Pages

Wednesday, November 10, 2010

KEPUTUSAN BOLASEPAK SUKAN ASIA : MALAYSIA 0 JEPUN 2

                                                           (gambar hiasan)
Selepas perlawanan pembukaan bolasepak sukan asia menentang Kyrgyzstan yang memberansangkan. Skuad kendalian Raja Gopal hari ini tidak dapat meneruskan rentak kemenangan apabila mereka pula yang ditewaskan 2 gol berbalas 0.
Apabila menyaksikan perlawanan petang tadi, tuan penasihat merasakan amat bersimpati dengan skuad bola sepak negara kita. Ternyata pasukan Jepun berada pada tahap yang lebih tinggi daripada kita. Dari segi fizikal juga dapat dilihat pemain kita ramai yang agak kecil dan rendah daripada pemain jepun.
Tapi memandangkan pemain yang diturunkan kebanyakkannya adalah dari pilihan kedua, permainan dan keputusan tadi tidaklah terlalu menghampakan. Saya juga berpendapat sekiranya barisan pemain yang dapat diturunkan petang tadi adalah barisan terkuat kita, pasti perlawanan dan keputusan akan berbeza. Namun apakan daya, walaupun segala perancangan dan persiapan rapi telah dilakukan, allah juga yang menentukannya.
Kepada Raja Gopal dan para pemain, takpa anda semua tarak salah. Teruskan usaha anda dalam baki perlawanan yang ada. semoga berjaya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...