Pages

Saturday, April 16, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 3 - Kumpulan Wai, XN3 Dan R2 Tersingkir

Salam semua..
Amacam tengok tak rancangan Maharaja Lawak (ML)minggu ke 3 ni?..
Apa???? tak tengok???.....
Oooooo.... Sebab tak langgan Astro Warna.... Rugi ooooooo...

Ok lah berbalik pada apa yang berlaku di pentas Maharaja Lawak minggu ke 3 ini. Seperti yang dijanjikan terdapat penyingkiran yang diumumkan oleh juri diawal rancangan ML ini. Bukan satu nama yang diumumkan, tetapi dua nama yang diumumkan oleh juri untuk disingkirkan. Peserta yang disingkirkan tersebut adalah Kumpulan Wai dan Kumpulan XN3.


Selepas mengumunkan penyingkiran peserta tadi, saingan minggu ke 3 diteruskan. Bertemakan Lawak Muzikal, rata-rata peserta memberikan persembahan yang memang tahap gelak pecah perut. Memang mantoplah!!!..
Tapi bagi pendapat peribadi TP, persembahan yang meninggalkan kesan adalah persembahan Nabil, Sepah dan JOZAN. Memang terbaiklah!!!


Walaubagaimanapun masih terdapat penyingkiran diakhir rancangan ML tadi. seperti biasa tiga nama diumumkan mendapat markah terendah, dan tiga nama tersebut adalah Amer, Jihan dan R2. Sememangnya diluar jangkaan apabila R2 diumumkan tersingkir pada minggu ke 3 ini. Apa-apa pun, tahniah buat semua peserta kerana memberikan persembahan yang terbaik.

1 comments:

aLieF si Muncung ManiS said... BALAS

sepatutnya amir yang terkeluar...R2 tu rasanya tak patut keluar..huhu..kenapa juri tak boleh tolong...??R2 lawak kot...huhuhuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...