Masih lagi dengan semangat kemenangan Harimau Malaya yang masih menebal.
Tuan Penasihat (TP) merasakan rata-rata rakyat Malaysia masih teringat lagi dengan provokasi yang dilakukan oleh penyokong dan rakyat lawan kita terhadap pasukan kebangsaan kita. Tetapi masej jelas yang cuba mereka sampaikan adalah kebencian mereka terhadap negara kita sebenarnya. Kenapa harus jadi begitu????
Sejak sekian lama perhubungan kedua-dua negara ini begitu akrab, tetapi kenapa semenjak kebelakangan ini ada saja isu sensitif yang timbul sehingga kebencian jiran kita itu kepada kita semakin berani di tunjukkan secara terang-terangan.
Tetapi mujurlah kita dapat melihat isu ini dapat kita hadapi dengan tenang dan matang. Apa yang mengecewakan TP adalah apabila ada rakyat negara kita sendiri yang mencanangkan keburukan negara kita sendiri diluar. Entahlah.... Sebenarnya TP malas nak bercakap tentang perkara ini dengan panjang lebar. Kerana TP sangat sayangkan negara tempat tumpahnya darah ku ini.
Tetapi bagaimana pula dengan anda semua terutamanya blogger-blogger sekalian. Tahukah dan sedarkah kita tentang kuasa blog yang ada dalam tangan kita ini? Sekiranya kita bersatu menyebarkan rasa kedamaian dan kecintaan terhadap nagara, bangsa dan agama kita ini sudah pasti kita dapat mematahkan segala dakyah dan cakap-cakap yang tidak benar sekali gus mungkin dapat memulihkan kembali hubungan yang sedang retak ini.
Tetapi ini adalah pendapat peribadi TP semata-mata. Terpulang kepada anda sekiranya berpendapat sebaliknya. Kerana tidak ada keuntungan yang kita perolehi dari kebencian dan kemusnahan.
Sesungguhnya TP rela melakukan apa saja demi negara tercinta ini kerana Saya Anak Malaysia.....
1 comments:
betul....
saya anak malaysia.....
Post a Comment