Pages

Monday, July 11, 2011

Kemalangan Kereta Perisai ATM Dan Kereta Kebal Iswara.

Harini ada sapa sapa yang baca surat khabar tak? Laporan tentang kemalangan sebuah kereta perisai ATM dan sebuah kereta proton saga iswara yang selalu orang panggil kereta kebal tu. Kalau nak tau kebetulan TP juga melalui jalan tempat kemalangan tu berlaku kelmarin. Memang nampak agak ngeri jugaklah. Dari jauh ingatkan ada perhimpunan haram ker apa. Maklumlah sebab nampak ramai sangat tentera yang berkerumun disitu bersama sebuah kereta perisai  yang berada di tepi jalan. Dah dekat baru TP perasan ada sebuah kereta melekat di depan kereta perisai tersebut. Jadi bagai seorang wartawan, terus TP berhenti untuk snap gambar. Bukan senang nak tengok perkara macam ni berlaku.


Khabarnya kereta iswara tersebut dinaiki oleh pasangan suami isteri india. Yang kesiannya si isteri tu tengah mengandung 2 bulan. Cedera jugak dengarnya si isteri tu sebab terkena serpihan kaca yang pecah. Mujurlah ada orang ramai yang membantu dan menghantar si isteri ni ke hospital.

TP pun tak berapa pasti macam mana kejadian tu boleh berlaku. Tapi rasanya mungkin dari salah paham antara konvoi ATM tu dan pemandu kereta iswara tu kot. Walau apapun TP mendoakan semoga isteri pemandu tu tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk dan semoga anak dalam kandungan beliau selamat.

4 comments:

Ilhamny.com said... BALAS

knp keta perisai tu leh kat tgh2 jln lak..??pelik

Tuan Penasihat said... BALAS

@Ilhamny.com tah....
boleh jadi askar2 tu g jalan2 naik kreta kebal tu kot. tak pun g main perang perang.

khairul said... BALAS

malaysia dh mmg x selamat

Mysyah Holiday said... BALAS

kebal vs kebal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...