Hari ini kita semua dikejutkan dengan kes tebusan yang berlaku di Tadika Serikids, Taman Sungai Abong Cemerlang di Muar, Johor. Mereka yang dijadikan tebusan adalah 30 murid ditadika tersebut dan juga 4 guru yang mengajar disana. Suspek yang yang dipercayai melakukan jenayah tersebut adalah seorang lelaki yang dianggarkan berumur dalam lingkungan 30an bersenjatakan parang.
Kesemua mangsa telah dijadikan tebusan sejak pagi tadi dan hasil keberkesanan pihak Polis yang mengendalikan kejadian tersebut, kesemua mangsa telah berjaya diselamatkan petang tadi tanpa sebarang kecederaan.
Ikuti rentetan kejadian yang dikumpulkan dari laporan Berita Harian Online. Sila klik tajuk dibawah untuk membaca laporan tersebut.
0 comments:
Post a Comment