Hari ini undian perlawanan bagi kelayakan Piala Dunia 2014 telah diumumkan. Sudah pasti peminat bola sepak tempatan ternanti-nanti siapakah lawan yang bakal di tetang nanti. Keputusan undian telah menyaksikan Pasukan Malaysia bakal bertemu Taiwan pada perlawanan yang bakal berlangsung pada 29 jun nanti di sana dan bagi perlawanan timbal balik (2nd leg) di Malaysia pula adalah pada 3 julai.
Ramai yang mengatakan Taiwan adalah pasukan yang mudah untuk ditumbangkan. Betulkah begitu? Sekiranya Malaysia berjaya mengalahkan Taiwan, Singapura adalah lawan yang menanti pada perlawanan selepas itu.
Walaupun dirasakan seperti peluang Malaysia agak cerah, diharap pemain dan seluruh pasukan tidak terlalu yakin dan memandang rendah keupayaan lawan.
Teruskan mengganas Harimau, moga boleh beraksi di Brazil nanti.
2 comments:
kalau la malaysia masuk piala dunia,,,mesti mentri buat cuti sebulan..huhuhuhu..kompem meriah satu malaysia..semoga malaysia betul2 masuk piala dunia..:P
mak aiii sebulan??
bayangkan hospital tutup sebulan.
hmmmmm....
Post a Comment