Pages

Saturday, January 22, 2011

ISU AUTO BLOG WALKING DAH SELESAI????

Haaaaa...... Apa ni???
Betul ka dah selesai. Habis tu siapa yang menang dan siapa pulak yang kalah???
ka semua pihak dah berdamai????
Eeeeee.... Tak pahamlah.

Sabar-sabar. Buat anda semua yang mengikuti isu auto BW ni, tak kiralah dari sumber mana yang anda ikuti. Semestinya anda tahu bertapa panasnya isu ini bermain di beberapa blog kebelakangan ini. Sehinggakan ada blogger-blogger yang dikatakan otai turut terheret sama, sama ada secara lansung atau tidak lansung. Dari apa yang TP tahu, isu ini turut menjadi perhatian blogger-blogger di luar negara. Macam yang peserta raja lawak si Nazim tu kata, dashat! dashat!.... Dasyat penangan Pendekar Berkuda dan Pasukan Bersekutunya.

Tapi apabila menjengah ke blog Pendekar Berkuda dan beberapa rakannya yang lain seperti Belalang Hijau dari Suara Bawah Tanah. dan satu dua blog lagi. TP tengok mereka ini dah mula mengendurkan keadaan sedikit dan dah mula membuka isu baru. Kenapa begitu? Adakah setelah diasak oleh lawan, mereka ini mula memikirkan untuk berundur dari medan perang???

Sekiranya anda yang mengikuti isu ini dan berpendapat sedemikian, bermakna anda salah. Bagi TP apa yang mereka lakukan adalah merupakan satu langkah bijak dan sememangnya dilakukan kerana ini adalah waktu yang sesuai. Kenapa TP berpendapat begitu? Kerana TP tahu mereka ini bukanlah orang-orang yang bodoh. Atau "serbu tembok tak pakai helmet" dalam cerita anak mami ada dialog ni. Kerana mereka melakukannya bukan kerana nama atau trafik. mereka melakukannya demi dunia bolg. Kenapa, penting sangat ker nak berblog? Hanya anda yang mampu menjawabnya.

Ada persoalan yang bermain selepas isu ini. Perlukah kita memaafkan mereka yang terlibat menggunakan Auto BW ni. Atau kita minta supaya mereka tutup sahaja blog mereka, pergi main jauh jauh. Jangan lagi main blog. Patut tak kita bertindak begitu? Beginilah, maaflan TP kalau pendapat kita berbeza. Bagi TP selepas pendedahan yang dilakukan, kita sekarang lebih bijak dalam isu ini. Kita telah di beritahu tentang dalangnya, kita juga telah diberitahu tentang cara-cara mengatasinya. Jadi sudah semestinya kita lebih bijak dari dahulu. Jadi tak salah rasanya kita beri sahaja mereka ini peluang kedua, terutamanya mereka yang telah mengaku akan kesalahan mereka itu. Kerana dari apa yang TP amati, ada diantara mereka yang tidak tahu bahawa software ABW tersebut hanya memberi trafik sehala sahaja. Buat kawan-kawan kita itu, teruskanlah berblog dengan menggunakan blog anda, tak perlu tukar nick atau segalanya. Cuma lakukanlah aktiviti BW secara jujur dan betul.

Tapi adakah ini menunjukkan isu ini akan ditutup terus. Jawapannya sudah pasti  tidak. Selagi ada golongan yang nak senang cepat, sudah pasti isu ini akan kembali bergegar. Tapi siapa pula kali ini yang akan masuk gelanggang, Pendekarkah? Belalang kah? atau Tuan Penasihat kah??
Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Salam............

13 comments:

nub said... BALAS

macam2 naa..huhuhu

nub said... BALAS

haaa..ceq pon rasa begitu laa TP..
nanti2 mesti ad jgak an..ta siokk laa an...


huhhu

aNnE said... BALAS

huhu apa2 pun gue harap benda ni cepat2 selesai..sampai bila nak perang..huhu

JZ Business World said... BALAS

tadi ada singgah 1 blog ni.. memang tuan blog tu marah gile bila dituduh menggunakan auto bw.. hmm.. ntahlah.. mungkin dia mangsa keadaan.. maaf-memaafkan memang amalan mulia tetapi jika ia disengajakan dan tak insaf.. melakukan hanya untuk kepentingan sendiri, itu yang payah cerita.. camne nak buat tu?..

Belalang Hijau said... BALAS

sengaja slow sikit utk meredakan suasana.nak tgk ade yg masih guna atau tidak...tp nmpknya masih ada yang gunakan software ini...nampak sgt dia x pernah tau isu ini meletop sebab begitu asyik guna software ni ber BW...apparra...

Rafina Mimi Zairul Murni said... BALAS

maafkan aje la mereka tu..beri peluang kedua..semua org kalau dah buat silap,berhak utk dapat peluang kedua..tapi bagi saya isu ni takkan selesai sekiranya masih ada lagi blogger yg guna cara tu..

Tuan Penasihat said... BALAS

@nub
aik tak mo pukoi dah ka?
memang betoi isu ni takkan pernah selesai. cuma reda jer tu.

Tuan Penasihat said... BALAS

@aNnE
uiks perang tu. rasanya depa dah buat genjatan senjata kot. dah reda sikit tu.

Tuan Penasihat said... BALAS

@JZ Business World rasanya jawapan tu ada dalam entri TP yang terbaru.

http://sayasalahka.blogspot.com/2011/01/mari-tukar-cara-blog-walking-di-kotak.html

Tuan Penasihat said... BALAS

@Belalang Hijau haaaaa itulah kesan ketara. dia kira blog dia ja. blog orang dia tak p. takpa mesti ada penyelesaian tu.

Tuan Penasihat said... BALAS

@Rafina Mimi Zairul Murni betul tu. munggkin cara penggunaannya perlu dikaji supaya lebih positif.

Pink Pearl Lady said... BALAS

payahkan kalau orang pandai semua dia boleh buat sampai boleh wat sofware untuk kepentigan diri sendiri...

Tuan Penasihat said... BALAS

@Pink Pearl Lady
itulah yang dinamakan penyalah gunaan ilmu.
sebenarnya ABW ni masih mempunyai kebaikannya kalau digunakan dengan betul dan kena pada tempatnya. mungkin satu kajian dan perbincangan secara serius boleh dilakukan tentang hal ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...