Pages

Monday, May 9, 2011

Santau

Gambar hiasan
Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.[1][2]
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluhkaca,serbuk Ipohbisa besi, dan lain-lain.[3] Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darahpitampengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.[4]

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.[5]
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka[perlu rujukan].
Santau juga pernah disebut dalam Hikayat Abdullah.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Klik sini untuk baca selanjutnya.
_____________________________________________________________________
Jangan pikir apa-apa. saja jer TP nak kongsi entri ni. Sekurang-kurangnya boleh buat kita beringat. Maklumlah, walaupun dunia dah moden tetapi amalan karut dan sesat ini masih menjadi amalan sesetengah orang. Jadi berhati-hatilah.


5 comments:

khairul said... BALAS

x hbh2 crita hantu..producer kita dh x dak modai ka ? buat la crita ayam ka...kayuh beskal ka

Mrs.Yie said... BALAS

ni bukannya entri cerita hantu la khairul..gambar kat atas tu hiasan je..hehehe..

zaman serba moden ni pun masih ada lg pengamal2 santau ni ek..jahil sgguh..

zaly said... BALAS

ORANG2 YG BUAT BENDA2 CAM NI.... DEPA TAK INGAT KA KALAU DEPA MATI NANTI MACAM MANA....

mat ketawa said... BALAS

santau juga d panggil santet oleh org2 indonesia...

walaupun begitu santau dan santet tidak boleh digunakan untuk mengantau watak2 game dalam ps2 atau ps3...

koh koh koh

kpah k-poh said... BALAS

org yg tak takut dosa...yg buat benda2 mcm tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...