Pages

Wednesday, March 30, 2011

Keinsafan - Krabat



Kumpulan - Krabat
Lagu - Keinsafan


Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Dingin terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi seksa yang tak sudah...

Mendung berlalu sepi tiada purnama
Di dalam kelam terlihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda apa rahsia?

Oh tuhanku yang maha esa
maha pengasih maha pemurah
Andainya malam yang begini
memberi pengertian untukku mencari hidayahmu

Maka ku tadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam...

Cukup setakat ini aku merasa
terasing terhukum dalam sengsara
balasan dari kehancuran yang aku ciptakan...

Dan kini aku mengerti antara dosa pahala
yang mana lebih utama dalam meniti
kehidupan dan hari kematian...

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukur pada ilahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan
satu penangguhan
Untuk aku mengucapkan

Kalimah terakhir...........
_______________________________________________________

Assalamualaikum semua.

Amacam pernah tak dengar lagu ni?
Sedapkan?.. Lagu ni di nyanyikan oleh kumpulan Kerabat, satu kumpulan rock yang wujud zaman rock kapaklah kita kata. Lagu ni diberitajuk keinsafan. Sapa yang menulis lirik dan mencipta muziknya tak pulak TP pasti. TP cuma pernah tengok kumpulan ni nyanyi lagu ni sekali jer dalam TV. kalau tak silap rancangan muzik-muzik tahun 96 atau 98 camtulah. dah lama sangat, tak berapa nak ingat dah. Tapi sejak pertama kali dengar lagu ni, terus jatuh cinta. Terutamanya dengan liriknya yang terlalu indah. 

Sejak sekian lama TP mencari nak dengar semula lagu ni, akhirnya dapat juga TP dengar semula lagu ni. Terima kasih ler pada internet.

Bukan apa, sejak akhir-akhir ni kita dapat lihat beberapa kejadian-kejadian yang cukup menginsafkan kita. Mana taknya, banyak tempat dah kena bencana alam. Peperangan, tunjuk perasaan, pepecahan sesama muslim, perebutan kuasa berlaku dimana-mana... Negara kita pula sekarang ni tak habis dengan perpecahan sebab politik. Setiap malam boleh dikatakan hujan, bahkan sesetengah tempat dilanda ribut.

Diwaktu menulis entri ni, hujan sedang mencurah-curah diluar. Isteri dan anak-anak TP dah tidur. TP perhatikan setiap seorang. Tak terkira syukur kerana dikurniakan keluarga yang bagi TP sangat sempurna.
Rasanya tak terbayang bagaimana sekiranya negara kita juga mengalami keperitan seperti jiran-jiran kita yang lain. Bagaimana dengan keluarga ini??... Namun segalanya berkemungkinan  dan apa saja yang bakal berlaku esok adalah ketentuan dan rahsia yang maha esa.

TP sebagai manusia hanya mampu berdoa moga dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi hari mendatang. Dan terima kasih dan syukur kepada tuhan kerana sentiasa diberikan peringatan. Mudah-mudahan kita semua menggunakan sebaiknya masa ini untuk menginsafi diri dan memperbanyakkan amal untuk bekalan kita......

Insyaallah.....



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...