Pages

Tuesday, December 7, 2010

Keputusan Piala Suzuki Malaysia 5, Laos 1

Preetttttttt!!!!!!!!!!!!!

Ya itu dia tamat 90 minit perlawanan Malaysia menentang Laos. Pasukan Malaysia berjaya menewaskan Laos dengan 5 gol berbalas 1. Ini bermakna Malaysia layak meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir.

Ketika menyaksikan perlawan tersebut secara lansung dari TV1, Tn. Penasihat pada mulanya agak ragu-ragu sama ada Malaysia akan dapat meneruskan kemaraan mereka kerana keputusan perlawanan ini juga dipengaruhi oleh perlawanan antara Indonesia yang bertemu Thailand. Maklumlah Indonesia telahpun mengesahkan kedudukan mereka sebagai pendahulu kumpulan dan sekiranya tewas sekalipun bermakna mereka telah layak ke separuh akhir bersama pasukan Thailand.

Walaupun kagum melihat perestasi pasukan Malaysia pada separuh masa kedua yang bermain bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka dihadapan Laos, TP merasakan sedih apabila mengetahui Thailand juga telah mendahului pasukan Indonesia. Namun segalanya berubah di minit ke 85 apabila mengetahui Bambang Pamungkas telah berjaya menyamakan kedudukan Indonesia melalui jaringan penalti sekali gus telah menghidupkan peluang pasukan Malaysia. Namun Indonesia sekali lagi mengukuhkan kedudukan mereka apabila sekali lagi Bambang menjaringkan gol dari sepakan penalti kedua yang dihadiahkan kepada mereka.

Rasanya Malaysia harus berterima kasih kepada bambang kerana tewasnya Thailand bermakna Malaysia Layak keseparuh akhir.

Nampaknya masih ada harapan dan impian yang dapat dipasang oleh pasukan dan penyokong pasukan Malaysia untuk melihat pasukan ini pergi sejauh yang boleh dalam pertandingan ini atau mungkin memenangi piala suzuki ini.

Malaysia Boleh!! Malaysia Boleh!! Malaysia Boleh!!

2 comments:

Belalang hijau Perisik said... BALAS

terima kasih ya bambang!

Tuan Penasihat said... BALAS

bambang sayang malaysia n selangor tu.
huhuhuhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...