Pages

Wednesday, November 17, 2010

Kenapa Jadi Blogger?

Sibok sibok sibok, itulah keadaan Tuan Penasihat dalam beberapa harini. sampai x sempat nak bukak blog pun. Tapi bila dah berkesempatan bukak tu, Tuan Penasihat pun buatlah blog walking ke beberapa blog yang Tuan Penasihat tau. Sambil tu singgah ler ker sebuah blog yang selalu Tuan Penasihat bukak iaitu blog Suara Bawah Tanah yang di miliki oleh tuan tanah yang bernama Belalang. Nak cakap belalang jenis apa tak tau ler pulak den. Belalang tanah ker, belalang kunyit ker, tp kalau belalang juta ok ler jugak.dengar macam jutawan jer bunyinya, tp asal jangan belalang pelesit udahler. Kalau nak tau en Belalang ni jugaklah yang menggalakkan Tuan Penasihat untuk menceburkan diri dalam dunia blog ni.

Sambil tengok entri2 yang dia tulis tu, Tuan Penasihat rasa terbest plak baca satu entri bertajuk "Ego seorang blogger" yang en belalang tu tulis. Kalau nak baca klick sini. Kalau dah baca, apa pendapat anda? Untuk anda yang telah menceburkan diri dalam dunia blog ni apa pendapat anda? Untuk anda yang tidak memiliki blog tetapi suka menerjah blog-blog pula apa pendapat anda, adakah anda temui apa yang anda cari dari penulisan blogger2 ini?

Cuba kita buat statistic. Dalam 100 blog yang kita bukak, apakah jenis atau konsep blog yang kita temui? Ada yang berkonsepkan perniagaan, berkonsepkan hiburan atau gosip, pelajaran, politik, dakwah, pengalaman atau diari, malah ada juga yang berkonsepkan tak tentu arah. Apa yang tak tentu arah tu? Isi kandungannyalah, ada yang berbau lucah, seksi, pendek kata konsep 18sx lah. Jadi dalam banyak-banyak blog ni yang macam mana menjadi pilihan anda? Sejauh mana penulisan blogger2 ini mempengaruhi anda? Kepada bloger2 pula, kenapa anda nak jadi blogger? tercapaikah matlamat anda dengan platform blog anda? Sekiranya tiada respon kepada penulisan anda adakah itu bermaksud entri anda tidak menarik walaupun anda telah memerah otak untuk menghasilkan yang terbaik. Diwaktu ini apakah yang akan anda pertahankan, konsep blog anda atau ego diri anda dalam penulisan anda seperti mana yang en Belalang katakan dalam entri beliau?

Bagi pendapat Tuan Penasihat pula, dunia maya dan dunia sebenar adalah sesuatu yang dapat membuatkan seseorang itu menjadi dua identity yang jauh berbeza. Mungkin didalam dunia sebenar kita merupakan seorang yang pendiam, tetapi dalam dunia maya kita adalah seorang yang mampu menarik ribuan orang untuk melihat kata-kata kita. Mungkin di dunia sebenar kita seorang yang sering dibuli tetapi di dunia maya kita adalah merupakan seseorang pejuang atau pemimpin yang dapat mempengaruhi orang ramai dengan ayat-ayat power kita. Itu juga adalah merupakan ego kita yang tersembunyi sebenarnya. Mungkin kita tidak menyedari akan perkara ini.

Walaubagaimanapun buat blogger sekalian, gunakanlah kesempatan anda di dunia blog untuk menyumbangkan sesuatu yang sangat berguna kepada dunia. Mungkin sepotong ayat anda kearah kebaikan dapat menjadi dakwah yang dapat menyedarkan ramai umat. Begitulah sebaik-baiknya dilakukan. Jadilah seorang penulis yang mempunyai jati diri dan tulislah dengan penuh keikhlasan.

2 comments:

Belalang hijau Perisik said... BALAS

wah...sangat bagus entry ini...
bagus2...

entry yang belalang buat tue tercetus apabila belalang lihat ada sesetangah blog yang kisahnya dicedok atau ditokok tambah dgn sesukati dia jer.

bila ditanya lebih lanjut mengenai perkara itu,dia x boleh jwb.itu sudah jd salah penyampaiannya infonya.

apa2pun teruskan berblogging tuan besar...

hee

Tuan Penasihat said... BALAS

hehehe...
tuan besar? besar x besar sangat la, tp besar jugak la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...