Pages

Wednesday, July 13, 2011

Perkembangan Penculikkan Nazaruddin Saidin - Penculik Tutup Rundingan

‘Tiada duit, jangan datang’
MAZLINA membuat karipap untuk menyara hidup mereka sekeluarga sambil dilihat
oleh Nur Athirah di rumah mereka di Sungai Buloh semalam.

KUALA LUMPUR– Nasib seorang rakyat Malaysia, Mohd. Nazaruddin Saidin, 38, yang diculik oleh kumpulan Abu Sayaf di selatan Filipina untuk diselamatkan kian tipis apabila penculiknya sudah menutup pintu rundingan.

Keputusan tersebut dibuat oleh kumpulan itu kerana tuntutan wang tebusan sebanyak 80 juta peso atau RM5.6 juta tidak dapat dipenuhi.

Pengerusi Biro Aduan Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, orang tengah yang digunakan untuk berhubung dengan kumpulan terbabit telah memaklumkan mesej mereka minggu lepas.

“Kumpulan penculik ini beritahu jika tidak ada duit jangan datang ke sana dan tidak perlu lagi hubungi mereka, malah mereka juga telah menutup terus pintu rundingan.” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Nazaruddin yang merupakan seorang ahli perniagaan dan bapa kepada enam orang anak diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika di selatan Filipina pada 8 Mei lalu.

Muhammad Khairun menjelaskan, mesej itu menandakan usaha untuk menyelamatkan ahli perniagaan dari Sungai Buloh, Selangor itu semakin sukar.

Sumber Kosmo Online

 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...