Pages

Friday, March 11, 2011

Negara Jepun Dilanda Gempa Bumi Dan Tsunami. Amaran Juga Kepada 53 Buah Negara Yang Lain!!

Negara Jepun dilanda Tsunami setinggi 4 ke 10 meter setelah mengalami gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala ritcher hari ini. Kejadian tersebut telah berlaku pada jam lebih kurang 1.45pm waktu malaysia. 53 buah Negara termasuk Malaysia dijangka turut sama dilanda oleh tsunami ini. Pihak berkusa jepun dilaporkan telah menutup semua perlabuhannya.


Dari berita yang Tuan Penasihat perolehi dari CNN dan beberapa berita antarabangsa yang lain, pihak berkuasa Malaysia mengeluarkan amaran kepada penduduk persisir pantai di kawasan Pantai Timur, sabah dan Sarawak supaya menjauhi kawasan pantai. Malapetaka ini adalah merupakan yang terburuk dalam tempoh 140 tahun dalam sejarah.

The Pacific Tsunami Warning Center di Hawaii berkata amaran tsunami telah dikeluarkan kepada Jepun, Russia, Marcus Island dan Northern Marianas. Guam, Taiwan, Filiphina, Indonesia U.S. state of  Hawaii turut diberi perhatian sepaya berjaga-jaga.

Marilah kita sama-sama berdoa supaya kita semua berada didalam lindungan yang maha esa. Mudahan diselamatkan kita dan semua umat dari bahaya yang mendatang ini.
Amin……

** Blog SSK akan cuba mendapatkan lagi berita terkini jika ada.
     Mintak maaf sekiranya terdapat kesilapan dalam laporan ini.

sumber google

4 comments:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said... BALAS

sungguh mengerikann

Tuan Penasihat said... BALAS

@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA
memang mengerikan.
tak dapat nak bayangkan macam mana kalau kita tengok keadaan tu live depan mata.

Rainbow said... BALAS

semalam dpt tahu je berita ni , terus kol abg kat srawak... harap2 malaysia dlm kawasan lindungan.. amin

Adinda Amy Sensei said... BALAS

ujian dari ALLAH bole dtg dlm pelbagai cara...tak kire mase kan...YA ALLAH...LINDUNGILAH KAMI...


emm...kalo sudi, amikla kad tu ekk TUAN PENASIHAT..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...