Pages

Saturday, January 15, 2011

GENG CABUT NYAWA - CUCU BAWA GENG BUNUH DATUK ( HMETRO.COM )

Cucu bawa geng bunuh datuk
JEMPOL: “Saya memangku suami yang ketika itu nazak dan berlumuran darah di dada sebelum dia meninggal dunia,” kata Halimah Mat Yassin, 57, isteri Mokhtar Yusof, 71, yang maut dalam kejadian samun dan bunuh di Felda Palong 2, dekat sini, malam kelmarin.

Sedih Bila Tuan Penasihat (TP) membaca mukasurat hadapan Harian Metro hari ini. Seakan menjadi trend pulak sejak kebelakangan ni bila jenayah yang berlaku terhadap kita dilakukan oleh orang-orang disekeliling kita. Ada yang dilakukan oleh kenalan atau kawan baik kita, malah yang paling teruk ada juga dilakukan oleh ahli keluarga kita sendiri. Mengapa mereka yang melakukan jenayah ini sanggup melakukan sedemikian? Kemana perginya sifat kemanusiaan dalam diri mereka ini? Tidakkah mereka sedar terlalu ramai orang yang mereka lukakan dengan tindakan bodoh mereka itu?

Sebenarnya apakah yang mempengaruhi mereka untuk bertindak melampaui betas sedemikian?
Bagi pemerhatian dan andaian TP, mungkin kebanyakkan jenayah yang berlaku sekarang ini ada berkaitan dengan penagihan DADAH atau ketagihan GAM. Cuba kita lihat berapa banyak kes membabitkan ahli keluarga sendiri yang dicederakan malah senggup di bunuh hanya kerana ketagihan benda haram ini?

Memang patut benda haram ini di basmi hingga ke akar umbi kerana ia banyak merosakkan remaja masa kini.
Bagi TP kerajaan dan pihak berkuasa perlu lebih serius dalam membasmi gejala dadah ini. Jangan diberi pengedar dan pembekal dadah ini bermaharajalela. jangan dibiarkan benda haram ini sampai kepada anak cucu kita. Tolonglah....

Satu lagi TP rasakan televisyen sekarang ni semakin banyak menyiarkan rancangan yang berunsur keganasan. Kononnya bila buat jahat itu cooll, kononnya bila bunuh orang itu hebat dan kononnya bila jadi gangster itu sesuatu yang sangat membanggakan. Tolonglah tunjukkan realitinya kalau kita bertindak sedemikian.

Dan kepada masyarakat semua termasuk diri TP. Ingatlah kita kepada ajaran yang diturunkan oleh tuhan yang satu. jadikan ia panduan dan pegangan. Mudah-mudahan generasi yang solehah dapat kita bentuk. Insyaalla......

4 comments:

::nuRuLaDHar:: said... BALAS

macam2 skunk kan..haishh risaw betul.

Pencari Qurratuaini said... BALAS

cucu sendiri lagi tu. adoi..apalah nasib keluarga ni..si cucu ni pun satu, sanggup dok buat mcm ni kt keluarga sndiri

Pink Pearl Lady said... BALAS

sekarang nie nyawa mcm takdak harga dah,keluarga sendiri sanggup buat macam tu orang luar apatah lagi.....

NuSaNa NoSa 91 said... BALAS

adesss.. pe la nk jd ngan dunia skrg.. tanda2 akhir zmn.. =.=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...