Pages

Wednesday, March 23, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - The Malay Chronicles: Bloodlines

dari google
Kelmarin adalah hari cuti TP. Alhamdulliah kebetulan wife TP pun cuti jugak. Jadi alang-alang dah dua-dua dapat cuti serentak ni, TP pun ajak la wife pergi tengok wayang. Sebenarnya dah lama TP dengan wife tak tengok wayang. Last wayang yang kami tonton pun rasanya dah hampir lima tahun kot, cerita hantu siam. Masa tu wife TP tengah mengandung anak pertama, sampai la lani dah dua anak TP baru nak tengok wayang pulak.


Nak tau cerita apa yang TP nak tengok sangat tu?.... Haaaaa..... Cerita apa lagi kalau bukan Hikayat Merong Mahawangsa arahan KRU tuuuuu..... Mungkin TP antara yang terlambat tonton cerita tu. Maklumlah sebelum ni asyik tak sihat jer, pastu sibok memanjang. Oklah, masa TP tengok wayang tu penonton pun tak la ramai sangat, maklumlah show pukul 4.30 petang.

Expectation untuk filem ni memang tinggi. Kenapa tidak, rata-rata bagi pujian yang melambung-lambung. Kalau ada yang bagi negatif punya komen pun, tetap ada pujiannya tu. Jadi start saja filem tu ditayangkan, TP dah takmau tengok kiri kana lagi dah. TP hanya fokus pada filem yang sedang ditayangkan tu aja. Walaupun anak TP cuba kacau daun, TP cuba jugak bagi perhatian 100% sampai filem tu habis.

Habis saja filem tu, barulah TP buat kesimpulan. Nak tau apa kesimpulannya?.....
Kesimpulannya memang bestlah filem tu. Kalau tak kerana beberapa pelakon Malaysia yang kita kenali, memang TP dah kata itu bukan filem Malaysia. Walaupun ada sedikit kekurangannya tapi masih boleh diterima dari segi keseluruhan filem tersebut. Tahniah diucapkan kepada KRU dan seluruh ahli produksinya. Waktu menonton tu terasa macam filem Piret Of Caribbean campur dengan Troy pulak. Ishk.. Nak tengok lagilah nanti. Asyik dok teringat ayat ni jer.
 
"Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua,
Bila dua jasad menjadi satu,
Hidup mati jadi bersama"


Buat yang belum menonton tu cepat pergi tengok sebelum habis tayangannya di pawagam nanti.

Barisan Pelakon Hikayat Merong Mahawangsa (klik kalau nak tengok)


8 comments:

kpah k-poh said... BALAS

memang best ler...akak dah tgk dah...

zmah said... BALAS

Tak sempat nak menontonnya.

Adinda Amy Sensei said... BALAS

best ke cite tu TP???

nik rosmawati said... BALAS

best kan citer ni.kelamahan skit2 tuk biasa la.mmg kagun dgn hasil kerja Yusri ni.harap berbaloi dan dapat pulangan yg sepatutnya la kan.

Tuan Penasihat said... BALAS

@kpah k-poh
tengok la lagi kak sampai 3 4 kali.

Tuan Penasihat said... BALAS

@zmah
takper kak, balik nanti beli ler cd tengok. best.

Tuan Penasihat said... BALAS

@Adinda Amy Sensei
tersangatlah bestnya. TP rasa nak tengok lagi.

Tuan Penasihat said... BALAS

@nik rosmawati
kira ok ler teraf product tempatan.
jangan la terlampau nak compare ngan hollywood plak kan.
agak dah berapa juta dia kutip aaa??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...