Pages

Saturday, March 12, 2011

Keputusan Pelita Jaya vs Persib Bandung 12 March 2011

Liga Super Indonesia ( ISL ), 12 March 2011.
Kelab Pelita Jaya sebagai tuan rumah yang disertai oleh penyerang Malaysia Safee Sali telah ditewaskan oleh kelab Persib Bandung dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Singa Perbangsa.


Gol pertama Persib Bandung hadir pada minit ke 9 hasil jaringan Matsunaga Shohei. Gol tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Masuk separuh masa kedua Juan Ramirez dari Pelita Jaya berjaya menyamakan kedudukan 1 sama pada minit ke 51. Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Pelita apabila Persib sekali lagi berjaya memperolehi gol pada minit ke 62 hasil jaringan Abanda Herman yang mana gol tersebut adalah merupakan gol kemenangan buat Persib bandung.

Kini Persib Bandung berada di tangga ke 11 liga. Mana kala Pelita Jaya pula masih kekal di tangga ke 14 dari kesemua 15 pasukan dalam senarai liga super indonesia.

2 comments:

Azza Firza said... BALAS

minat bola eh ? ekeke

Tuan Penasihat said... BALAS

@Azza Firza
minat, minat sangat.
kenapa? minat jugak ker?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...