Pages

Saturday, April 30, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 5 - Jihan Tersingkir

Setelah beberapa minggu namanya diumumkan sebagai salah seorang dari tiga orang peserta yang sering mendapat markah terendah diakhir persaingan. Namun beliau sering saja terselamat. Tetapi kali ini nasib tidak lagi menyebelahi Jihan apabila nama beliau diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Dua lagi nama peserta yang diumumkan mendapat markah dan undian terendah adalah Amir dan Man.


Bagaimana dengan anda yang menyaksikan persembahan setiap peserta di setiap minggu. Pasti sudah dapat mengagak siapakah peserta yang mungkin beraksi di pentas akhir nanti. Walau apapun ramalan anda dan siapa juga yang anda sokong, ianya tidak bermakna sekiranya hanya menonton tetapi tidak menyumbangkan undi. Kerana peserta pilihan anda mungkin akan tersingkir lebih awal.

Kita nantikan saja kejutan yang mungkin berlaku pada persaingan merebut gelaran Maharaja Lawak pada minggu hadapan. Tengok jangan tak tengok, undi jangan tak undi, tengok jangan tak tengok, undi jangan tak undi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...