarkah jurang perbezaan markah ketiga-tiga peserta akhir ini begitu jauh berbeza. Ianya meninbulkan sedikit rasa syak pada segelintir penonton tentang keputusan ini. Ini kerana segalanya bagai sudah boleh diagak sebelum bermulanya konsert akhir mentor.

Walau apapun keputusannya telah diputuskan. Tahniah  buat yang menang dan tahniah juga buat peserta yang berjaya sampai ke konsert akhir montor musim ini. Moga anda semua akan terus maju dalam dunia seni suara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...