Pages

Saturday, April 30, 2011

Harakah Online - Cukup-cukuplah Anwar

‘‘CUKUP-CUKUPLAH Anwar dengan sikap pura-pura kamu. Cukup-cukuplah memfitnah orang lain demi menutup kesalahan kamu.” Kata-kata ini dilafazkan oleh Ezam Mohd. Noor yang suatu ketika dulu bukan sahaja menjadi sahabat Anwar, malahan sanggup masuk lokap dan penjara semata-mata demi mempertahankan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. 

Sememangnya Ezam adalah antara insan yang paling layak untuk menasihatkan Anwar untuk menghentikan sandiwaranya yang menjadikan arena politik negara sebagai medan bagi mempertahankan dirinya daripada segala tuduhan berkaitan dengan masalah moral yang dihadapinya. 


Walaupun pelbagai bukti semakin jelas tidak menyebelahinya namun Anwar tidak mahu menunjukkan tanda-tanda hendak mengalah. Sebaliknya demi cita-cita politiknya untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar mempertaruhkan segala-galanya demi mempertahankan dirinya. 

Anwar tidak mahu mengambil jalan mudah iaitu meletakkan jawatan dan berundur sekali gus untuk mententeramkan kembali arena politik negara. Sokongan membuta tuli yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin DAP dan Pas pula memberikan semangat kepada Anwar untuk terus bersandiwara. 

Bagi Anwar sejak tahun 1998, beliau sentiasa menganggap dirinya suci dan bersih, jauh daripada dosa-dosa yang dikaitkan dengan dirinya. Kepada Anwar, apa juga tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah konspirasi, fitnah dan mainan politik yang amat menjijikkan. 
_______________________________________________

Klik sini untuk membaca berita penuh di Harakahonline.net.
Minta maaf sekiranya ada kesilapan dari pihak blog Saya Salah Ka dalam rujukan artikel ini.


.

2 comments:

nik rosmawati said... BALAS

Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu. Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan. Bukannya mengangkat sumpah laknat" - Dato Md Hashim Yahya (Bekas mufti Wilayah Perseketuan

so selagi Anwar tak di buktikan bersalah so kita tak de hak nak salahkan dia.
teknologi semakin canggih, manusia boleh buat mcm2.

Belalang Hijau said... BALAS

harakah tulis mcm nih? mcm x caye jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...