Pages

Thursday, June 30, 2011

Keputusan Perlawanan Kelayakkan Piala Dunia 2014 - Malaysia vs Taiwan ( 1st legs )

Malaysia vs Taiwan
( 2 - 1 )
min 28 Syafiq Rahim
min 54 Mohd Aidil Zafuan
Cheng Po Liang min 76

Sori TP tak dapat nak bagi ulasan panjang pasal game ni, sebab TP tak dapat tengok. Tengah atas highway masa game tu start. Geram betul. TP cuma sempat tengok 4 minit masa kecederaan jer.

Tapi sempat jugaklah TP tengok yang pemain kita kelihatan hampa ketika wisel penamat ditiup. Mungkin kerana meraka gusar dengan kemenangan tipis di gelanggang sendiri. TP tahu mungkin ramai peminat yang turut hampa dengan keputusan ini. Ini kerana kita bimbang apabila tiba giliran kita bertandang ke Taiwan pula nanti.

Wednesday, June 29, 2011

Salam Dari KL

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua.

Tengah buat apa sekarang ni?.. Haaaa jap bagi TP teka..
Mesti la tengah dok baca posting ni kan? betoi x? Amacam pandai x TP. Sori gurau ja.

Saja ja TP nak bagi tau, TP sekarang ni dok ada d KL. Tah kat damansara kot. Ada kerja sikit. Lagi saja dok try buat posting guna fon. Maklumlah buta IT sikit TP ni. Orang lain dah guna lama dah cara ni, TP pulak baru nak belajar.

Rasanya tak lama TP kat KL ni. Habis ja kerja nak terus balik utara. Nak tengok bola Malaysia lawan Taiwan. Jangan lupa tau tengok game tu. Sama-sama kita bagi sokongan kat pasukan negara kita tu. tengok tau.

Tuesday, June 28, 2011

posting dari handfon

Saturday, June 25, 2011

Sepah Juara Final Maharaja Lawak 2011

Juara Maharaja Lawak
Naib Juara
Tempat ketiga
tempat keempat
Satu keputusan yang sangat mengejutkan namun bukanlah mustahil untuk berlaku. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sepah kerana berjaya dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Astro 2011. Boleh dikatakan satu keputusan yang sukar untuk ditentukan. Ini kerana kesemua finalis memberikan persembahan yang terbaik dari mereka.

Thursday, June 23, 2011

Kelayakan Pra Olimpik - Malaysia vs Lubnan, 2nd Leg ( 23 jun 2011 )

Tahniah buat pasukan bola sapak Malaysia!

MALAYSIA vs LUBNAN
( 2 - 1 )
min 8  Mohd Irfan Fazail
min41 Wan Zack Haikal
Chadie Atie  min 63
( Tamat permainan )

Laporan ringkas separuh masa pertama
Malaysia berjaya mendahului perlawanan dengan 2 gol. Walaupun bermula agak kelam kelibut tetapi pemain Malaysia berjaya mengawal kembali perlawanan selepas jaringan gol pertama dilakukan.

Monday, June 20, 2011

Kelayakan Pra Olimpik - Malaysia vs Lubnan 19 jun 2011

MALAYSIA vs LUBNAN
( 0 - 0 )

Skuad Olimpik Malaysia telah berjaya mengikat skuad Olimpik Lubnan untuk seri tanpa jaringan dalam pertemua pertama mereka yang berlansung di Beirut pada jam 5.00 petang waktu tempatan ( 10.00 malam waktu Malaysia). Lubnan dikatakan sebelum ini sebagai pasukan pilihan dan mereka juga dikhabarkan bersyukur kerana diundi untuk bertemu Malaysia pada perlawanan ini kerana menganggap Malaysia bukanlah halangan besar buat mereka. Tetapi Malaysia telah berjaya membuktikan bahawa mereka juga tidak mudah untuk ditundukkan dan menyangkal Lubnan bertuah bertemu mereka pada perlawanan pertama ini.

Sunday, June 19, 2011

Jadual Dan Keputusan Terkini Perlawanan Pasukan Pelita Jaya Dalam Liga Super Indonesia ( ISL )


Berikut adalah jadual pusingan kedua bagi pasukan Pelita Jaya FC dalam liga super Indonesia.
Penyerang Kebangsaan Malaysia, Safee Sali telah menyertai kelab ini dan perlawanan pertamanya adalah menentang Sriwijaya FC.

  Tarikh             Masa                  Perlawanan                          Keputusan
05-03-2011     04.25pm     Pelita Jaya vs Sriwijaya FC                   1 - 0
12-03-2011     08.00pm     Pelita Jaya  vs Persib Bandung               0 - 1
20-03-2011     08.00pm     Pelita Jaya vs Persisam                         0 - 1
26-03-2011     04.25pm     Pelita Jaya vs Bontang FC                     2 - 1
03-04-2011     08.00pm     Pelita Jaya vs Persijap                         2 - 0
13-04-2011     04.25pm     Pelita Jaya vs  Persela                          1 - 1
16-04-2011     04.25pm     Pelita Jaya vs Deltras                           2 - 0
24-04-2011     08.00pm     Pelita Jaya vs Arema Indonesi               1 - 0
01-05-2011     08.00pm     Pelita Jaya vs Semen Padang                 2 - 2
28-05-2011     04.25pm     Pelita Jaya vs PSPS                               0 - 1
05-06-2011     04.25pm     Pelita Jaya vs Persija                            0 - 1
12-06-2011     08.00pm     Pelita Jaya vs Persiba Balikpapan            1 -1
16-06-2011     04.25pm     Pelita Jaya vs Persipura                         2 - 1
19-06-2011     06.00pm     Pelita Jaya vs Persiwa                           3 - 3

Setiap ulasan perlawanan Kelab Pelita Jaya dan perkembangan Safee Sali akan diupdate melalui ruangan komen.



Video Klip Dan Lirik Lagu - Faizal Tahir : Karma



Tauk Lagu : KARMA
Penyanyi : FAIZAL TAHIR

Saturday, June 18, 2011

Keputusan Bola Sepak Persahabatan Antarabangsa - Malaysia vs Myanmar

MALAYSIA vs MYANMAR
( 2 - 0 )

Kali ini buat pertama kalinya perlawanan persahabatan antarabangsa telah dijalankan di stadium negeri dan negeri Kelantan telah diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah pertemuan pasukan Malaysia menentang pasukan Myanmar.

Perlawanan yang berlansung pada jam 8.45 malam telah terganggu dengan keadaan padang yang sedikit basah dan licin akibat huan yang turun sebelum perlawanan bermula. Perlawanan yang berlansung dengan agak seimbang telah dipecahkan dengan gol pertama milik Malaysia yang dijaringkan oleh Amiru Hadi Zainal pada minit yang ke 27. Kemudian Malaysia dilihat terus manguasai perlawanan sehingga tamat separuh masa pertama.

Maharaja Lawak Minggu Ke 12 - R2 Tersingkir Lagi

Hanya tinggal satu langkah saja lagi untuk ke gelanggang akhir Maharaja Lawak. Setiap peserta yang masih bersaing berusaha memberikan persembahan yang terbaik bagi memastikan slot final nanti milik mereka. Persembahan pertama dimulakan dengan kumpulan Sepah, kemudian Nabil, R2, Jozan dan Jambu.

Setiap peserta diberikan dua tugasan pada minggu ini yang diadakan di Johor. Persembahan pertama bertema bebas dan persembahan kedua pula peserta dikehendaki membuat persembahan dengan pelawak jemputan mereka. Kumpulan jambu telah menjemput Yasin, Nabil pula telah menjemput Bob KU2. Kumpulan R2 telah mengundang Ali Mamak bagi memeriahkan persembahan mereka. Linda On yang muncul bersama Jozan tidak menghampakan, gandingan mereka berjaya mendapat sorakan gemuruh dari penonton. Akhir sekali Achong pula menjadi pihan Jambu untuk membuat persembahan bersama mereka.

Tuesday, June 14, 2011

Keputusan Bola Sepak Persahabatan Antarabangsa - Olimpik Malaysia vs Olimpik Qatar

Olimpik Malaysia vs Olimpik Qatar
( 0 - 4 )


Perlawanan ini berlansung di Stadium Hamad Bin Jassim (Al-Sadd SC), Doha, Qatar. Perlawanan bermula pukul 12:15 waktu Malaysia.
Kesemua gol Qatar dijaringkan pada separuh masa pertama. Iaitu pada minit ke 3, 5, 34 dan minit ke 39.
Malaysian juga mendapat sepakan penalti. Tetapi sepakan penalti itu tidak menghasilkan sebarang gol.

Jose Mourinho to manage Manchester United in 2012

Soccer Extreme : According to the Daily Mail, Jose Mourinho will have to wait until 2012 until he can get his hands on his dream job of managing Manchester United.

The Special One is in high demand in the North West, with neighbours Manchester City reportedly offering a £10m-a-year deal in order to replace Roberto Mancini this summer.

A source told the paper: “Jose has learned that Ferguson has no intention of retiring in the foreseeable future.”

Mourinho, who currently has a strained relationship with with Real Madrid president Florentino Perez, is desperate for a return to the Premier League. However, it remains to be seen whether or not the former Chelsea gaffer will be welcomed back sooner rather than later.

Monday, June 13, 2011

Final Akademi Fantasia 9 - Hazama Dinobatkan Juara Terakhir Rancangan AF

Tahniah Hazama!!
Anda juara baru AF musim yang ke 9 dan juga merupakan juara terakhir dan penutup bagi rancangan hiburan realiti paling popular AF!!

Sememangnya kemunculan Hazama dipentas AF mendapat beberapa reaksi berbeza dari segelintir penonton. Ada yang menganggap Hazama sepatutnya tidak menyertai AF kerana beliau sememangnya sudah mempunyai nama dalam arena seni dan sering muncul bersama kumpulan Met Uncle Husain dipentas pentas besar.

Sunday, June 12, 2011

Selamat tinggal AC Mizal!

SEWAKTU awal dengan AC Konsortium, semangat artis-artis ini begitu berkobar-kobar.
 SEBELUM ini ada banyak pihak mendakwa, bisnes yang dijalankan oleh artis AC Mizal melalui AC Konsortium Sdn.Bhd. banyak mengambil kesempatan dan menindas orang ramai.

Menjual gelang magnet dengan harga ‘super’ lumayan, menjanjikan pulangan tidak masuk akal kepada pelabur dan macam-macam janji lagi, AC Konsortium dikatakan mengaut untung melalui cara yang tidak sepatutnya.

Saturday, June 11, 2011

Keputusan Final Piala FA 2011 - Kelantan vs Terengganu

KELANTAN vs TERENGGANU
( 1 - 2 )

Terengganu juara Piala FA 2011

Stadium Bukit Jalil bergema dengan sorakan dari kedua-dua penyokong pasukan yang berentap pada final Piala FA 2011. Terengganu bertemu Kelantan bagi menentukan pasukan pantai timur manakah yang lebih hebat. Diseparuh masa pertama perlawanan pasukan Terengganu dilihat lebih menguasi perlawanan. Walaubagaimanapun tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan oleh kedua dua pasukan.

Berita Harian Online - DAP untung

NAJIB  bersalaman dengan  orang ramai di sekitar Pasaraya Giant, Taman Permata, semalam.
NAJIB bersalaman dengan orang ramai di sekitar Pasaraya Giant, Taman Permata, semalam.

Hala tuju PAS berjaya ditukar: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam, berkata keputusan pemilihan Muktamar PAS Ke-57 lalu, yang menang adalah DAP kerana berjaya menukar hala tuju parti itu daripada berjuang untuk menegakkan Islam kepada negara kebajikan.

Perdana Menteri berkata, PAS tidak konsisten dalam perjuangan yang sebelum ini untuk menubuhkan negara Islam, tetapi mendapat bantahan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

The Star Online - No more free downloads as MCMC blocks 10 file sharing sites

PETALING JAYA: In a bid to combat piracy, the Government has declared war on filesharing websites with 10 such websites now blocked by the telecommunications industry watchdog.

The websites were among the most visited sites by Malaysians to illegally download movies.

On May 30, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) had written a letter to all Internet Service Providers (ISPs) ordering the block.

The letter was signed by Digital Security Services division acting senior director Eneng Faridah Iskandar.

Maharaja Lawak Minggu ke 11 - Yuuhhuu!! Tiada Yang Tersingkir!!

Meletup! Gamat! Menghiburkan!
Gamat! Best! Rancak derrr!!.......
Minggu ke 11 Maharaja Lawak berlansung di Kuantan Pahang. Setiap Peserta diberikan dua tugasan. Tugasan pertama atau segmen pertama, setiap peserta diberikan tema bebas. Sememangnya semua peserta yang masih berentap membuktikan bahawa mereka layak untuk terus bersaing pada gelanggang minggu ini.

Gelanggang telah dibuka oleh persembahan Kumpulan Jambu. Seperti biasa, memang mereka jambulah. Muka cute hati legend. Kemudian diikuti oleh kumpulan R2. Kali ini persembahan R2 juga memang tidak menghampakan. Selepas Itu trio yang sememangnya gempak dan banyak idea. Siapa lagi kalau bukan Sepah yang muncul sebagai peserta ke tiga membuat persembahan.

Tuesday, June 7, 2011

Keputusan Terkini Perlawanan Persahabatan Skuad Olimpik Malaysia vs Skuad Olimpik Kemboja ( 7 Jun 2011 )

Hari ini jam 5.00 petang, berlansung di stadium olimpik, Phnom Penh, Kemboja perlawanan persahabatan bawah 23 tahun diantara pasukan olimpik Malaysia menentang pasukan olimpik kemboja. Skuad kemboja berada pada tangga ke 176 rank Fifa pada akhir bulan Mac.

Skuad Malaysia walaubagaimanapun telah ketinggalan 1 gol pada minit ke 9. Ternyata persembahan skuad Harimau dilihat agak tertekan berbanding skuad tuan rumah pada separuh masa pertama.

Sunday, June 5, 2011

Penting Sangatkah Cinta Under Age Ni Adik??...

Aduh adik, kenapa dengan adik ni?
Kenapa susah sangat adik nak paham?
Apa penting sangat ker semua itu buat adik?
Belum masanya lagi dik.....

Dik... Adik masih muda..
Masih panjang perjalanan hidup mu..
Usahlah difikirkan sangat tentang dia dik...
Keluarga pun sayang sangat dengan adik.. 

Saturday, June 4, 2011

'Nazarrudin hanya penganggur' - Mazlina dakwa bekas suami jadi ejen cicak tokek selepas berhenti pemandu kontena

SUNGAI BULOH: “Kami orang miskin, hendak dapatkan RM50 seminggu pun susah, mana mahu cari wang untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan dia.


“Tiada kudrat saya untuk mengumpul sebanyak diminta. Apa yang saya terdaya adalah merayu belas kerajaan atau persatuan kebajikan tampil membantu. Malah, demi enam anak kami, saya harap dia dibebaskan bagi membolehkan kami menyambut puasa dan berhari raya tidak lama lagi,” kata Mazlina Mohamad, 38, bekas isteri Mohd Nazarrudin Saidin, 38 yang kini ditahan kumpulan penculik di Filipina.

Filipina lancar kempen cegah bawa keluar cicak tokek

KUALA LUMPUR: Kerajaan Filipina melancarkan kempen besar-besaran bagi menghentikan kegiatan membawa keluar cicak tokek atau gecko yang ditawarkan pada harga tinggi di pasaran gelap.

Berikutan itu, Manila semalam meletakkan polis di negara berkenaan dalam keadaan berjaga-jaga bagi mencegah penjualan, mengangkut atau memindahkan secara haram haiwan berkenaan oleh warga asing.


Akhbar dalam talian Inquirer.net semalam memetik Pegawai Alam Sekitar dan Sumber Asli (Cenro) bandar Bacolod, Joan Gerangaya sebagai berkata polis diarahkan supaya menahan sesiapa saja yang menangkap, menjual atau mengangkut tokek kerana mencabuli Akta Hidupan Liar Filipina.

Senarai nama penerima Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2011

KUALA LUMPUR: Berikut senarai penerima Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2011 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M.) yang membawa gelaran "Tun":
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdullah Ayub

Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran "Tan Sri":
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd Salleh.

Peluru salut minyak babi bunuh Osama

PELURU Silver Bullet yang disalut dengan minyak babi.
PELURU Silver Bullet yang disalut dengan minyak babi.

OSAMA
Osama
WASHINGTON: Adakah Osama bin Laden ditembak dengan peluru yang direndam dalam minyak babi, sekali gus menafikan haknya untuk ditempatkan dalam syurga. Begitulah yang dipercayai oleh sebuah syarikat yang terbabit dalam menjual minyak senapang mengandungi lemak babi.

Maharaja Lawak Minggu Ke 10 - Tiada Penyingkiran

Malam ini gelanggang Maharaja Lawak diadakan di Stadium Pisa, Pulau Pinang. Peserta yang masih berentap adalah kumpulan Sepah, Jambu, Jozan, R2 dan peserta solo tunggal Nabil. Ramai yang mengatakan bahawa persembahan pada malam ini telah dikuasai oleh kumpulan Sepah. Manakala kumpulan Jambu juga tidak menghampakan pihak juri. Nabil juga dilihat memberikan persembahan yang agak kurang menghiburkan. Mungkin kerana tekanan bagi memastikan beliau kekal dan layak ke gelanggang akhir.

Friday, June 3, 2011

Keputusan Bola Sepak Persahabatan Antarabangsa - Malaysia vs Hong Kong ( 1 - 1 ), 03.06.2011

Hari ini telah berlansung perlawanan persahabatan bola sepak peringkat antarabangsa pasukan Malaysia menentang Hong Kong. Perlawanan ini telah berlansung di Hong Kong pada jam 8.00 malam. Pasukan Malaysia telah berjaya mencatatkan keputusan seri melalui perlawanan ini.

Hong Kong terlebih dahulu mendahului hasil dari jaringan Siu Ki Chan pada minit ke 60 dan pasukan Malaysia berjaya menyamakan kedudukan 6 minit kemudian hasil jaringan Amri Yahaya yang masuk menggantikan Safee Sali pada minit ke 60.

Berikut adalah senarai pemain yang bermain untuk pasukan Malaysia.

Thursday, June 2, 2011

Pasha (Ungu) feat Adelia – Penghujung Cintaku

Pasha vokalis kepada Kumpulan Ungu telah berkahwin dengan Adelia yang kini menjadi pasangan duetnya. Pasangan ini telah melansungkan perkahwinan mereka pada 27 Mac 2011. Pasha juga sudah pernah berkahwin dengan Okie Agustina dan kemudiannya bercerai.


Lagu : Penghujung Cinta
Penyanyi : Pasha dan Adelia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...