Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Apa khabar kepada pembaca dan pengunjung setia blog SSK ni. Tuan Penasihat nak mengucapkan berbanyak terima kasih yang teramat sangat kerana menjadikan blok SSK sebagai tempat singgahan korang semua sama ada untuk mendapatkan bahan atau hanya sekadar singgahan BW sahaja. Buat anda yang meninggalkan jejak melalui shout box atau komen akan TP balas kunjungan anda walaupun mungkin lewat sedikit insyaallah. Begitu juga bagi yang dah follow blog SSK ni, kalau TP masih belum follow anda maka tolong ingatkan aku bak kata Ana rafali. Akan TP follow anda semula, maklumlah kadang tu TP terlupa atau terlepas pandang dan TP mintak maaf.
Uiks....
Tajuk kata cerita penipuan...
Mukadimah punya panjang, mana penipuannya?.... Sabar sabar ni yang nak bagi tau ni.
Ok sebelum tu TP ada soalan nak tanya. Pernah tak ketika cuba membalas jejak pengunjung blog korang di shout box atau chat box, nama yang anda klik tu membawa anda kepada blog yang lain. Contohnya blog perniagaan ke, nama yang di klik nama melayu tapi bila klik sampai ke blog mat saleh.
Haaaa... Itu antara contoh mudah la. Tapi yang sebenarnya berlaku adalah, orang yang datang meninggalkan jejak di shout box dan chat box kita tu, tidak pernahpun melawat blog korang!!
Aik, habistu macam mana diaorang boleh tinggalkan jejak kat situ?
Kalau nak tau, peninggal jejak ni sebenarnya menggunakan satu taktik dimana mereka tidak perlu melakukan BW untuk meninggalkan pesanan di shout box dan chat box korang. Tetapi bagi kita yang memang jujur dan tak tahu ni, sudah pasti kita akan klik nama yang ditinggalkan untuk membalas BW mereka dan kunjungan kita itu telah memberikan mereka 1 trafik manakala kita pula mendapat 0 trafik dari mereka. Adil tak situasi ni? Sudah pasti ianya tidak adil dan mereka hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk meninggalkan jejak BW mereka kononnya kepada beberapa blog, berbanding kita yang terpaksa meluangkan masa yang agak lama bagi membuat BW.
Sebenarnya TP pun tak berapa pandai nak menceritakan secara terperinci bagaimana ianya dilakukan. Disini ada dua blog rakan kita yang mula-mula memperkatakan tentang isu ini. Mereka juga ada memberi contoh cara penipuan ini dilakukan dan bagaimana cara untuk kita menanganinya. Cuba klik blog mereka untuk maklumat lanjut k.
Blog Suara Bawah Tanah
Blog Pendekar Berkuda
Akhir sekali TP nak beri nasihat kepada mereka yang melakukan BW cara penipuan ini. Sudah-sudahlah, tak baik makan hasil macam tu. Lambat-laun nanti orang akan tahu jugak. Insaf-insaflah k.
19 comments:
erk...keliru memula bc intro entry ni...tapi betullah, slalu sgt tgl kan kt2 kat shoutmix tu tp bila klik blk, tgk2 blog perniagaan..igt kn betul la nama tuan punya blog...
@Eda
Itu salah satu contoh la. ada gak yang bila klik dia bawak kepada blog mereka individu. cuma cara penipuannya sama saja. tinggalkan jejak tanpa mengunjungi blog kita.
sokong! mang nak kena pukoi..hahaha
saya pernah klik pada satu nikname para2 ibu jugak la seperti saya tapi alih-alih saya masuk ke blog yg membuat promosi kitab2 bible..!!!! adakah itu yg di namakan auto blogwalking daripada kawan saya tu?
@nub
ganas betoi nub ni. kira nak pukoi orang ja.
@Rafina Mimi Zairul Murni mungkin jugak la. ada gunakan get clicky tak. benda tu bole kesan setiap pengunjung ke blog kita. yang mana ip ad dia ada di shoutbox tapi tak ada di get clicky, itu mesti pakai software auto BW tu.
oooo yeke..ermmm x sangka btl la dia pun boleh terlibat ngan perkara sebegini..
nasihat lagi kat depa tuan penashat...biaq sampai insaf...huhuhu
tak best la buat camtu... minda kita pun tak bkembang... kalo bw, bleh jugak dpt ilmu.
ps : jom tgk gambar mengerikan
salam,
tak baik sungguh buat camtu... ish3x..
@Rafina Mimi Zairul Murni
Maaf TP tak berani kompom yang kawan RMZM guna taktik tu. Cuma ada juga diantara pengguna software auto Bw tu, mereka tidak tahu yang jejak mereka tidak memberi trafik kepada empunya tempat jerit tu.
@Belalang Hijau
Ya belalang, insaf sampai pegi mesjid hari hari.
@Muhammad Burn
Ya betul satu pendapat yang sangat baik. TQ. Bila berBW ni ibarat kita pegi mengembara. banyak ilmu kita bole dapat.
Tq MB.
@My Little Diary ish3x
memang tak baikpun. ssebabtu dikatakan menipu. ish99x.....
ala...tipu la kalau main mcm tuu =.='
nub mmg kaki pukoi...tp tak dak sapa pun yg takot ngn dia heran sunggoh...hehehe jgn mara ye nub millo gurau jep...
millo pernh kena dulu, mula2 tu bodo g la tgok blog dia kan then lama2 lantk la..
@moeyna
memang tipu, sebab tu di panggil penipuan :)
@Millomocca Danique
ooooo masa bodo bodo duluuuuu...
dia tu sapa?
sgt kejam..hahahahah..
anyway singgah2 ye ke pondok usang saye..hehehk
http://lifeisunpredictable91.blogspot.com
Post a Comment