Pages

Thursday, March 3, 2011

Tuan Penasihat Pengsan Ditepi Longkang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua.

Pertama sekali Tuan Penasihat (TP) nak tanya khabar kawan-kawan semua. TP harap semuanya barada dalam keadaan sihat sejahtera dan murah rezeki korang hendaknya. Amboi dah gaya orang menulis surat cinta la pulak kan. Cinta la jugak, cinta pada pengunjung yang mengunjungi blog SSK TP yang tak seberapa ni. Tak kiralah pengunjung tetap atau pengunjung tak tetap, semuanya TP sayang dan hargai.


Ok, mungkin korang yang selalu singgah di blog TP perasan kenapa kandungan blog SSK ni banyaknya cerita ringan, ringan tau bukan ringan-ringan. Cuma kadang-kadang je TP tulis cerita yang agak berat untuk dikongsikan. Bukan apa, cerita ringan tu kebanyakkannya adalah merupakan entri backup TP sekiranya TP tersangatlah sibok untuk update blog. Jadi terciptalah entri-entri ringan begitu. Maklumlah TP ni memang sibok macam YB. Sibok jer tapi bukannya menyebok.

Atas kesibokkan bekerja dan di tambah dengan banyak masaalah yang menimpa TP sejak kebelakangan ini, TP telah dikurniakan dengan keadaan kurang sihat. Walaupun kurang sihat TP tetap cuba meneruskan aktiviti TP macam biasa. Tapi apakan daya, setiap sesuatu itu ada batasnya.

Kalau nak tahu, baru-baru ini TP telah pergi kerja macam biasa. Setibanya di tempat kerja TP rasa sejuk sangat sehingga menggigil-gigil. Jadi TP pun mintalah kebenaran dari pegawai untuk pulang kerana tidak sihat. Pulanglah TP setelah mendapat kebenaran. Semasa dalam perjalanan pulang dengan menaiki motosikal, TP telah merasa gelap mata dan mahu pengsan. Nasib baiklah TP sempat berhenti di bahu jalan dan turun dari motosikal. Tanpa memperdulikan keadaan sekeliling TP terus membaringkan diri diatas tembok longkang yang agak tinggi. Maka terbaringlah TP di tepi longkang itu agak lama sebelum diberi bantuan oleh orang yang berada berhampiran situ. Sebelum pengsan sempat juga TP menelefon ayah TP untuk meminta bantuannya. Setengah jam juga baru ayah TP datang dan membawa TP ke klinik kerana TP tak mahu ke hospital ( takut kena tahan la tu ). Dua tiga hari jugak TP tak bangun. Telefon dan blog langsung TP tak tengok. Baru harini TP rasa sihat dan boleh bekerja semula walaupun badan masih ada rasa sedikit lemah.

Jadi disini TP nak mengambil peluang mengucapkan pada semua yang perihatin membantu TP pada waktu TP pengsan haritu. TP sangat terhutang budi pada korang semua. Jasa korang takkan mungkin dapat TP lupakan. Begitu juga pada kawan-kawan yang mengunjungi blog SSK ni walaupun blog ni tak berupdate dalam beberapa harini. Terima kasih sangat-sangat.

Pada kawan-kawan semua TP cuma nak mengingatkan, hargailah masa sihat korang. Sibok-sibok juga, kesihatan harus dijaga. Oklah, ada masa dan masih ada umur kita bertemu lagi di blog SSK ni k.

LUV U ALL..........

14 comments:

nub said... BALAS

TP ringan-ringan ngan sapa nih? hahaha

kpah k-poh said... BALAS

Harap dah kembali pulih yaaa...

Tuan Penasihat said... BALAS

@nub
TP ringan ringan dengan mekanan ringan jer. sebabtu pengsan.

Tuan Penasihat said... BALAS

@kpah k-poh
alhamdulillah dah rasa agak ok walaupun x 100% lagi.

Tq berkunjung ke sini k.

suka hati said... BALAS

kejadian nih pernah jd kat aku gak..sampai skg mak aku tak tau..hehhehe..btw get well soon ye TP

Tuan Penasihat said... BALAS

@suka hati rasanya TP dah ok sikit lani.
Tq geng.

Rainbow said... BALAS

isk TP ni..tu laa u.. ai suh mik no tepon ai n kol u xnak..kan dh susah..xpe2..next time, pgsan sm2 ye.

kurangkan mknanan ringan, amalkan tips ai tu... jgn degil!

tips untuk TP

Tuan Penasihat said... BALAS

@Rainbow
hohohohoho
baik cikgu. TP x degil lagi lain kali.

mrs.sabri said... BALAS

selamat berehat tuan penasihat..saya pun x sihat jugak ni..batuk demam..adoyai..rasanya mcm nak letak blog tuan penasihat dlm bloglist saya la itupun kalau di izinkan..

nuriz said... BALAS

dtg dari blog kak pah..semoga TP sihat sihat noooo
salam perkenalan hehehe

Yan said... BALAS

Salam kenal.. sihat selalu

Tuan Penasihat said... BALAS

@mrs.sabri
tak sihat jugak?..
sian. musim cuaca tak menentu kot lani. makan ubat k.
kalau nak amek link blog ni, ameklah. TP alu alukan. tq, boleh kita tukar link.

Tuan Penasihat said... BALAS

@nuriz
terima kasih nuriz. salam perkenalan dari TP jugak.

Tuan Penasihat said... BALAS

@Yan
salam kenal dari TP jugak buat yan.
terima kasih sudi datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...