Minggu persembahan Silent Comedy atau Jenaka Bisu sememangnya mencabar buat semua peserta Maharaja Lawak yang masih tinggal. Namun begitu terdapat peserta yang telah berjaya membuat persembahan dengan begitu baik sehingga mendapat pujian dari pihak juri.
Kumpulan Sepah, Jambu dan Jozan sememangnya sangat memukau. Begitu juga dengan persembahan solo Nabil. Walaupun tampil secara solo, Nabil telah berjaya membuatkan kita semua paham akan jalan cerita kepada persembahan beliau. Walaupun begitu, bukan bermakna Balas, Man dan Amir tidak bagus pada minggu ini. Cuma persembahan mereka tidak dapat menandingi peserta yang telah disebut mendapat pujian dari juri tadi. Mungkin perbezaan pengalaman membuatkan kita dapat melihat jelas jurang kematangan persembahan mereka.
Minggu ke 7 ini juga telah diperkenalkan sistem penyingkiran yang baru. Dimana peserta yang mendapat undian SMS dan markah dari juri yang paling tinggi diberikan imuniti dari tersingkir. Sebaliknya peserta yang tersingkir pula ditentukan dengan cara pengundian dari peserta yang tinggal. Minggu ini Kumpulan Jambu telah mendapat tempat pertama dan telah terselamat dari penyingkiran. Manakala Amir pula telah diundi keluar pada akhir pengumuman yang dilakukan oleh juri Ahmad Idham.
Masih ada satu lagi kejutan apabila AC selaku pengacara mengumumkan bahawa undi masuk dibuka kepada semua peserta yang telah tersingkir, dan undian boleh dilakukan di Face Book Maharaja Lawak. Kita lihat saja siapakah yang diundi untuk kembali bersaing dalam gelanggang Maharaja Lawak.
0 comments:
Post a Comment