Pages

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat tahun baru 2011 kepada anda semua.
Diari tahun 2010 ditutup, diari baru dibuka. Namun akan adakah perubahan dalam perjalanan kehidupan kita? atau masih dengan skrip dan cerita lama?
Namun apa sahaja perancangan dan azam kita ditahun baru ini tidak akan tercapai tanpa usaha dan gerak kerja. Walau apa sahaja yang anda inginkan di tahun baru ini, Tuan Penasihat mendoakan semoga ianya akan tercapai hendaknya.
gambar google
Dalam kegairahan kita menyambut detik tahun baru ini biarlah kita mengenang kembali suka duka kita di tahun 2010 dan janganlah terlalu seronok sangat sampai tak ingat dunia.
Selamat Tahun Baru buat semua............

SAYA ANAK MALAYSIA : DR. SAM

Masih lagi dengan semangat kemenangan Harimau Malaya yang masih menebal.
Tuan Penasihat (TP) merasakan rata-rata rakyat Malaysia masih teringat lagi dengan provokasi yang dilakukan oleh penyokong dan rakyat lawan kita terhadap pasukan kebangsaan kita. Tetapi masej jelas yang cuba mereka sampaikan adalah kebencian mereka terhadap negara kita sebenarnya. Kenapa harus jadi begitu????

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia 1, Indonesia 2 : Keputusan Perlawanan Akhir 2 Piala AFF 2010

Tahniah skuad Harimau Malaya!!!!!!!!!!

Akhirnya penantian selama ini berakhir!!!...
Inilah pasukan terbaik buat malaysia ketika ini. Walaupun pernah menghadiahkan Malaysia dengan pingat emas ketika sukan SEA, namun prestasi pasukan Harimau sering saja diragui selepas itu. Namun segala-galanya terjawab apabila kehebatan Harimau sekali lagi dibuktikan apabila Piala berprestij asia pula menjadi milik kita.

Debaran Final Ke 2 Piala AFF : Malaysia Vs Indonesia

Dup dap dup dap dup dap......
Berdebar-debar itulah yang dirasakan.
Kurang 1 jam lagi tiupan wisel bagi sepak mula pertembungan antara pasukan bolasepak Malaysia menentang Indonesia. Tuan Penasihat(TP) pasti ramai penyokong Malaysia termasuk TP yang akan berkumpul dihadapan tv bagi menyaksikan perlawanan ini. Bermacam-macam persoalan yang bermain difikiran kita. Apakah sang harimau mampu untuk menggigit lagi atau garuda pula yang mampu terbang tinggi, setinggi ego pasukan dan penyokongnya.

Annoying Orange - A cheesy episode

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.....

Korang semua pernah tak tonton klip Annoying Orange?
Kalau nak tau, Annoying Orange ni memang glamour sangat. Klip dia memang simple sangat, cuma 2 3 minit jer. Modal nak buat siri ni pun ciput jer, tapi hasilnya korang tengok sendirilah.



Amacam terhibur?
Ok nantikan episod seterusnya nanti k.

Sunday, December 26, 2010

Malaysia 3, Indonesia 0. Keputusan Perlawanan Akhir 1, Piala AFF 2010




Akhirnya Harimau mengaum garang di Stadium Bukit Jalil!!!!!
Satu keputusan yang sangat sangat sangat mungembirakan seluruh rakyat dan penyokong skuad bolasepak Malaysia. Apatah lagi lawan yang berjaya kita tundukkan pada malam ini bukanlah calang-calang pasukan. Indonesia terpaksa berundur keluar dari stadium Bukit Jalil dengan menelan kembali segala cakap-cakap besar dan provokasi mereka kepada pasukan kebangsaan kita.

Friday, December 24, 2010

200 blog. (SEGMEN BEN ASHAARI)


Entri ni adalah untuk menyahut cabaran Ben. Ben nak kumpul 200 orang blogger.
Taktaulah Tuan Penasihat sempat lagi ker tak.
Maklumlah segmen Ben ni selalu laris amat macam pisang goreng.
Nak dapatkan maklumat lanjut tengok sini k.

Tuesday, December 21, 2010

BroadBand Mana Satu Menjadi Pujaan Hati Mu.

Sejak akhir-akhir ni line broadband Tuan Penasihat (TP) asyik dok terhegeh-hegeh ja. Sampai kadang -kadang tu rasa dak baling ja apa yang ada. Tensen betul, macam entri TP yang lepas. klik sini.
Kadang tu terpikirla jugak, adakah TP seorang saja yang mengalaminya ataupun semua orang camtu.
Jadi disini TP nak berkongsilah pengatahuan antara:-

Sunday, December 19, 2010

Masa Bila Paling Korang Suka Buat BlogWalking????

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua.

Sebenarnya Tuan Penasihat (TP) ada satu soalan yang nak ditanya pada semua. Masa atau waktu bilakah yang paling korang suka buat blogwalking?. Waktu pagi ker, tengah hari ker, petang ker, malam ker atau time orang semua tengah membuta ker.

Malaysia 0, Vietnam 0. Keputusan Separuh Akhir 2, Piala AFF 2010

Akhirnya pasukan bola sepak Malaysia telah berjaya mengesahkan tiket ke perlawanan akhir bola sepak piala suzuki apabila telah berjaya mengekang pasukan Vietnam pada perlawanan pusingan kedua di hanoi sebentar tadi. Dengan keputusan seri dan di bantu oleh kelebihan 2 gol ketika menang di gelanggang sendiri, sudah cukup buat pasukan tanah air kita ini.
Mungkin ada diantara kita yang merasakan persembahan pasukan kita kurang menyerlah malam tadi, namun mungkin itu adalah merupakan satu strategi bermain secara bertahan bagi memastikan gol kita tidak di bolosi dan menggunakan sepenuhnya kelebihan aggreget yang kita miliki.
Walau bagaimanapun tahniah kepada pasukan Bola Sepak Malaysia.
Malaysi Boleh!!!!

Friday, December 17, 2010

PAPADOM VS APPALAM

Papadom, mesti kebanyakkan dari anda dahpun pernah menonton filem tersebut. Sebuah filem yang sangat menyentuh jiwa. Sebuah filem tentang kekeluargaan, tentang rasa kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuannya. Banyak unsur positif dan pengajaran dalam filem arahan Afdlin Shauki ini.
Tapi tahukah anda bahawa ada sebuah lagi filem bertajuk Appalam. Filem ini adalah sebuah filem tamil Malaysia, yang mana filem Papadom ini telah diolah, lakonkan semula dan di beri fill dalam versi tamil, tetapi jalan cerita dan mesejnya masih tetap sama. Filem Appalam ini juga telahpun di tayangkan di pawagam kalau tak silap pada 24 November 2010 tempoh hari. Oklah kalau nak cerita banyakpun tak best gak. Tak salah rasanya kalau kita tonton kedua dua filem tersebut untuk support filem Malaysia kita. Ingat... 1 Malaysia.

APPALAM Trailer

 Appalam - Appalam [Dr.Burn] 

Papadom Official Trailer

Wednesday, December 15, 2010

Malaysia 2, Vietnam 0. Keputusan Separuh Akhir 1, Piala AFF 2010

Malaysia 2 Vietnam 0. Itulah kedudukan selepas tamat masa penuh pertemuan separuh akhir pertama kedua-dua pasukan ini dalam merebut tempat ke perlawanan akhir Piala AFF. Sangat teruja TP menyaksikan perlawanan tadi. Terutamanya pada babak separuh masa kedua di mana pasukan kita dilihat lebih baik berbanding separuh masa yang pertama.
2 gol yang berjaya di sumbangkan oleh pemain no 10, Safee Sali itu ternyata memberikan pasukan kita bekalan yang selesa ketika kita bertandang ke Vietnam nanti.
Mudah mudahan kita mampu melangkah ke perlawanan akhir, dan sekiranya ditakdirkan Indonesia adalah lawan kita di final, TP mengharapkan kita mampu untuk membalas dendam pada kekalahan pasukan kita dalam peringkat kumpulan.
Apa-apapun Tahniah tahnia tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia.
Malaysia Boleh!!!!

Tuesday, December 14, 2010

Sila Ke Pulau Pinang - Pak Man Telo dan The Zurah II

Masih lagi Berkisarkan tentang Pulau Pinang. Tapi kali ni bukan mengenai band rock HUJAN, tetapi sebuah band yang lagi otai dari band band yang ada sekarang. Dan video lagu yang di pilih kali ini adalah koleberasi antara kumpulan otai tersebut dengan sebuah kumpulan lawak terkenal masa itu.......
Tp video clip ori takder. Karaoke punya adala. Boleh kot?
Sekarang diperkenalkan kepada anda semua.....
Tak lain dan tak bukan...
The Zurah II dan Pak Man Telo.
Semoga terhibur!!....


Sila Ke Pulau Pinang - Pak Man Telo dan The Zurah II

Monday, December 13, 2010

Kumpulan Hujan dan Hujan Di Pesta Pulau Pinang

Hari ni Tuan Penasihat (TP) rasa seronok sangat. Apa taknya dapat menghabiskan masa cuti bersama keluarga tersayang (dan dapat menghabiskan duit jugak). Aktiviti kita orang harini adalah ke Pesta Pulau Pinang. Kami bertolak agak awal la jugak. Nasib TP agak baik kerana jalan taklah jem sangat dan dapat pulak parking dengan pintu masuk. Taklah macam tahun tahun yang lepas lepas, dah la jem nak mampus dari jambatan lagi, parking pulak mak oii punyalah jauh. Kalini ok ja steady jer. Masuk jer dalam tu tengok kedaan pun boleh dikatakan agak meriah jugak. Pertambahan gerai jualan memang banyak. tak tau nak gi yang mana dulu. Letih jugak ler dok nunggu wife. Aper taknyer, semua gerai dan kedai dia nak masuk kalau boleh. Pastu dok belek satu satu. Yang anak pulak asyik dok keriau "nak menan nak menan", nak mainan maksudnya tu. Yang bapak dia pulak nak apa? Haaaaa bapak dia ada tujuan sebenarnya, nak tengok konsert kumpulan HUJAN!!..

Thursday, December 9, 2010

"BlogLarian" Dah Tersenarai Di List Ke 67!!!

Uiks! cepatnya. baru buat dah tersenaraipun.
Kalau nak tau blog SSK ni dah tersenarai dalam lit ke 67 dalam BlogLarian.
Klick sini kalau nak baca dan kalau baru nak join pun boleh lagi, klick kat situ jugak.
Cepat!! Segera!! Hurry!! Faithi aaaa!!!!

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU (Segmen Ben Ashaari)

Itu dia, sedang dok terjah-terjah blog. maka terpandanglah oleh mata Tuan Penasihat akan satu lagi segmen dari blogger yang memang tak asing lagi dikalangan blogger-blogger Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Saudara Ben Ashaari yang sekadar bermain dipinggiran dapur tanpa sempadannya itu. (hmmmm... dah takder sempadan, lagu mana nak dok kat pinggiran? isk hairan hairan hairan)
Semenjak dua tiga menjak ni kalau kita perhatikan apa saja segmen yang di anjurkan saudara Ben mesti meletup. Mungkin ini sebenarnya satu fenomena, fenomena Ben Ashaari.
Kali ni ben nak bubarkan bloglist beliau yang sedia ada dan nak di gantikan dengan bloglist yang baru. Jadi Ben bagi peluag sapa yang nak try kot ada nasib tu, buat aje satu entri yang mengatakan korang berminat. Ehem ehem macam yang Tuan Penasihat buat ni lerr.. Kiranya memang berminat ler jugak ( sangat sangat sebenarnya.. hehehehe ).
Jadi besar sungguh harapan agar dapat Tuan Penasihat boleh menduduki kerusi di perlimen Ben itu nanti.
Buat yang nak mencuba nasib juga, klick sini untuk mendapatkan info terus dari Ben.





Mintak mintak la dapat.
Amin.......

Wednesday, December 8, 2010

"Blog Larian" Cara Laju Meningkatkan Trafik Ke blog Anda. Laju Macam Hussain Bolt!!

Blog Larian? Program apa pulak dah ni?
Haaaa tu la ketinggalan la sapa yang taktau tu. (TP pun baru tau jugak sebenarnya. huhuhu)
Kalau nak tau ini adalah cara pantas untuk BW dan sekali gus meningkatkan trafik ke blog anda. Pantas macam Hussain Bolt ooooo....
Ianya adalah program anjuran Saudara Padel. Kalau nak join clik sini untuk terus ke BlogLarian
dan mendapatkan info cara-cara dan syarat penyertaan.

Ada slogan yang perlu dilengkapkan tau. "Saya suka berblogwalking kerana..."
TP suka berblogwalking kerana dapat mencari kenalan dari serata dunia dan dapat berkongsi cerita, ilmu dan tips dalam pelbagai perkara. Dari perkara yang kita dah tau sehingga perkara yang pelek-pelek yang kita taktau pun ada blogger yang tau sebenarnya.

Terima kasih kepada JzBusinessworld kerana tag blog Sayasalahka ni. Sekarang giliran TP untuk tag 5 orang blogger pula. Mereka yang TP pilih adalah : 

Tuesday, December 7, 2010

Keputusan Piala Suzuki Malaysia 5, Laos 1

Preetttttttt!!!!!!!!!!!!!

Ya itu dia tamat 90 minit perlawanan Malaysia menentang Laos. Pasukan Malaysia berjaya menewaskan Laos dengan 5 gol berbalas 1. Ini bermakna Malaysia layak meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir.

Ketika menyaksikan perlawan tersebut secara lansung dari TV1, Tn. Penasihat pada mulanya agak ragu-ragu sama ada Malaysia akan dapat meneruskan kemaraan mereka kerana keputusan perlawanan ini juga dipengaruhi oleh perlawanan antara Indonesia yang bertemu Thailand. Maklumlah Indonesia telahpun mengesahkan kedudukan mereka sebagai pendahulu kumpulan dan sekiranya tewas sekalipun bermakna mereka telah layak ke separuh akhir bersama pasukan Thailand.

Walaupun kagum melihat perestasi pasukan Malaysia pada separuh masa kedua yang bermain bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka dihadapan Laos, TP merasakan sedih apabila mengetahui Thailand juga telah mendahului pasukan Indonesia. Namun segalanya berubah di minit ke 85 apabila mengetahui Bambang Pamungkas telah berjaya menyamakan kedudukan Indonesia melalui jaringan penalti sekali gus telah menghidupkan peluang pasukan Malaysia. Namun Indonesia sekali lagi mengukuhkan kedudukan mereka apabila sekali lagi Bambang menjaringkan gol dari sepakan penalti kedua yang dihadiahkan kepada mereka.

Rasanya Malaysia harus berterima kasih kepada bambang kerana tewasnya Thailand bermakna Malaysia Layak keseparuh akhir.

Nampaknya masih ada harapan dan impian yang dapat dipasang oleh pasukan dan penyokong pasukan Malaysia untuk melihat pasukan ini pergi sejauh yang boleh dalam pertandingan ini atau mungkin memenangi piala suzuki ini.

Malaysia Boleh!! Malaysia Boleh!! Malaysia Boleh!!

Lagu komedi : POE - Saman


Masih ingat dengan lagu ini? Kalau tak ingat mai Tn. Penasihat nak story sikit.
Lagu ni bertajuk Saman dan dinyanyikan oleh saudara Poe. Muzik lagu ni di ambil daripada lagu kumpulan mat saleh 'Inner Circle'. Itu je la yang TP tau pun. Yang lain dah tak ingat dah. Jangan mara arrrr....
Tapi takpa, cari jer sendiri info kat internet. hehehehhe.


Lirik lagu Saman(A LA LA LA DATUK)- Poe

Saya nampak tu

* A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong

** A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Sape kawan

Saya minta tolong pada datuk
Jangan saman
Saya ada perjumpaan
Dengan persatuan
Surat saman macam ini
Saya ada lapan
Termasuk yang ini wahai datuk
Sudah sembilan
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Encik dengar sini, hey)
Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

Ulang * dan **

Saya janji pada datuk
Sumpah saya tak buat lagi tuk (betul ke)
Pandu kereta laju laju
Takut langgar tembok
Saya tak tipu
Saya cakap betul
Saya janji pada datuk
Betul betul punya janji
Saya tak buat lagi
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Dengar sini, hey)
Lapan saman tidak bayar
Janji awak saya tak percaya
Tandatangani kertas ini
Awak tidak akan lepas lagi
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong la tuk

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Ape kawan

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan

(Dialog)

Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Pergi bayar saman

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Tidak kira kawan

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Jangan awak lalai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Nanti tidur balai…

Lagu: Ian Lewis
Lirik: Poe

Terima Kasih JzBusinessworld.com dan gilamodified.blogspot.com!!!

Assalamualaikum....

Bangganya n seronoknyer TP sekarang ni, nak tau kenapa?
Sebab pertama kalinya banner blog Saya Salah Ka? (SSK) ini telah sanggup di pacakkan di tanah dua buah  blog oleh pemilik blog tersebut tanpa paksaan atau dibayar berbuat demikian.
Kalau nak tau banner SSK tu baru siap sesangat dan masih panas lagi masa di pacakkan di tanah blog mereka.
Blog pertama yang TP maksudkan adalah blog Jzbusinessworld. Jz lah yang mendorong TP untuk membuat banner tersebut melalui segmen yang beliau anjurkan. Dimana beliau akan membenarkan peserta yang menyertai segmen beliau itu untuk meletakkan banner mereka di ruangan iklan yang beliau sediakan di blog beliau tanpa mengenakan sebarang bayaran. Tapi hanya untuk 2 minggu aje lah. Kira ok ler tu.
Haaaa satu lagi pulak ialah  gilamodified.blogspot.com yang dimiliki oleh saudara Khairul Ilham. Memang bestlah saudara kita ni. Tau-tau ja dia dah pacakkan banner SSK kat tanah blog dia. Dah tu setelah diteliti rupanya boleh kata orang lama jugak dalam berblog rupanya dia ni. Blog beliau pun pergh!! Kalau anda seorang yang meminati dunia modifikasi motor atau kereta, memang patut anda lawati blog beliau. Tapi tak tau la pulak berapa lama saudara Khairul nak pacak banner SSK kat situ. Sebab takder perjanjian pun sebenarnya. Tapi tapalah. janji ada orang yang sanggup amek banner SSK puk kira TP dah seronoklah.
Jadi di sini TP nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Jz dan saudara Khairul. bagi menghargai anda, TP juga akan memacakkan banner anda di tanah blog milik TP ini. Bagi sesiapa yang nak amek banner SSK ni ameklah. boleh kita tukar suka sama suka.

Monday, December 6, 2010

BERITA BAIK DARI JZBUSINESSWORLD UNTUK BLOGGER SEMUA!!

Assalamualaikum semua....
Dah baca ka iklan kat atas tu? Kenal tak dengan JzBusinessworld?
Amacam berminat tak? Aik orang nak bagi kita buat iklan free pun tau mau lagi ka?
Nak kena pikir lagi? Nak dengar nasihat dari Tn. Penasihat tak?
Kalau nak dengar nasihat dari Tn. Penasihat, Tn. Penasihat nasihatkan tak payah nak nasihat nasihat lagilah kalau orang dah bagi peluag macam tu.
Bedal ajelah nasihatnya.
Jangan lambat lambat tau.
Bedal jangan tak bedal, bedal jangan tak bedal, bedal jangan tak bedal!....

Friday, December 3, 2010

Arghhhhhh Bosan! Tension!


Adus apala punya karut!!
Bikin panas betul!!!
Dah berapa hari dok camtu ja.
Makin teruk adala.
Eiii aku bayarlah, apa ingat aku tarak duit ker?!!
Menyusahkan orang betul.
Aku bayar ko sebab nak menyenangkan aku,
bukan nak suru ko menyusahkan aku.
Arghhhhh!!! Tension tension tension....
Dalam iklan kemain lagi dok promo.
Konon bagus sangat. Sekarang dah pakai patut servis makin bagus.
Ni makin lama makin hampeh. Rasa macam nak hempas jer.
Oiii ko tak tengok ker budak ko buat kerja ker tak?
Aku tempeleng kang baru tau.
Sekarang aku dah rugi. Rugi masa, rugi customer.
Kawan2 akupun dah tak caya kat aku lg dah.
Awat tak, janji nak borak and melawat sesama kami.
Itupun aku tak boleh buat ko tau tak?
Ini semua ko punya pasal!!!
Kadang2 boleh masuk, kadang tu slow nak mampos,
kadang tu pulak sampai terlena tunggu lansung tak bole masuk.
Apa la punya line internet.
Tak boleh blah lansung.





Kepada kawan2 yg aku x dapat 
nak balas komen atau x follow lg
harap jangan marah. Ni semua line
punya hal. Kalau line punya hal
pun kira saya salah ka? adussss..
Jangan marah arrrrr...

Aku yang tension
Tn. Penasihat..

Thursday, December 2, 2010

Mona Fendi : Ratapan Anak

Entahlah kenapa semenjak dua menjak ni kepala asyik dok teringat nak buat cerita tentang satu nama yang pernah menggegarkan negara suatu ketika dulu. Nama yang rasanya seluruh rakyat Malaysia masih ingat dan ucapkan sehingga hari ini.
Mona Fendi.............. Ya itulah nama yang Tuan Penasihat (TP) asyik dok teringat tu. Tup Tup harini TV3 pulak tayangkan kronologi kes Mona Fendi ni dalam rancangan mereka, iaitu rancangan 'Kes'. Rasa macam seram sejuk pulak. Kenapa ni? Kenapa macam semacam ja ni? Dok teringat nak buat entri dia ja, pastu keluar tv pulak, macam nak mendorong TP jer. Kebetulankah? Atau perasaan semata-matakah? Harap-harapnya semua ini hanya perasaan TP sajalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...