Pages

Saturday, April 30, 2011

M. Nasir - Tanya Sama Itu Hud-Hud, Juara Lagu 1994

Penyanyi: M. Nasir
Lagu: Tanya Sama Itu Hud-hud

Harakah Online - Cukup-cukuplah Anwar

‘‘CUKUP-CUKUPLAH Anwar dengan sikap pura-pura kamu. Cukup-cukuplah memfitnah orang lain demi menutup kesalahan kamu.” Kata-kata ini dilafazkan oleh Ezam Mohd. Noor yang suatu ketika dulu bukan sahaja menjadi sahabat Anwar, malahan sanggup masuk lokap dan penjara semata-mata demi mempertahankan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. 

Sememangnya Ezam adalah antara insan yang paling layak untuk menasihatkan Anwar untuk menghentikan sandiwaranya yang menjadikan arena politik negara sebagai medan bagi mempertahankan dirinya daripada segala tuduhan berkaitan dengan masalah moral yang dihadapinya. 

Majlis Sumpah Laknat Shazril Eskay Kecoh

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam mengotakan janjinya apabila melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, di hadapan sebahagian penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum itu mencetuskan kekecohan bagi menggagalkan majlis berkenaan.
Ditemani dua lagi trio Datuk T iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, Shazryl Eskay melafazkan sumpah itu jam 4.15 petang, bagi membuktikan dakwaannya yang pelaku dalam video seks didedahkannya sebelum ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maharaja Lawak Minggu Ke 5 - Jihan Tersingkir

Setelah beberapa minggu namanya diumumkan sebagai salah seorang dari tiga orang peserta yang sering mendapat markah terendah diakhir persaingan. Namun beliau sering saja terselamat. Tetapi kali ini nasib tidak lagi menyebelahi Jihan apabila nama beliau diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Dua lagi nama peserta yang diumumkan mendapat markah dan undian terendah adalah Amir dan Man.

Thursday, April 28, 2011

Keputusan UEFA Champions League - 1st Leg Semi Finals Result ( 27, 28 April 2011 )

1st Leg

 (H) Schalke 04 vs Manchester United
( 0 - 2 )

Giggs - 67 min
Rooney - 69 min



(H) Real Madrid vs Barcelona
( 0 - 2 )

* Madrid bermain dengan 10 pemain setelah Pepe dilayangkan kad merah pada minit ke 61.

Messi - 76, 87 min
.

Wednesday, April 27, 2011

Tuan Penasihat Kembali Lagi

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua.

Aduh, sedihnya TP melihat blog SSK ni. Dah banyak sangat ketinggalan sekarang ni. Bukan saja ketinggalan dari segi update entrinya, malah dari segi pengunjung yang selalu berkunjung di blog ni juga dah semakin berkurangan. Rasanya ada juga yang dah lupa pada TP dan blog ni. Rank Alexa juga tak menentu, kejap turun kejap naik. Apalah nasib?....

Semua salah TP jugak. Bukannya takada yang berkunjung disini, tetapi TP yang tak membalas jejak mereka. Maaf TP minta pada semua. Malah terima kasih juga pada mereka yang tak tak putus kesini dan mendoakan kesihatan TP dan berdoa semoga TP kembali berblog semula.

Sebenarnya biarlah TP berterus terang pada semua apa yang berlaku pada TP kebelakangan ini. Memang benar TP tidak sihat, mungkin agak teruk juga sehinggakan badan TP susut hampir 15 kilo hanya dalam masa 2 bulan sahaja. Selera makan pun lansung tak ada. MC dan cuti pun kerap jugaklah. Apa buleh buat, dah macam2 ubat TP makan tapi tak juga hilang sakit tu, malah ada masa teruk sangat. Tapi alhamdulillah sekarang ni dah ok sikit. Insyaallah mungkin didalam entri selepas ini akan ada cerita mengenai sakit yang TP deritai selama beberapa bulan tu.

Insyaallah juga bermula dari hari ini sekiranya tiada yang menghalang, TP akan kembali berblog seperti biasa. Rasanya terlalu rindu dengan blog ni dan semua kawan kawan alam maya ni. Terlalu banyak juga cerita yang ingin dikongsi. Insyaallah sekali lagi, pelan pelan TP akan update blog ni dan melawat korang semua.

P/s - Hati-hati bila makan di kedai. jamgan jadi macam TP.

Monday, April 25, 2011

Rakan Blogger

Kerajaan mahu penulis blog bantu bentuk masa depan negara: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.

Perdana Menteri juga percaya hubungan antara blogger dan kerajaan akan menjadi jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain.

Safee dalam dilema

PENYERANG negara, Mohd Safee Sali kini dalam dilema, memilih antara negara ataupun aksi bersama kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya FC.
Aksi cemerlang Safee bersama Pelita Jaya berjaya memikat jurulatih K Rajagobal apabila dia bakal kembali menyarung jersi kebangsaan bagi aksi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong pada 3 Jun ini.

Sesungguhnya, ia perkhabaran dinantikan peledak berbisa berusia 27 tahun itu selepas tidak dipanggil bagi perlawanan persahabatan menentang kelab Perancis yang beraksi dalam Liga Singapura, Etoile FC bulan lalu.
Hatinya kuat untuk beraksi bersama rakan sepasukan selepas kali terakhir bersama ketika membantu Malaysia menewaskan Hong Kong, 2-0, pada aksi persahabatan 9 Februari lalu.

Friday, April 22, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 4 - Alex Tersingkir

Jambu jambu jambu jambu!!!
memang terbaiklah persembahan kumpulan Jambu minggu ini. Sebuah persembahan yang rinkas dan bersahaja dari mereka sangat menarik, sehingga penonton juga berdiri memberikan tepukan kepada mereka.

Sebenarnya bukan kumpulan Jambu sahaja yang telah memberikan persembahan yang mantap, tetapi ramai lagi peserta Maharaja Lawak yang telah melonjak persembahan mereka. Antara peserta yang mendapat komen positif dari pihak juri adalah Nabil, Sepah, Jozan dan jangan terkejut Amir juga adalah antara peserta yang mendapat pujian dari juri diatas peningkatan persembahannya.

Sunday, April 17, 2011

Keputusan Rasmi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 (16 April 2011)

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan pemerintahan di Sarawak pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 yang berlansung pada 16 April 2011. Tahniah diucapkan kepada semua calon yang menang samaada dari pihak pemerintah atau dari pihak pembangkang. Semoga calon yang menang diharap menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat dengan amanah.

Saturday, April 16, 2011

Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April 2011

Hari ini Pilihan Raya Negeri Serawak telah dijalankan. Bagi mengetahui keputusan semasa, sila klik link dibawah ini.

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK

LINTAS LANGSUNG BERITA HARIAN ONLINE


.

Maharaja Lawak Minggu Ke 3 - Kumpulan Wai, XN3 Dan R2 Tersingkir

Salam semua..
Amacam tengok tak rancangan Maharaja Lawak (ML)minggu ke 3 ni?..
Apa???? tak tengok???.....
Oooooo.... Sebab tak langgan Astro Warna.... Rugi ooooooo...

Thursday, April 14, 2011

Usah Ditafsir...

Segalanya dicicirkan ketika pergi
Berpura tidak menyedari dan peduli
Yang dihadapan dipandang sepi
Megharap tiada dunia dibelakang lagi

Bisikan tiada arah sentiasa menerjah
Tiada punca tiada wajah
Masih tersadung didalam cerah
Pedih terluka tiada darah

Rasa dan luka ini sama
Gemaan disini juga sama
Ia masih ada......
Cuma waktunya berbeza

Lain babak cerita dibawa
Kenangan mimpi menemukan cinta
Dikunci rapi tak mampu dibuka
Segalanya tenggelam menjadi rahsia

                                    Tuan Penasihat


.

Keputusan UEFA Champions League - 2nd Leg Quarter Finals Result ( 14 April 2011 )

2nd Leg

Real Madrid vs Tottenham Hotspur (H)
( 1 - 0 )
 Real Madrid win agg 5 - 0


Inter Milan vs Schalke 04 (H)
( 1 - 2 )
Schalke 04 win agg 3 - 7

Wednesday, April 13, 2011

Keputusan UEFA Champions League - 2nd Leg Quarter Finals Result ( 13 April 2011 )

2nd Leg

Barcelona vs Shakhtar Donetsk (H)
( 1  - 0 )
Barcelona win agg 6 - 1


Chelsea vs Manchester United (H)
( 1 - 2 )
Man U win agg 3 - 1



Tuesday, April 12, 2011

Blog Diary, Ada Orang Kesah Ka?

Ishk....
Susah betul kadang tu rasa nak update blog walaupun idea bertimbun. Kadang tu bila pegang ja keyboard dan mengadap skrin......... Tah, idea tu macam sengaja tak benarkan dirinya diterjermahkan dalam bentuk perkataan. Lebih-lebih lagi kalau ianya melibatkan hal peribadi, lansung idea tu tak bagi dikongsi dengan orang lain.

Saturday, April 9, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 2 - Masih Tiada Penyingkiran

Gelanggang Maharaja Lawak telah masuk minggu ke 2. Perebutan tentang siapa yang layak mendapat gelaran Maharaja masih terlalu awal untuk diadili. Mungkin kerana itu buat minggu kedua ini telah diputuskan, Tiada penyingkiran untuk semua peserta.

Thursday, April 7, 2011

UEFA Champions League - First Leg Quarter Finals Result ( 7 April 2011 )

First Leg

 (H) Barcelona vs Shakhtar Donetsk
( 5 - 1 )
Stadium: Camp Nou, Barcelona


 (H) Chelsea vs Manchester United
( 0 - 1 )
Stadium: Stamford Bridge, London



Wednesday, April 6, 2011

Entri Pagi Buta

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua.

Apa khabar semua pengunjung blog SSK ni?. Harap semuanya sihat-sihatlah hendaknya yer.
Entahlah TP tak tau nak tulis apa sebenarnya ni. Sebenarnya dah banyak hari TP tak update blog secara serius. Susah nak cakap, TP sibuk sangat sekarang ni. Dah letih sangat dah rasanya. Kalau kawan-kawan semua nak tau, entri ni TP buat kat opis ni. TP masuk kerja dari pukul 7 pagi tadi sampai la esok pukul 7 pagi pulak baru TP balik. 24 jam kat opis... shiiiiii... jangan bising-bising nanti bos TP tau nanya TP kena pambu dengan dia.

UEFA Champions League - First Leg Quarter Finals Result ( 6 April 2011 )

First Leg

(H) Real Madrid vs Tottenham Hotspur
( 4 - 0 )
Stadium: Estadio Santiago Bernabeu, Madrid
*Yahoooo Madrid menang*

(H) Inter Milan vs Schalke 04
( 2 - 5 )
Stadium: Stadio Giuseppe Meazza, Milan
*Gila punya game* 


Tuesday, April 5, 2011

Keputusan Penuh Liga Super 05 April 2011

Kedah - Johor
1 - 2
N. sembilan - K. Lumpur
0 - 2
Harimau Muda A - Selangor
1 - 2
T-Team - Kelantan
4 - 3
Felda United - Sabah
1 - 1
Perak - Perlis
2 - 1

UEFA Champions League - Quater Finals

First Leg

06 April 2011 @ 0250hrs (Malaysia)

Real Madrid vs Tottenham Hotspur
Stadium: Estadio Santiago Bernabeu, Madrid

Inter Milan vs Schalke 04
Stadium: Stadio Giuseppe Meazza, Milan

07 April 2011 @ 0250hrs (Malaysia)

Barcelona vs Shakhtar Donetsk
Stadium: Camp Nou, Barcelona

Chelsea vs Manchester United
Stadium: Stamford Bridge, London

** 2nd Leg 13 & 14 April 2011**




Sunday, April 3, 2011

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH ) 2010

Anugerah ini telah berlansung di Arena All Stars, Genting Highland pada 3 April 2011.
Berikut adalah senarai pemenang. Tahniah buat semua pemenang.

Berikut adalah senarai penuh pemenang ABPBH 2010 :-

Saturday, April 2, 2011

MARAJA LAWAK Minggu Pertama - Perebutan Takhta Kini Bermula

Jumaat 1 April 2011, pada jam 10 malam. Bertempat di Studio Finas, Kompleks Studio Merdeka, Ampang. Buat pertama kali telah berlansungnya sebuah lagi rancangan terbitan Astro bagi mencari Maharaja Lawak. Jikalau Raja Lawak adalah untuk mencari bakat pelapis industri lawak jenaka dan komedi tempatan, Maharaja Lawak pula adalah bagi mencari pelawak terunggul dikalangan finalis Raja Lawak musim pertama hingga musim yang ke lima.

Senarai 10 peserta yang mengambil bahagian adalah:-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...