Pages

Wednesday, April 27, 2011

Tuan Penasihat Kembali Lagi

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua.

Aduh, sedihnya TP melihat blog SSK ni. Dah banyak sangat ketinggalan sekarang ni. Bukan saja ketinggalan dari segi update entrinya, malah dari segi pengunjung yang selalu berkunjung di blog ni juga dah semakin berkurangan. Rasanya ada juga yang dah lupa pada TP dan blog ni. Rank Alexa juga tak menentu, kejap turun kejap naik. Apalah nasib?....

Semua salah TP jugak. Bukannya takada yang berkunjung disini, tetapi TP yang tak membalas jejak mereka. Maaf TP minta pada semua. Malah terima kasih juga pada mereka yang tak tak putus kesini dan mendoakan kesihatan TP dan berdoa semoga TP kembali berblog semula.

Sebenarnya biarlah TP berterus terang pada semua apa yang berlaku pada TP kebelakangan ini. Memang benar TP tidak sihat, mungkin agak teruk juga sehinggakan badan TP susut hampir 15 kilo hanya dalam masa 2 bulan sahaja. Selera makan pun lansung tak ada. MC dan cuti pun kerap jugaklah. Apa buleh buat, dah macam2 ubat TP makan tapi tak juga hilang sakit tu, malah ada masa teruk sangat. Tapi alhamdulillah sekarang ni dah ok sikit. Insyaallah mungkin didalam entri selepas ini akan ada cerita mengenai sakit yang TP deritai selama beberapa bulan tu.

Insyaallah juga bermula dari hari ini sekiranya tiada yang menghalang, TP akan kembali berblog seperti biasa. Rasanya terlalu rindu dengan blog ni dan semua kawan kawan alam maya ni. Terlalu banyak juga cerita yang ingin dikongsi. Insyaallah sekali lagi, pelan pelan TP akan update blog ni dan melawat korang semua.

P/s - Hati-hati bila makan di kedai. jamgan jadi macam TP.

4 comments:

Mun said... BALAS

smga cepat sembuh ya..

Unknown said... BALAS

ni kira mcm kes misteri nusantara gak ni.x pa sy ttp kunjung SSK ni..

rafina mimi abdullah said... BALAS

biarlah mereka yg terlibat itu mendapat balasan yg setimpal dengan perbuatan mereka..semoga TP cepat pulih sepenuhnya..

Unknown said... BALAS

tudiaa dia mai dah dia mai dah. hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...