Pages

Tuesday, April 12, 2011

Blog Diary, Ada Orang Kesah Ka?

Ishk....
Susah betul kadang tu rasa nak update blog walaupun idea bertimbun. Kadang tu bila pegang ja keyboard dan mengadap skrin......... Tah, idea tu macam sengaja tak benarkan dirinya diterjermahkan dalam bentuk perkataan. Lebih-lebih lagi kalau ianya melibatkan hal peribadi, lansung idea tu tak bagi dikongsi dengan orang lain.


Boleh dikatakan hampir setiap hari jugak TP akan bukak blog SSK ni. Walaupun tak publish apa-apa entri baru, tapi TP akan cuba juga untuk membalas komen-komen yang ditinggalkan dan buat Blog Walking (BW). Dalam BW tu mesti TP akan tersinggah blog kawan-kawan yang selalu diupdate. Boleh dikatakan TP sangat jelous dengan blog-blog yang selalu diupdate. Kalau entri yang diupdate tu entri copy and paste taklah mengagumkan sangat, tapi ni entri yang selalu diupdate adalah cerita peribadi. Terutamanya blog orang perempuan. Orang kata kira buat diary lah blog tu.

Bayangkan kalau hampir kesemua yang berlaku dalam kehidupan seharian kita dikongsi secara terbuka bugitu. Agak-agak ada orang yang kesah tak?. Nak tau ada orang yang kisah atau tidak tengok saja pada ruangan komen entri pada blog-blog yang selalu publish cerita-cerita macam tu.

Sajalah TP nak tanya korang semua. Agak-agaklah, kalau TP lah yang publish cerita-cerita peribadi atau menjadikan blog SSK ni menjadi blog diary.... rasa-rasanya ada tak orang yang akan ambil kisah nak baca cerita-cerita tu?? Akan ada ka orang yang nak tau cerita peribadi TP?? Cuba bagi pendapat, agak ada tak yang nak komen berjela kat entri tu nanti.
ce cerita ce cerita......

16 comments:

Millomocca Danique said... BALAS

cak...millo datan sini...lama x singgah hohohoi...

nub said... BALAS

ceq pon baru nak tulih benda macam ni semalam..tapi jadi takutnak publish sebab ntahla... nanti dikata entry tak berkualiti pulak...

ceq rasa kalu cara cerita seronok. cerita pasai apa2 pun boleh naa TP...ontahla...

Tuan Penasihat said... BALAS

@Millomocca Danique
amboi millooooooo...
lama cek tak singgah sini..
welcome welcome welcome..

Tuan Penasihat said... BALAS

@nub
uikss....
sama la fikiran kita.
tapi kalau Nub yg buat mungkin menarik kot, sebab nub ada cara dan dah ada follower sendiri dah. kira dah kuat pengaruh nub tu..

mrs.sabri said... BALAS

blog saya la tu yg banyak cerita kehidupan sehari2 hehe TAPI taklah sampai nak stori benda2 sensitif..x munasabah la pulak..huhu..saya x kisah ada org komen ke x komen ke asalkan blog tu saya yg punya ekeke..ermm pada pendapat saya TP kena la jugak stori sikit hal2 peribadi sbb kita semua ni pun nak tau jugak sikit walaupun x banyak..boleh la ye TP?

kpah k-poh said... BALAS

Bantai saja lah Labu...cuba TP tengok blog akak..dah jadi blog review jer..sampaikan akak pun dah ketagih nak review blogger..Tapi akak ada lagi blog..kat situ akak boleh tulis ikut kategori..tapi jgn sangka byk blog byk dpt duit nuff....

Anitafasha said... BALAS

Seeloknye xpyah la citer sume hal peribadi je. Kdg2 kena lah selit sikit ilmu, tips ke ape. Pendapat je..

Belalang Hijau said... BALAS

rasanya ok jer klu masuk yg pribadi sket...

pembaca blog ni ada mcm2 ragam...ngee

aLieF si Muncung ManiS said... BALAS

dia defend kepada pembaca gak..ada pembaca kesah,,ada pembaca tak kesah..tapi kalau alief,,alief terjah je..yang penting dia kawan blogger alief..huhu..tak ape TP,,kalau TP tak ada idea nak tulis blog,,TP baca je buku komik sperti yang alief buat..huhu..

Tuan Penasihat said... BALAS

@mrs.sabri
aik??...
jangan la terasa. TP bukan tulis yag negatif. cuma nak tau pendapat orang jer. mengenai stori diri TP tu, nanti TP fikirkan yer.
TQ. :)

Tuan Penasihat said... BALAS

@kpah k-poh
uikss bahaya ni ketagih review. nak kena hantar pusat pemulihan ni.
alah duit banyak kot... saja taknak bgtau ler tu. takut kena belanja yer.

Tuan Penasihat said... BALAS

@Anitafasha
betul betul betul...
tips?... hmmm... nak kena belajar lagi TP ni kalau nak bg tips kat orang.
TQ. :)

Tuan Penasihat said... BALAS

@Belalang Hijau
oooooo begitu rupanyer yer pak belalang.

Tuan Penasihat said... BALAS

@aLieF si Muncung ManiS
TP x payah baca komik. TP baca blog alief jer. dah macam baca ujang dah ghupernyer.

aienzunnur said... BALAS

kalau yg saudara tulis tu boleh inspired atau jadi teladan atau something yg beneficial, for me tak salah..

tp kalau asyik cite terlalu peribadi xbest jgakk...hehe

just bg pndpt..=p

Tuan Penasihat said... BALAS

@aienzunnur
hmmm... komen yg bernas. tq tq tq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...