Pages

Saturday, March 26, 2011

Keputusan Bola Sepak Persahabatan: Malaysia vs Kelab Etoile Fc ( Singapura ), 26 Mac 2011

Perlawanan persahabatan Malaysia vs Kelab Etoile FC baru sahaja berakhir dimana kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan gol 1 sama. Etoile FC adalah merupakan kelab dari Perancis yang bermain dalam liga S di Singapura.


Gol Malaysia telah dijaringkan oleh Fakri Saarani melalui tandukan dari satu tendangan percuma pada minit ke 7.  Perlawanan kedua-dua pasukan berlansung sengit. Tamat separuh masa pertama, Malaysia kekal mendahulu dengan 1 gol dihadapan.

Masuk separuh masa kedua Etoile FC dilihat lebih garang. Sememangnya dapat dilihat jelas terdapat kelemahan pada pertahanan pasukan Malaysia. Begitu juga pada bahagian serangan. Adakah punca ketumpulan jentera serangan ini berpunca dari ketiadaan Safee Sali?. Pasukan Malaysia melakukan pertukaran yang sangat besar di separuh masa kedia ini, manakala pasukan lawan hanya melakukan satu pertukaran pada awal separuh masa kedua. Dari segi corak perlawanan juga dapat dilihat pasukan Malaysia bermain sangat santai walaupun melakukan beberapa percubaan. Etoile FC pula dilihat bermain bersungguh-sungguh seperti bermain di final dan bukan perlawanan persahabatan.

Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan kerana mempersembahkan persembahan yang menarik. Kepada pasukan Malaysia, semoga terus maju dimasa hadapan. Tak sabar nak tengok Malaysia lawan dengan Chelsea  dan Liverpool.

4 comments:

Rain said... BALAS

mcm pengulas sukan daa TP ni..he..

Tuan Penasihat said... BALAS

@Rainbow
memang teringin nak jadi pengulas sukan. tapi depa tak bagi pasai depa suru jadi hero filem, TP xmau.

aLieF si Muncung ManiS said... BALAS

malam tu malaysia main okay...tapi goal team lawan tu cantik..goal dari luar kotak penalti tak silap alief..TP,bila malaysia nak lawan chelsea n leiverpool tu??

Tuan Penasihat said... BALAS

@aLieF si Muncung ManiS
TP pun x sure bila Malaysia nak lawan chelsae n liverpool tu.
kalau x silap chelsae dah sign kontrak, cuma tarikh belum diketahui.
liverpool pulak belum kompom.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...