Pages

Sunday, November 28, 2010

Ibu Ketupat Pulak!

Haaaaaa.... Haritu Tn Penasihat ada cerita pasai Bapak ketupat.Dah baca ker cerita tu? kalau belum klik sini. Ada yang tanya bapak sajer ker, mak nyer mana? Haaaaa..... Kali ni Tn Penasihat nak cerita pulak Ibu ketupat pulak. Kenapa tak percaya lagi ka? Tengok gambar ni.

Huiiiyyoooo apatu????? Ketupat kah, lepat kah, cokelat kah, hantu bungkus kah atau bom tangan?
Itu la gambo Ibu ketupat yang Tn Penasihat katakan tu. Kenapa lagi tarak percaya ka. Saiznya pun hampir sama besar dengan bapak ketupat tu. Tapi kali ni sebenarnya daun palas dah habis lansung. Jadi nenek orang rumah Tn Penasihat pun bungkus la pulut ketupat dengan daun pisang. Daun pisang? Itu macam pun boleh ka? Bila dah bukak daun pisang tu, dah macam lemang dah rupanyer. Tapi rasanya tetap la sama mcm ketupat biasa.
Macam tulah al kisahnya asal usul bapak dan ibu ketupat. Tapi ada yang kata, kalau yang 3 segi tu Ibu ketupat. Dan yang lonjong dan bulat tu bapak ketupat. Hmmmmmm..... Macam betul gak. Ker Tn Penasihat yang silap interduce kan. Aiii kompius kompius kompius, bukan apa, sebab ketupat ni takde I.C. Jadi Tak tau la mana satu jantan mana satu betina. Bagi yang nak try buat Ibu ketupat macam dalam gambar tu. pastikan anda tidak bawa balik kampong ketupat tersebut naik kapal terbang. Takut ada yang kena tahan dikatakan pengganas pulak nanti. Pasal rupanya ada macam bom jugak.
Ok rasanya takat tu saja cerita keluarga si ketupat. Lain kali kalau ada cerita pasal makanan lain, akan Tn Penasihat kongsi bersama. Boleh kot, tak salah kot, jangan mara arrrrr.........

9 comments:

Belalang Hijau said... BALAS

kalau nak tau yg mana jantan yang mana betina,
tengok yg mana jalan depan tentu betina,
yang mana mengejar tentu la jantan...

kuikuikui

Izamir Ridzwan said... BALAS

besarnya

Tuan Penasihat said... BALAS

OOOOoo... patut la ko jadi belalang. belalang oiiii..... bijak bijak..... nanti kita try...

Tuan Penasihat said... BALAS

Izamir, kalau nak tau besar x besar. kena try dulu. Dah makan baru tau. kenyang macam makan nasi tambah. mengantuknya.... masyaallah.

Pink Pearl Lady said... BALAS

betuika
besarnya,makan sorang tak habis tu...

Tuan Penasihat said... BALAS

kalau camtu jom ar makan berdua.

JZ Business World said... BALAS

macam best je.. tringin nak try..

.:: dieylah :: said... BALAS

cam layan je.... da ramuan x?? nk try...hehehe

Tuan Penasihat said... BALAS

kalau nak ramuan kena g bertapa kat gunug jerai selama 99 malam. nanti ada posmen hantar buku resepi. try ler.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...