Pages

Monday, January 31, 2011

KEPUTUSAN PERBICARAAN KES VIDEO LUCAH ARIEL PETERPAN

Hari ini dilaporkan bahawa Penyanyi Kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Ilham telah dijatuhkan 3 setengah tahun penjara dan denda Rp 250 juta atas kesalahan berhububgan penyebaran rakaman video lucahnya bersama dua lagi teman wanitanya yang juga merupakan selebriti.

Untuk mendapatkan berita penuh, klik link ini.

Sunday, January 30, 2011

Keputusan Rasmi PRK DUN Tenang

Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang telah diumumkan secara rasmi yang mana menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Azhar Ibrahim berjaya menewaskan calon PAS iaitu Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi. Ini bermakna BN mengekalkan kerusi di DUN Tenang.

KEPUTUSAN LIGA SUPER 2011


Kegairahan kaki bolasepak tempatan bermula lagi. Kali ini dengan gelanggang baru liga super bagi tahun 2011. Beberapa perlawanan telah diadakan. Sudah pasti yang menjadi tumpuan adalah perlawanan dua pasukan yang memang tak dapat kita nafikan hebat iaitu Selangor dan Kelantan. Kali ini giliran Kelantan untuk mendabik dada setelah membelasah Selangor dengan 2 gol berbalas kosong. Keputusan ini telah menobatkan Kelantan sebagai pemenang Piala Sumbangsih 2011.

FINAL RESULT ASIAN CUP ( AFC 2011 ) JAPAN'S VS AUSTRALIA



Doha: Akhirnya Pasukan Bolasepak Jepun telah berjaya menghancurkan impian Pasukan Bolasepak Australia untuk menjulang piala AFC edisi 2011 ini. Ianya bukanlah merupakan laluan yang mudah buat Jepun apabila perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan sesudah tamat masa penuh 90 minit. Tadanari Lee's muncul wira pasukan Jepun setelah menjaringkan gol tunggal perlawanan pada separuh masa kedua masa tambahan.

Friday, January 28, 2011

LONELY SOLDIER BOY - HUJAN CIPLAK LAGU JEPUN???



Lirik Lagu : Lonely Soldier Boy – Hujan

Monday, January 24, 2011

MARI TUKAR CARA BLOG WALKING DI KOTAK JERIT

Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Pertama sekali Tuan Penasihat nak mintak maaf banyak-banyak pada semua. Bukan niat nak menimbulkan semula isu tentang penipuan BW menerusi kotak jerit ni. Tetapi itulah, dalam 2 3 hari ni TP agak kurang melakukan BW, jadi tentulah agak kurang juga mereka yang menjengah dan meninggalkan jejak di blog SSK ni. Begitulah juga jejak yang ditinggalkan di shoutbox TP yang mana agak kurang bilangannya. Setelah mendapat tips-tips tentang penipuan BW dan cara untuk mengesannya dengan menggunakan beberapa cara, jadi TP pun melakukanlah experimen pada hampir semua yang meninggalkan jejak di shoutbox TP. Nak tahu hasilnya?

Saturday, January 22, 2011

ISU AUTO BLOG WALKING DAH SELESAI????

Haaaaa...... Apa ni???
Betul ka dah selesai. Habis tu siapa yang menang dan siapa pulak yang kalah???
ka semua pihak dah berdamai????
Eeeeee.... Tak pahamlah.

Tuesday, January 18, 2011

PENIPUAN BLOG WALKING (BW) - MESTI BACA!!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Apa khabar kepada pembaca dan pengunjung setia blog SSK ni. Tuan Penasihat nak mengucapkan berbanyak terima kasih yang teramat sangat kerana menjadikan blok SSK sebagai tempat singgahan korang semua sama ada untuk mendapatkan bahan atau hanya sekadar singgahan BW sahaja. Buat anda yang meninggalkan jejak melalui shout box atau komen akan TP balas kunjungan anda walaupun mungkin lewat sedikit insyaallah. Begitu juga bagi yang dah follow blog SSK ni, kalau TP masih belum follow anda maka tolong ingatkan aku bak kata Ana rafali. Akan TP follow anda semula, maklumlah kadang tu TP terlupa atau terlepas pandang dan TP mintak maaf.

Monday, January 17, 2011

BLOG WALKING - CANTIK CANTIK BLOG DIAORANG

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....


Kepada blogger-blogger yang tengah dok blog walking sekarang ni Tuan Penasihat (TP) nak ucapkan selamat singgah kat blog SSK yang tak seberapa ni. So amacam dengan hasil BW korang semua? harap-harap aktiviti ni dapat menambahkan lagi kenalan siber korang dan seterusnya dapat membantu menaikkan trafik korang dan rakan blog yang korang singgah tu.

Saturday, January 15, 2011

GENG CABUT NYAWA - CUCU BAWA GENG BUNUH DATUK ( HMETRO.COM )

Cucu bawa geng bunuh datuk
JEMPOL: “Saya memangku suami yang ketika itu nazak dan berlumuran darah di dada sebelum dia meninggal dunia,” kata Halimah Mat Yassin, 57, isteri Mokhtar Yusof, 71, yang maut dalam kejadian samun dan bunuh di Felda Palong 2, dekat sini, malam kelmarin.

Thursday, January 13, 2011

THE ANNOYING ORANGE

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....

Masih ingat dengan entri Tuan Penasihat (TP) tentang Annoying Orange - A cheesy episode?. Baik kalau tak ingat takpa nanti boleh tengok lagi. Ok kali ni TP nak berkongsi sikit mengenai info asal usul si orange yang pandai berkata-kata ni. Sebenarnya siri Annoying Orange ni dicipta oleh Dane Boedigheimer atau nama samaran beliau di youtube adalah Daneboe. Siri pertama si orange ni telah di siarkan di youtube pada 09.10.2009. Pada siri pertama ini sahaja di catatkan 380 juta paparan pada youtube. Memang gila betul.....

Ok maklumat selanjutnya nanti TP update lagi k. Sekarang kita layan Annoying Orange siri pertama tu.

Layanzzzzz...............



Amacam kelakar tak?

Monday, January 10, 2011

KEPUTUSAN AJL 25

JUARA :
ANA RAFALI (TOLONG INGATKAN AKU)


NAIB JUARA :
MEET UNCLE HUSSEIN & BLACK
(DRAMA KING)


TEMPAT KETIGA :
HAFIZ (NOKTAH CINTA)



PERSEMBAHAN TERBAIK :
FAIZAL TAHIR (HANYUT)


VOKAL TERBAIK :
HAFIZ AF6 (NOKTAH CINTA)

Amacam dengan keputusan ni? Mulanya TP rasa semangat ja nak buat entri mengenai final AJL 25 ni, tapi setelah semua keputusan diumumkan TP rasa macam........ tah susah nak cakap.
Macam mana dengan anda yang lain?
Adakah anda bersetuju dengan keputusan ini atau tidak.
Sila tinggalkan komen anda.

Sunday, January 9, 2011

SENARAI FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU 25 ( AJL 25 )



Malam ini bakal berlansungnya Anugerah Juara Lagu ke 25. Acara yang berlansung di Staduim Bukit Jalil ini juga dapat disaksikan secara lansung di TV 3 pada jam 9 malam nanti dan pengacaranya siapa lagi kalau bukan......

Tuesday, January 4, 2011

My Header Contest

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Sebenarnya Tuan Penasihat (TP) dah lama di tag untuk masuk contest ni oleh Adqayyum dari blog dunia tanpa bayangan iaitu pada 14 disember haritu lagi. Tetapi baru harini TP berkesempatan nak buat entri mengenai contest ni.


Contest ni merupakan contest pertama anjuran saudari Rieyana pemilik blog rieyanaynn.blogspot.com. Jadi TP rasa seronok sangat bila dapat join contest ni sebab dapat menyokong usaha blogger2 untuk memajukan blog diaorang. Macam orang kata, harini hari dia, esok hari dia sokong kita pulak. Tak gitu? Gitu gitulah gamaknyer yer....

Ok ini header blog SSK yang TP gunakan untuk join contest ni..

Amacam ok tak?
Sebenarnya pernah ada orang yang mengutuk header TP buat ni. Tapi bagi TP Header ni cukup istimewa dan sangat bermakna bagi TP. Jadi TP tak kisah apa yang orang nak cakap. Sebab memang TP suka kalau korang dapat memberi pendapat yang berbeza-beza sebab perbezaan itu yang membuatkan kita unik sebenarnya.

Jadi macam biasalah bila dah di tag, mesti lah kita mengetag pulak kan. Jadi TP nak tag kepada:-


Ok kepada anda yang di tag tu TP nak mintak maaf sebab lambat tag korang, dan satu lagi TP tak sempat check kalau korang dah join atau belum contest ni. Kalau nak dapat maklumat mengenai contest ni klik sini k. Tq...

Saturday, January 1, 2011

FAIZAL YUSOF DI SAHKAN MENINGGAL DUNIA

Industri tanah air hari ini menyambut kedatangan tahun baru dengan berita pembukaan tentang pemergian seorang pelakun iaitu saudara faizal Yusof. Mungkin ramai yang mengenali arwah melalui drama bersiri lakunannya seperti Adamaya (TV3) dan Zahrul vs Zarina (astro).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...