Pages

Thursday, July 21, 2011

Live Keputusan Bola Sepak Persahabatan : Malaysia vs Chelsea

MALAYSIA vs CHELSEA
( 0 - 1 )
Stadium Nasional Bukit Jalil
21 Julai 2011
8.45 mlm

Juga boleh ikuti perlawanan ini live di Astro 801

Drogba min79'
(gol kesian)
Tamat masa panuh permainan.

Laporan ringkas separuh masa pertama
Hahahahahahaha!!!!!
Masih tiada gol dari Chelsea mahupun Malaysia. Nampaknya Malaysia masih mampu bertahan meskipun Torres beberapa kali melakukan cubaan. Nantikan separuh masa kedua pula. Mungkin Dgogba akan lebih mengancam dari Torres.

Laporan ringkas separuh masa kedua
Hahahahahahahahahah!!!!!
1 gol aje??!!!! Apara Chelsea...
Chelsea menukar kesemua pemainnya dengan memasukkan John Terry, Anelka, Drogba dan beberapa nama besar lagi. tetapi gol hanya hadir pada minit yang ke 79' hasil tendangan percuma yang diambil oleh Drogba. Walaupun bola kelihatan seperti tidak melepasi garisan gol, penjaga garisan mengatakan bahawa itu adalah satu jaringan.

Secara keseluruhannya permainan Malaysia dilihat lebih baik kali ini. Pasukan dibawah kendalian jurulatih Ong Kim Swee ini dilihat lebih stabil dari semua sudut. Chelsea dilihat bermain dengan bersungguh-sungguh, berbeza dari persembahan Liverpool yang kelihatan lebih bersahaja ketika menentang skuad senior negara. Walaupun diasak oleh Chelsea, tahniah diucapkan buat skuad Malaysia ini kerana berjaya  memberikan kemenangan tipis untuk dibawa pulang bagi menutup ego pasukan besar eropah ini.

1 comments:

Anonymous said... BALAS

yeahhh ,, malaysia masih kuat !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...