Rasulullah saw. pernah bersabda
“Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanyamemberikan syafaat. ”
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)
Assalamualaikum wahai semua saudara seagamaku.
Diharap semuanya dalam keadaan yang baik dan semoga sentiasa berada didalam rahmat yang maha Esa hendaknya. TP pasti ramai yang telah bersedia untuk menyambut bulan Ramadhan tahun ini yang sudah hampir menjelma.
Harapnya kita semua menantikan bulan yang penuh dengan kerahmatan ini dengan rasa yang penuh dengan kegembiraan kerana diberikan peluang olehnya sekali lagi bagi menggandakan lagi amal dan ibadat kita. TP harap tiada pula dikalangan kita yang menganggap bahawa bulan Ramadhan ini adalah bulan yang tidak baik dan merupakan satu siksaan untuk memenuhinya. Amat rugilah bagi meraka yang beranggapan ramadhan ini merupakan bulan yang biasa dan tiada apa yang istimewa tentangnya.
Maaflah, bukan niat TP nak bagi kutbah pada sesiapa. Bahkan diri ini juga bukanlah orang yang layak untuk menghukum kita sesama manusia. Cuma sebagai muslim kita digalakkan untuk ingat memperingati sesama kita.
Bagi TP Ramadhan kali ini agak merunsingkan TP. Bukan apa, cuma hajat dan niat dihati TP terlalu ingin menjalani ibadah ini dengan sempurna. TP juga ingin menunaikan solat sunat Terawih berjemaah tanpa meninggalkannya walau seharipun jika diizinkan olehnya. Namun jadual bekerja TP terlalu padat. Sehinggakan masa ditempat kerja adakalanya lebih banyak berbanding dirumah. Jadual bekerja juga tidak tentu masa. Kadang tu boleh bertukar disaat akhir. Hmmmmmmmmmm......
Apa boleh buat. Bekerja juga adalah merupakan satu ibadah. Asalkan kita menjalankannya dengan penuh amanah dan kerana Allah. Tetapi.... entahlah. Mungkin kerana TP memang menunggukan bulan Ramadhan ini. Jadi agak sedikit terkilan sekiranya tidak dapat menggunakan kesempatan yang diberikan olehnya pada tahun ini dengan sebaiknya, kerana bimbang jika tidak berkesempatan lagi menemui Ramadhan pada tahun hadapan.
Walau apapun TP pasti jika kita mempunyai niat yang baik, insyaallah Allah akan membantu kita. Kita hanya mampu merancang, tetapi dialah yang lebih mengetahui segala rahsia manakah yang lebih baik buat kita hambanya.
Diakhir ini TP ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua saudara seislam ku. Mudah-mudahan Ramadhan pada tahun ini akan meninggalkan kesan yang mendalam buat diri kita. Disini TP juga ingin berkongsi beberapa sabda Nabi Muhammad s.a.w tentang puasa dan bulan Ramadhan. Semoga kita akan lebih bersemangat untuk melakukan ibadah ini dengan bimbingan dan petunjuk daripada baginda.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!"
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)
Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"
Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat" (Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata maghrib)" (Riwayat Al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)
Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)
Dari Aisyah,
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
dipinjam dari pada http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/mutiarakata.htm
2 comments:
semoga urusan & ibadah kita dipermudahkan. Insya Allah..
slmt menjalani ibadah puasa dr sy juga
Post a Comment