Pages

Sunday, November 21, 2010

Serba Salah

Jangan salah paham dengan tajuk tu. Yang serba salah kali ni bukannya apa, tajuk lagu saja. Untuk pengetahuan anda, lagu Serba Salah ni adalah nyanyian asal penyanyi lama R. Azmi. mungkin anda pernah mendengarnya. Buat yang mahu tahu macam mana bunyi lagu tersebut, cuba lihat klip video ini.




Mari kita lihat liriknya pulak :-
Serba Salah
Memang nasib saya tidak baik
Dapat bini, bodoh campur cerdik
Saban hari dia suka bersolek
Sampai otak saya jadi naik pelik

Dicakap salah tak cakap salah
Jadi semua serba salah

Jikalau sudah dia kerja didapur
Nasi dimasak menjadi bubur
Ikan disiang semuanya hancur
Perencah dibubuh habis berterabur

Ditegur salah tak tegur salah
Jadi semua serba salah

Kerja dirumah cukupnya malas
Baik menyapu baik mengemas
Bangun Tidur pukul lima belas
Laki yang mana hati tidak panas

Dilarang salah tak larang salah
Jadi semua serba salah

Muka naik pucat badannya pun letih
Disuruh bikin kopi dibikinnya teh
Disuruh beli roti dibelinya kuih
laki yang mana tidak berleteh

Dibilang salah tak bilang salah
Jadi semua serba salah

Disuruh ambil gelas diambilnya cawan
Disuruh ambil piring diambilnya pinggan
Disuruh ambil mentega diambilnya belacan
Hati yang mana kita boleh tahan

Diajar salah tak ajar salah
Jadi semua serba salah

Disuruh ambil parang diambilnya pisau
Disuruh ambil beg diambilnya pau
Disuruh beli mee dibeli koeh teaw
Disuruh beli rokok dibelisentil tembakau

Diturut salah tak turut salah
Jadi semua serba salah.

Haaaaa... Amcam best tak lagu tu? sian, sapalah agaknya si suami tu. Buat si isteri pulak, sianler kat laki korang. Buat anda yang sedang mencari calon isteri tu, Tuan penasihat nak ingatkan yang masa bercinta ni semuanya cantik, semuanya baik. Maklumlah cinta itu butalah katakan. Tapi kalau lepas kawin baru sedar dapat yang macam dalam lagu tu... Hmmmmmm.... Apa bole buat nasib badannnnn.....

Ni pulak lagu serba salah tu versi Sudirman. Semoga terhibur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...