Pages

Sunday, January 30, 2011

Keputusan Rasmi PRK DUN Tenang

Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang telah diumumkan secara rasmi yang mana menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Azhar Ibrahim berjaya menewaskan calon PAS iaitu Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi. Ini bermakna BN mengekalkan kerusi di DUN Tenang.


Tahniah diucapkan kepada calon BN. Semoga menggunakan mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dengan sebaik baiknya.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai PRK DUN Tenang.
Calon yang bertanding. : 1. Azhar Ibrahim  - Barisan Nasional (BN)
                                      2. Normala Sudirman  - PAS


Jumlah undi diperolehi : BN - 6,699
                                    PAS - 2,992

Perbezaan undi : 3,707 ( 38.22% )

Jumlah keseluruhan peti undi : 33 peti.

Jumlah keluar mengundi : 71.75% = 10,585 orang pengundi.

Cuaca : Banjir besar melanda beberapa bahagian tempat pembuangan undi di Tenang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...