Pages

Saturday, April 2, 2011

MARAJA LAWAK Minggu Pertama - Perebutan Takhta Kini Bermula

Jumaat 1 April 2011, pada jam 10 malam. Bertempat di Studio Finas, Kompleks Studio Merdeka, Ampang. Buat pertama kali telah berlansungnya sebuah lagi rancangan terbitan Astro bagi mencari Maharaja Lawak. Jikalau Raja Lawak adalah untuk mencari bakat pelapis industri lawak jenaka dan komedi tempatan, Maharaja Lawak pula adalah bagi mencari pelawak terunggul dikalangan finalis Raja Lawak musim pertama hingga musim yang ke lima.

Senarai 10 peserta yang mengambil bahagian adalah:-



1. JOZAN ( Johan & Zizan )                                   7. Nabil
2. Jihan                                                                        8. Amir
3. Alex                                                                          9. Kumpulan Sepah
4. Kumpulan WAI ( Kecik & Idlan )                10. XN3
5. Kumpulan Jambu ( Yus & Tauke )              11. Kumpulan Balas
6. Man                                                                        12. Kumpulan R2

Barisan Pengkritik Tetap:-
1. Mohd Khalid                        3. Mohd Idham
2. Syaiful Apek

Pengacara yang terpilih untuk mengacara rancangan Maharaja Lawak ini telah di pertanggungjawabkan kepada AC.
Pemenang yang dipilih sebagai Maharaja Lawak akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai sebanyak RM200,000 dan RM100,000.

Jikalau program Raja Lawak, nasib setiap peserta bergantung 100%  pada undian SMS. Kali ini lain pula konsepnya dengan permakahan Maharaja Lawak, dimana SMS hanya memberi markah 50% dan 50% lagi adalah diadili oleh juri.

Ok cukup pengenalan kepada peserta, juri dan pengacara Maharaja Lawak. Kita pergi pula kepada kesimpulan persembahan kesemua peserta yang telah membuat persembahan pada minggu pertama ini. Rata-rata peserta telah memberikan persembahan yang sangat menghiburkan. Tetapi terdapat juga segelintir peserta yang dilihat kurang membuat persediaan dan main selambasahaja diatas pentas. Ialah, mungkin sebab sudah bergelar artis dan sudah biasa dipentas membuatkan sesetengah peserta ini merasakan mereka mampu membuat persembahan secara spontan.

Bagi juri pula, agak hairan juga kenapa persembahan JOZAN dihentam sebegitu teruk. Harus diingat, kesemua peserta ini telahpun bergelar artis profesional malah ada yang telah mempunyai rancangan kendalian sendiri. Bukan pujian melambung dari juri yang dipinta, tetapi cukup sekadar menjaga air muka peserta semua. Kerana kesemua peserta telah mempunyai identiti dan gaya tersendiri dalam kerjaya mereka. Sudah pasti juga mereka ini mempunyai peminat dan penyokong yang meminati mereka kerana keistimewaan mereka itu.

Setelah tamat kesemua peserta membuat persembahan, tibalah masa mengumunkan siapa yang bakal tersingkir. Tiga peserta dipanggil kepentas kerana menduduki tempat terendah. Amir, XN3 dan Jihan adalah nama yang dipanggil. Walaubagaimanapun juri mengumumkan tiada penyingkiran magi minggu pertama ini.

Melihatkan kepada persembahan dan apa yang telah berlaku minggu ini di gelanggang Maharaja Lawak, sudah pasti kita tidak sabar menunggu untuk menyaksikan Maharaja Lawak pada minggu depan. Sama-sama kita tunggu dan saksikan Maharaja Lawak di astro pada setiap jumaat jam 10 malam.



1 comments:

Adinda Amy Sensei said... BALAS

alaaa...malam td tido awal...tak sempat nak tengokkk....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...