Pages

Friday, April 22, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 4 - Alex Tersingkir

Jambu jambu jambu jambu!!!
memang terbaiklah persembahan kumpulan Jambu minggu ini. Sebuah persembahan yang rinkas dan bersahaja dari mereka sangat menarik, sehingga penonton juga berdiri memberikan tepukan kepada mereka.

Sebenarnya bukan kumpulan Jambu sahaja yang telah memberikan persembahan yang mantap, tetapi ramai lagi peserta Maharaja Lawak yang telah melonjak persembahan mereka. Antara peserta yang mendapat komen positif dari pihak juri adalah Nabil, Sepah, Jozan dan jangan terkejut Amir juga adalah antara peserta yang mendapat pujian dari juri diatas peningkatan persembahannya.


Walaupun begitu bagi kumpulan Balas, Man dan Jihan, juri telah meminta supaya meraka berhati-hati dan melakukan sesuatu bagi persembahan mereka pada minggu yang akan datang. Tiba masa mengumumkan siapakah yang tersingkir minggu ini. Man, Jihan dan Alex telah diumumkan sebagai peserta yang mendapat markah terendah. Namun nasib tidak menyebelahi Alex apabila beliau yang terpaksa meninggalkan pentas Maharaja Lawak kali ini.

1 comments:

rafina mimi abdullah said... BALAS

x suka dgn lawak jozan mggu ni..'ALLAHUAKBAR' pun boleh buat main2..kalau nak berlawak sekalipun biarlah berpada2..nabil kreatif..gud luck nabil..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...