Pages

Thursday, December 2, 2010

Mona Fendi : Ratapan Anak

Entahlah kenapa semenjak dua menjak ni kepala asyik dok teringat nak buat cerita tentang satu nama yang pernah menggegarkan negara suatu ketika dulu. Nama yang rasanya seluruh rakyat Malaysia masih ingat dan ucapkan sehingga hari ini.
Mona Fendi.............. Ya itulah nama yang Tuan Penasihat (TP) asyik dok teringat tu. Tup Tup harini TV3 pulak tayangkan kronologi kes Mona Fendi ni dalam rancangan mereka, iaitu rancangan 'Kes'. Rasa macam seram sejuk pulak. Kenapa ni? Kenapa macam semacam ja ni? Dok teringat nak buat entri dia ja, pastu keluar tv pulak, macam nak mendorong TP jer. Kebetulankah? Atau perasaan semata-matakah? Harap-harapnya semua ini hanya perasaan TP sajalah.

Buat yang dah tak ingat berikut adalah kronologi ringkas kes membabitkan Mna Fendi.
1993 - Mona, suami, serta pembantunya ditangkap, kerana membunuh Datuk Mazlan Idris dengan mengerat badannya kepada 18 bahagian kemudian menanamnya di sebuah rumah kosong.
1995 - Dibicarakan dan dihukum mati mandatori.
2001 - Telah dihukum gantung sampai mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.

Jadi TP pun tanpa berlengah, sesampai saja dari tempat kerja ke rumah dalam kul 12 tgh malam td, terus saja on lattop dan cari bahan untuk buat entri tentang Mona Fendi ni. Bayangkan dah tgh malam. baca pulak cerita-cerita yang boleh menegakkan bulu roma. Tapi demi meleraikan kekusutan dan menenangkan perasaan TP, TP gagahkan jua untuk menyiapkan entri ini walaupun pada pukul 5 pagi nanti TP terpaksa bersiap untuk ke tempat kerja semula.
Akhirnya TP rasakan, Tp dah dapat bahan. Mungkin orang yang TP nak highlight kan tu bukan Mona Fendi, mungkin juga dua orang lagi yang ditangkap bersamanya. Mungkin orang yang perlu TP ketengahkan adalah anak kepada pasangan Mohd Affandi dan Mona Fandey.
Ya anak kepada pasangan ini. Mungkin ada yang bertanya kenapa anak pasangan ini yang TP pilih? Entahlah, kuat gerak hati ini mengatakan inilah kisahnya. Sebenarnya anak ini adalah merupakan anak Mohd Affandi, manakala Mona Fendi adalah merupakan ibu tiri beliau. Apa yang nak TP bangkitkan adalah sikap masyarakat dalam menerima beliau. Dari apa yang TP ketahui, beliau telah di cemuh, di pinggirkan, diadili dengan berat sebelah. Sehinggakan nak mencari pekerjaanpun adalah merupakan sesuatu yang sangat sukar buat beliau, apatah lagi dalam urusan mencari jodoh. Semuanya takut kalau nasib yang sama menimpa seorang ahli politik dulu bakal menimpa mereka pula nanti, mungkin. Atau mungkin juga mereka takut sekiranya segala ilmu Mona Fendi diturunkan kepada beliau. Cuba anda klik link ini dan baca sekarang sebelum meneruskan dengan entri TP ini.
Macam mana dah baca? mungkin ada yang berkata "ahhh ini cerita lama".. Tapi sedarkah kita perkara ini sentiasa berlaku sehingga kehari ini. Mungkin bukan sahaja anak si Mona Fendi, bagaimana dengan nasib anak tong sampah? anak banduan? anak terbiar yang kita lihat barbaju compang camping di kaki kaki lima? Segalanya tentang persepsi masyarakat tentang latar belakang mereka. Sambung semula tentang anak tiri Mona Fendi ni. Sedarkah anda sekalian yang Mona, Affandi dan Juraimi mungkin telah di beri peluang oleh Allah untuk bertaubat... Kenapa tidak? Bukankah mereka telah dibicarakan didunia dan kemudian telah di jatuhi hukuman gantung sampai mati. Cuba anda bayangkan dari tarikh penangkapan mereka dan pada saat hakim membacakan keputusan bersalah keatas mereka. Pada ketika itu mereka telah mengetahui bilakah tarikh mereka akan mati. Sedangkan kita? Masyaallah...... Bagaimana sekiranya pada waktu itu mereka bertaubat dengan seiklas iklasnya. Adakah Allah akan menolak taubat mereka? Dan sekiranya taubat mereka diterima? anda fikirkanlah. Sekiranya yangberlaku adalah sebaliknya, TP tak dapat nak kata apa. Sesungguhnya Allah itu maha adil terhadap kesemua hamba-hambanya.
Tentang anak Mona Fendi ini, sebaiknya terimalah dirinya. Bukan beliau yang melakukan kesalahan itu.
Mungkin kesimpulan yang boleh TP beri adalah, janganlah kita menghisab seseorang itu sedangkan diri kita sendiri bakal dihisab nanti. Janganlah kita menghukum seseorang itu kerana bimbang apa yang kita putuskan itu nanti adalah tidak adil dan zalim bagi yang dihukum, sedangkan kita juga bakal dihukum oleh Allah atas sesuatu yang kita zalimi. Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik baik hakim di dunia ini. Siasatlah dan bertindak adillah. Wallahualam........

Saksikan Video Klip Ini k....
Apa pula kata anda. Saya salah ka mau bincang ini cerita?

7 comments:

JZ Business World said... BALAS

ha'a.. tadi pun ada tengok KES ni kat tv3.. tingat crita2 org kononnya MF ni dlm jel pun blh mresap kluar sel? hmm.. camne nak komen tu? tp bab ank MF ni tak wajarlah kalau kita pinggirkan dia sbb kita smuanya sama d cc Allah krn yg mbezakan kita hanyalah Iman dan Amal..

PARANOIA said... BALAS

nasib skarang pun suam2 gak...tp boleh hidup la
klu ada org tau mcm biasa la mcm2 la rasa tu la rasa ni la....ada gak yg ok

Tuan Penasihat said... BALAS

@hafizi tumpang tanya, Hafizi ni anak Mona Fendi yang di maksudkan tu ker?

PARANOIA said... BALAS

@Tuan Penasihat

sy anak affandi..dengan isteri ke2 beliau...sy pernah tampil kan diri sya dlm metro rancangan dekat astro,majalah...tp yg dekat redio tu bukan saya...yg tu mungkin anak mona...mona ramai anak...yg byk ketengah saya la....asal nya niat lain jd pulak lain...susah nak bg tau org ni...lgg pun pasal crita kat atas tu tajuk utama buat jd lg masalah masa tu

Tuan Penasihat said... BALAS

@hafizi Apa boleh buat. sehingga sekarang cerita mereka masih menjadi tajuk panas dan orang kita memang suka dengan cerita-cerita misteri ni.

Hafizi ada blog ker?

Sekiranya Hafizi rasakan blog TP ni boleh membatu, Hafizi cakap saja. Sebab semasa menulis entri diatastu, TP memang rasa terdorong sangat untuk menulisnya. Mana la nak tau Allah sengaja menemukan kita di blog ini.

PARANOIA said... BALAS

nak buat blog..tp xder masa.....pasal bz la....byk benda nak d luah kn...tp luah kat media pun susah org nak fhm apa ntah lagi klu dekat blog....nnt ada masa sy luah kan dekt blog TP ni boleh ?

kekadang sy buat bodoh je pasal crita2 psl arwah ni tp bila diam tekanan pun ada.....mana la dia org dpt crita tentang rumah kat sana sini....kehidupan dlm penjara apa semua tu....1 lg klu dah crita tu macam dia hidup sama ngan arwah dlm penjara hmmmm ntah la TP....tp pasal metro bebaru ni sy xkan bediam kali ni...tunggu la apa sy buat....dah ramai yg nak backup ni....tp xder la pasal yg x elok..... :)

Tuan Penasihat said... BALAS

@hafizi Pasal metro tu TP ada baca gak. biasa la akhbar tabloid.
Kalau hafizi nak buat blog, TP boleh la nak kongsi tips sikit sikit kalau berminat. Kuasa blog ni lain sikit dari media macam tv dan surat khabar tu.

TP pun sebenarnya memang nak mintak hafizi berkongsi sikit cerita hafizi kat blog TP. itupun kalau tak menjadi kesalahanlah dan hafizi sangguplah.

emailkan saja pada TP di sayasalahka@gmail.com . nanti TP akan buat satu entri khas. kalau boleh beri email hafizi sekali supaya TP boleh hubungi kalau ada apa apa.

TP nak ucap terima kasih pada hafizi kerana bagi feed back pada entri TP diatas tu. TP pun nak mintak maaf sekiranya ada sebarang kesilapan pada info TP tu. kerana sumber TP terbatas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...