Hri ini 9 Julai 2011, pasti menjadi satu lagi tarikh yang akan diingati oleh ramai rakyat di Malaysia. Sebelum tibanya tarikh ini juga ramai yang mengharapkan tidak akan ada apa yang bakal berlaku, tetapi ada juga yang menantikannya dengan penuh berharap. Perhimpunan Bersih 2.0, begitulah yang diwar-warkan akan berlansung pada hari ini. Satu perhimpunan yang yang dirancang oleh sesetengah pihak yang kononnya begi menuntut supaya sistem Pilihan Raya di Malaysia di bersihkan.
Walaupun perhimpunan Bersih ini di tentang oleh banyak pihak dan tidak diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Dipertuan Agong, perhimpunan ini masih juga diteruskan dengan menjadikan beberapa lokasi diibu nagara Kuala Lumpur sebagai tempat berkumpul dan berdemonstrasi. Maka berlakulah beberapa pertembungan mereka yang menyertai demonstrasi haram ini dengan pihak berkuasa yang cuba menghalang pergerakkan mereka. Kita juga juga mendengar beberapa pemimpin tak kira yang menyokong atau yang menentang perhimpunan haram ini diberkas oleh pihak Polis. Kalau Pemimpin pun ditangkap, inikan pula golongan rakyat biasa yang menyertainya. Tetapi semua tindakan menguatkuasakan undang-undang ini perlu diambil oleh pihak polis kerana semua peringatan dan amaran telah diberikan
Walaupun perhimpunan ini telah diberakhir petang tadi dan dilaporkan juga keadaan disekitar ibunegara telah kembali seperti sediakala, persoalan yang timbul adalah adakah perhimpunan ini telah mencapai matlamatnya?. Adakah masej mereka yang menganjur dan menyertai perhimpunan ini benar-benar telah berjaya. Cuba kita melihat perkara ini dari jauh sebentar, berfikir dengan fikiran natural dan tidak memihak pada mana-mana belah. Kemudian kita bahagikan pula apakah kejayaan yang dicapai oleh pihak yang menganjurkannya?. Apakah risiko yang dipertaruhkan oleh rakyat yang menyertai perhimpunan kali ini benar-benar berbaloi?. Adakah jumlah yang menyertai perhimpunan ini adalah benar-benar mengambarkan suara rakyat Malaysia keseluruhannya?. Dan pada siapakah perhimpunan ini benar-benar memberikan manfaatnya?
Tak kira apa sahaja jawapan dan pendapat anda, sudah pasti ada percanggahan sasama kita. ini adalah perkara biasa sebenarnya. Cuma yang membezakan kita adalah cara bagaimana kita bertindak dalam perbezaan pendapat kita itu. Bersifat matang dan rasionallah.
1 comments:
Best Slot Machines Casinos in 2021 | Woor'sicasinos
Slots Machines. A review of the best and most popular slot 윈 조이 포커 시세 machines. Discover how popular 해외배당흐름 slot machines are on the 먹튀 casino floor with Woor's 뉴 포커 디펜스 Casinos 카드 카운팅
Post a Comment