Pages

Tuesday, November 30, 2010

"AA: Blog Header Paling Unik"

Hari ni baru la ada masa sikit nak curi2 buat entri ni. Dah 2 3 ari nak buat, tapi sibok sangat. Kepada Aunty Athirah or Athirah Aunty sori join lambat. Jangan marah arrrrr.
Ok buat anda yang tak tau apa benda yang Tn Penasihat (TP) buat ni, mai TP nak bgtau sikit. Sebenarnya segmen ni di anjurkan oleh blogger Athirah Aunty khas untuk kita berkongsi tentang header kita. Bagus segmen camni, kurang kurang secara tak lansung dapat la jugak kita idea nak  tambah buat entri baru.

Ok mari kita lihat header blog Saya salah ka ni.


Haaa amacam? Ok tak?...... Sekarang TP nak cerita pasai header ni. Tapi sebalumtu TP nak tanya sikitlah sama korang. Apa yang dapat korang tafsirkan dengan header ni. Dapat? X dapat?
Sebelum inipun ada orang tanya TP kenapa buat header camtu. Sebenarnya TP lebih suka kalau pengunjung blog ni sendiri yang mentafsirkan apa yang dilihat dari header ni. yang nyata dapat dilihat adalah, TP cuba untuk menujukan penghargaan kepada lagenda2 kita, baik yang masih ada ataupun yang telah pergi. Mereka ini kalau kita lihat mempunyai originaliti, iklas, dan bersahaja dalam karya mereka. Itulah yang cuba TP hasilkan dalam penulisan TP. Kalau nak diikutkan TP, banyak lagi gambar yang nak di taruh, tp apakan daya ruangan terhad. Mungkin lain kali bila nak update blog akan TP lakukan. Amacam A'A, boleh ker jawapan cam tu? Buat anda yang nak kongsi dengan apa yang anda tafsirkan atau nak tegur TP, silalah berbuat demikian. Sesungguhnya TP amat hargainya. Tapi adakah Blog Header Ni Paling Unik? Hantam sajalah.


Sunday, November 28, 2010

Ibu Ketupat Pulak!

Haaaaaa.... Haritu Tn Penasihat ada cerita pasai Bapak ketupat.Dah baca ker cerita tu? kalau belum klik sini. Ada yang tanya bapak sajer ker, mak nyer mana? Haaaaa..... Kali ni Tn Penasihat nak cerita pulak Ibu ketupat pulak. Kenapa tak percaya lagi ka? Tengok gambar ni.

Huiiiyyoooo apatu????? Ketupat kah, lepat kah, cokelat kah, hantu bungkus kah atau bom tangan?
Itu la gambo Ibu ketupat yang Tn Penasihat katakan tu. Kenapa lagi tarak percaya ka. Saiznya pun hampir sama besar dengan bapak ketupat tu. Tapi kali ni sebenarnya daun palas dah habis lansung. Jadi nenek orang rumah Tn Penasihat pun bungkus la pulut ketupat dengan daun pisang. Daun pisang? Itu macam pun boleh ka? Bila dah bukak daun pisang tu, dah macam lemang dah rupanyer. Tapi rasanya tetap la sama mcm ketupat biasa.
Macam tulah al kisahnya asal usul bapak dan ibu ketupat. Tapi ada yang kata, kalau yang 3 segi tu Ibu ketupat. Dan yang lonjong dan bulat tu bapak ketupat. Hmmmmmm..... Macam betul gak. Ker Tn Penasihat yang silap interduce kan. Aiii kompius kompius kompius, bukan apa, sebab ketupat ni takde I.C. Jadi Tak tau la mana satu jantan mana satu betina. Bagi yang nak try buat Ibu ketupat macam dalam gambar tu. pastikan anda tidak bawa balik kampong ketupat tersebut naik kapal terbang. Takut ada yang kena tahan dikatakan pengganas pulak nanti. Pasal rupanya ada macam bom jugak.
Ok rasanya takat tu saja cerita keluarga si ketupat. Lain kali kalau ada cerita pasal makanan lain, akan Tn Penasihat kongsi bersama. Boleh kot, tak salah kot, jangan mara arrrrr.........

Friday, November 26, 2010

Bapak Ketupat

Haaaa? bapak ketupat? apa tu, bole makan ker?
Haaaa.... jangan terkejut. ketupatpun ada bapak tau. bapak dia besar ooooo...
Kenapa, x percaya? tngok gambar ni.
Cuba tngok betul-betul. yang diatas tu adalah ketupat saiz biasa dan dibawah tu bapak ketupat tu. saiz dia pergh! kalau makan mau kenyang macam makan sepinggan nasi kandaq. Amacam terkejut x?
Ketupat ni Tuan Penasihat jumpa masa balik kampung untuk raya haji aritu, Kat rumah nenek orang rumah Tuan Penasihat. Al kisahnya boleh terhasil bapak ketupat tu macam ni. Masa tengah balut ketupat, tiba-tiba daun palas habis, tinggal sikit jer. Pulut pulak banyak lagi. Jadi nak di jimatkan daun yang masih ada sikit lagi tu, maka dibungkus la banyak-banyak pulut yang tinggal dalam satu daun. Maka terhasillah Bapak ketupat ni. Mula-mula terkejut + takut gak Tuan Penasihat nak makan ketupat tu. Tapi bila nenek orang rumah Tuan Penasihat beriya-iya sangat suruh makan, maka di jamah la jugak. Sedap rupanyer..
Lain kali kalau nak try tukar fesyan ketupat untuk raya tahun depan, bole ler cuba buat bapak ketupat ni.
cuba jangan x cuba.

Wednesday, November 24, 2010

Ader Student oversea ker yang baca blog ni?



Ari ni xder idea sangat nak buat entri pun. Bukan apa, letih dengan kerja. Payah jadi pegawai kecik ni. nama jer pegawai tp... huh hampeh... dah tu terpaksa pulak balik lambat sikit pasal nak siapkan fail. dahtu hujan pulak lebat masa balik kerja td. pergh! dah ler naik moto cup turbo buatan malaysia. nasib-nasib. Kang malam nak kena masuk kerja lg. pendek kata selagi belum tutup mata, kerja kerja kerja.... Haaa.... tu baru pendek kata, panjang tak kata apa-apa lagi. Tapi apa buleh buat, masa sekolah dulu mak bapak suru belajor rajin-rajin engkau tido. Ha sekarang sapa salah? saya salah ka?
Ok kita masuk pulak tajuk entri arini. Bukan apa, Tuan Penasihat ada belek-belek stats blog ni. Tuan Penasihat tengok ada gak pageview dari luar negara. banyak gak ler. Jadi Tuan Penasihat beranggapan mungkin ada org malaysia atau student dari malaysia yang tengok blog SSK ni. Jadi teringin sangat Tuan Penasihat nak tau keadaan terutamanya student-student malaysia kat luar negara tu. Boleh tak kalau kongsikan pengalaman paling best korang kat sana. buat ler entri sikit kat blog korang ker. tinggal kan ler link korang kat sini. Tuan penasihat tunggu tau. jangan lambat. tp kalau xder sambutan maknernyer takder latu orang over sea dari malaysia yang tengok blog ni. :)

Tuesday, November 23, 2010

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

Ok, kali ni Tuan Penasihat nak amek kesempatan untuk join segmen kenali blogger baru yang saudara ben ashaari anjurkan. Syaratnya mudah sangat. Tapi adakah berbaloi kalau blogger baru cam saya try segmen ni. Nanti akan Tuan Penasihat beri pendapat peribadi di akhir entri ini.

Apakah yang di minta oleh saudara Ben untuk menyertai segmen ini.
1. Letakkan gambar yang ada url blog beliau pada entri khas.
- Dah buat pun. Harap ok kot kalau camtu.

2. letak tajuk  BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU
- Itu pun kacang jer. Dah buatpun.


3. Latar belakang blog anda ..
- Hmmm.. nak cerita pasai latar belakang blog. Sebenarnya saya lebih suka kalau pengunjung yang masuk menafsirkan sendiri apa yang mereka lihat. Sebenarnya Tuan Penasihat pun baru lagi dok kodek-kodek blog ni. Mungkin juga blog ini belum siap sepenuhnya. Tapi Tuan Penasihat suka pada sesuatu yang original, ada nostalgia dan sedikit misteri. Jadi Tuan Penasihat cuba memasukkan sebanyak mungkin sentuhan peribadi pada head dan latar belakangnya.


4. Tinggalkan url entri anda  di entri ini ..
- Haaaa.. Itupun dah berjaya di buat.


Rasanya semua syarat telahpun dipenuhi.
Ok sekarang tibalah masanya Tuan Penasihat memberi pendapat tentang program Ben ni. Sebenarnya Tuan Penasihat ada mendapat tahu terdapat segelintir blogger2 otai yang kurang senang dengan segmen2 yang Ben anjurkan sebelum ini. Terutamanya segmen yang melibatkan blogger2 baru macam segmen ini. Bagi Tuan Penasihat lah, Tidaklah menjadi kesalah dengan segmen2 yang Ben anjurkan tu. Ini kerana Ben tidak bermain kotor dengan menipu blogger2 baru atau memperalatkan mereka semata2. Mungkin ini adalah strategi Ben untuk meningkatkan trafik bolg beliau. Tetapi bagi blogger2 baru yang menyertai segmen2 tersebut pula, ini mungkin menjadi landasan terbaik untuk mereka menjadikan Ben sebagai batu loncatan untuk menarik pengunjung ke blog mereka pula. Jadi disini Tuan Penasihat melihatkan situasi ini adalah situasi menang2. Jadi memang berbaloi baloilah jawabnya. Buat saudara Ben, buatlah apa yang saudara rasa betul. Buat blogger2 baru pula, mungkin anda dapat pelajari sesuatu dari permainan dan strategi2 otai2 blog ini dalam usaha menarik pengenjung ke blog mereka sekali gus menaikkan trafik. Mungkin kita juga bole memperaktikkannya satu hari nanti. Ini hanyalah pendapat peribadi Tuan Penasihat semata2, maaf pada otai2 atau mereka yang tidak sependapat. Buat yang tidak setuju, mungkin anda dapat meninggalkan pendapat anda pada ruangan komen Tuan Penasihat untuk kita kongsikan bersama.
Sekian..........

Sunday, November 21, 2010

Serba Salah

Jangan salah paham dengan tajuk tu. Yang serba salah kali ni bukannya apa, tajuk lagu saja. Untuk pengetahuan anda, lagu Serba Salah ni adalah nyanyian asal penyanyi lama R. Azmi. mungkin anda pernah mendengarnya. Buat yang mahu tahu macam mana bunyi lagu tersebut, cuba lihat klip video ini.




Mari kita lihat liriknya pulak :-
Serba Salah
Memang nasib saya tidak baik
Dapat bini, bodoh campur cerdik
Saban hari dia suka bersolek
Sampai otak saya jadi naik pelik

Dicakap salah tak cakap salah
Jadi semua serba salah

Jikalau sudah dia kerja didapur
Nasi dimasak menjadi bubur
Ikan disiang semuanya hancur
Perencah dibubuh habis berterabur

Ditegur salah tak tegur salah
Jadi semua serba salah

Kerja dirumah cukupnya malas
Baik menyapu baik mengemas
Bangun Tidur pukul lima belas
Laki yang mana hati tidak panas

Dilarang salah tak larang salah
Jadi semua serba salah

Muka naik pucat badannya pun letih
Disuruh bikin kopi dibikinnya teh
Disuruh beli roti dibelinya kuih
laki yang mana tidak berleteh

Dibilang salah tak bilang salah
Jadi semua serba salah

Disuruh ambil gelas diambilnya cawan
Disuruh ambil piring diambilnya pinggan
Disuruh ambil mentega diambilnya belacan
Hati yang mana kita boleh tahan

Diajar salah tak ajar salah
Jadi semua serba salah

Disuruh ambil parang diambilnya pisau
Disuruh ambil beg diambilnya pau
Disuruh beli mee dibeli koeh teaw
Disuruh beli rokok dibelisentil tembakau

Diturut salah tak turut salah
Jadi semua serba salah.

Haaaaa... Amcam best tak lagu tu? sian, sapalah agaknya si suami tu. Buat si isteri pulak, sianler kat laki korang. Buat anda yang sedang mencari calon isteri tu, Tuan penasihat nak ingatkan yang masa bercinta ni semuanya cantik, semuanya baik. Maklumlah cinta itu butalah katakan. Tapi kalau lepas kawin baru sedar dapat yang macam dalam lagu tu... Hmmmmmm.... Apa bole buat nasib badannnnn.....

Ni pulak lagu serba salah tu versi Sudirman. Semoga terhibur.

Wednesday, November 17, 2010

Kenapa Jadi Blogger?

Sibok sibok sibok, itulah keadaan Tuan Penasihat dalam beberapa harini. sampai x sempat nak bukak blog pun. Tapi bila dah berkesempatan bukak tu, Tuan Penasihat pun buatlah blog walking ke beberapa blog yang Tuan Penasihat tau. Sambil tu singgah ler ker sebuah blog yang selalu Tuan Penasihat bukak iaitu blog Suara Bawah Tanah yang di miliki oleh tuan tanah yang bernama Belalang. Nak cakap belalang jenis apa tak tau ler pulak den. Belalang tanah ker, belalang kunyit ker, tp kalau belalang juta ok ler jugak.dengar macam jutawan jer bunyinya, tp asal jangan belalang pelesit udahler. Kalau nak tau en Belalang ni jugaklah yang menggalakkan Tuan Penasihat untuk menceburkan diri dalam dunia blog ni.

Sambil tengok entri2 yang dia tulis tu, Tuan Penasihat rasa terbest plak baca satu entri bertajuk "Ego seorang blogger" yang en belalang tu tulis. Kalau nak baca klick sini. Kalau dah baca, apa pendapat anda? Untuk anda yang telah menceburkan diri dalam dunia blog ni apa pendapat anda? Untuk anda yang tidak memiliki blog tetapi suka menerjah blog-blog pula apa pendapat anda, adakah anda temui apa yang anda cari dari penulisan blogger2 ini?

Cuba kita buat statistic. Dalam 100 blog yang kita bukak, apakah jenis atau konsep blog yang kita temui? Ada yang berkonsepkan perniagaan, berkonsepkan hiburan atau gosip, pelajaran, politik, dakwah, pengalaman atau diari, malah ada juga yang berkonsepkan tak tentu arah. Apa yang tak tentu arah tu? Isi kandungannyalah, ada yang berbau lucah, seksi, pendek kata konsep 18sx lah. Jadi dalam banyak-banyak blog ni yang macam mana menjadi pilihan anda? Sejauh mana penulisan blogger2 ini mempengaruhi anda? Kepada bloger2 pula, kenapa anda nak jadi blogger? tercapaikah matlamat anda dengan platform blog anda? Sekiranya tiada respon kepada penulisan anda adakah itu bermaksud entri anda tidak menarik walaupun anda telah memerah otak untuk menghasilkan yang terbaik. Diwaktu ini apakah yang akan anda pertahankan, konsep blog anda atau ego diri anda dalam penulisan anda seperti mana yang en Belalang katakan dalam entri beliau?

Bagi pendapat Tuan Penasihat pula, dunia maya dan dunia sebenar adalah sesuatu yang dapat membuatkan seseorang itu menjadi dua identity yang jauh berbeza. Mungkin didalam dunia sebenar kita merupakan seorang yang pendiam, tetapi dalam dunia maya kita adalah seorang yang mampu menarik ribuan orang untuk melihat kata-kata kita. Mungkin di dunia sebenar kita seorang yang sering dibuli tetapi di dunia maya kita adalah merupakan seseorang pejuang atau pemimpin yang dapat mempengaruhi orang ramai dengan ayat-ayat power kita. Itu juga adalah merupakan ego kita yang tersembunyi sebenarnya. Mungkin kita tidak menyedari akan perkara ini.

Walaubagaimanapun buat blogger sekalian, gunakanlah kesempatan anda di dunia blog untuk menyumbangkan sesuatu yang sangat berguna kepada dunia. Mungkin sepotong ayat anda kearah kebaikan dapat menjadi dakwah yang dapat menyedarkan ramai umat. Begitulah sebaik-baiknya dilakukan. Jadilah seorang penulis yang mempunyai jati diri dan tulislah dengan penuh keikhlasan.

Friday, November 12, 2010

Shamrin Fotograf meninggal dunia




Penyanyi utama kumpulan rock Fotograf yang pernah popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta, Shahmrin telah disahkan meninggal pada petang 11.11.2010 selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman. 


Takziah Tuan Penasihat ucapkan pada keluarga arwah Shamrin. Semoga arwah tenang disana dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman.

Al-Fatihah.

Wednesday, November 10, 2010

KEPUTUSAN BOLASEPAK SUKAN ASIA : MALAYSIA 0 JEPUN 2

                                                           (gambar hiasan)
Selepas perlawanan pembukaan bolasepak sukan asia menentang Kyrgyzstan yang memberansangkan. Skuad kendalian Raja Gopal hari ini tidak dapat meneruskan rentak kemenangan apabila mereka pula yang ditewaskan 2 gol berbalas 0.
Apabila menyaksikan perlawanan petang tadi, tuan penasihat merasakan amat bersimpati dengan skuad bola sepak negara kita. Ternyata pasukan Jepun berada pada tahap yang lebih tinggi daripada kita. Dari segi fizikal juga dapat dilihat pemain kita ramai yang agak kecil dan rendah daripada pemain jepun.
Tapi memandangkan pemain yang diturunkan kebanyakkannya adalah dari pilihan kedua, permainan dan keputusan tadi tidaklah terlalu menghampakan. Saya juga berpendapat sekiranya barisan pemain yang dapat diturunkan petang tadi adalah barisan terkuat kita, pasti perlawanan dan keputusan akan berbeza. Namun apakan daya, walaupun segala perancangan dan persiapan rapi telah dilakukan, allah juga yang menentukannya.
Kepada Raja Gopal dan para pemain, takpa anda semua tarak salah. Teruskan usaha anda dalam baki perlawanan yang ada. semoga berjaya.

PROTON INSPIRA @ WAJA LANCER (WALAN) TELAH DILANCARKAN!


Huhu itu dia.
Hari ini proton telah melancarkan model terbarunya iaitu Proton Inspira. Model penganti kepada waja ini sememangnya begitu menawan. Tapi itulah, model ini juga sebenarnya adalah klon kepada model Mitsubishi Lancer. Tapi ini bukanlah kali pertama Proton melakukan usahasama dengan syarikat gergasi dari negara matahari terbit tersebut. Kali pertama dengan model saga, kemudian wira dan model yang orang dah payah nak jumpa juara.
Tapi buat anda yang teringin nak pakai evo tp x banyak budget, nampak gayanya model ni sememangnya adalah pilihan yang tepat. Macam Tuan Penasihat dululah evo 3 wanabe, habis dah takder rupe wira dah.
Ok bagi yang nak tengok macam mana rupa Proton Inspira tu tengoklah di bawah ni.
Layanzzzzz, zasss.....



Ni pulak harga yang Proton tawarkan. Pilih pilih pilih!
  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

Tuesday, November 9, 2010

Saya Salah Ka? (edisi pengenalan)

Ya akhirnya yang ditunggu2 telah tiba! (sapa yg tunggu?)
Blog yang saya sendiripun serba salah nak cerita tujuan pengujudannya.
Sebab macam xdk arahpun. Mungkin saja nak bagi semak lg dunia blog ni kot.
Saya salah ka?
Tp ayat "saya salah ka", macam selalu kita sebut. Mungkin juga di sebut dalam hati.
Adakah hidup kita penuh dengan kesilapan?
Adakah ingin membetulkan sesuatu itu merupakan satu kesalahan?
Ataupun pendapat yang kita yang berbeza beza juga merupakan 1 jenayah?
Hmmmmm... Mungkin.
Mungkin sebab itulah blog ini diujudkan. Untuk berkongsi perbezaan itu, untuk
tegur menegur sesama kita, untuk memberi panduan kepada yang memerlukan,
Insyaallah....
Tp akan adaka orang yang akan masuk blog ni?
Eiii berape banyak mau pikir daaa...
Hantam sajalah labuuuuuu......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...