Pages

Saturday, January 1, 2011

FAIZAL YUSOF DI SAHKAN MENINGGAL DUNIA

Industri tanah air hari ini menyambut kedatangan tahun baru dengan berita pembukaan tentang pemergian seorang pelakun iaitu saudara faizal Yusof. Mungkin ramai yang mengenali arwah melalui drama bersiri lakunannya seperti Adamaya (TV3) dan Zahrul vs Zarina (astro).


Arwah yang juga merupakan bekas suami kepada seorang penyanyi Siti Nur Diana itu dikatakan telah dilaporkan terjatuh didalam bilik air dirumahnya sebelum dibawa ke hospital dalam keadaan yang sangat kritikal. Arwah disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Hospital Pusrawi kerana kegagalan jantung dan jenazahnya dijangka akan disempurnakan pada jam 10 pagi esok.
Tuan Penasihat sebenarnya telah mengetahui berita tersebut lebih kurang jam 3 petang tadi melalui beberapa rakan blogger kita tetapi mengambil sikap untuk menunggu pengesahan dari berita di TV sahaja. Walaubagaimanapun Takziah di ucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah dan marilah kita menyedekahkan al-fatehah kepada arwah beliau. Semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman, amin.....

2 comments:

Kak Mahh said... BALAS

Dari Allah kita datang kepadanya kita kembali...
Jom join ride!

Tuan Penasihat said... BALAS

@zmah
ya betul tu. begitulah harus kita ingatkan diri kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...