Pages

Saturday, June 25, 2011

Sepah Juara Final Maharaja Lawak 2011

Juara Maharaja Lawak
Naib Juara
Tempat ketiga
tempat keempat
Satu keputusan yang sangat mengejutkan namun bukanlah mustahil untuk berlaku. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sepah kerana berjaya dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Astro 2011. Boleh dikatakan satu keputusan yang sukar untuk ditentukan. Ini kerana kesemua finalis memberikan persembahan yang terbaik dari mereka.

Diawal rancangan, pengacara AC Mizal telah mengumumkan bahawa Jozan berada di tangga pertama. Diikuti oleh Sepah. Kemudiannya Nabil dan ditangga yang ke empat adalah Jambu. Namun Ketika dipenghujung rancangan, Sepah telah diumumkan sebagai juara. Naib juara pula adalah milik Jozan dan tempat ketiga dan keempat kekal tidak berubah diduduki oleh Nabil dan Jambu.

Tahniah buat semua finalis yang berentap pada malam final ini. Secara peribadinya TP berpendapat bahawa pembahagian wang hadiah kemenagan adalah sangat adil. Ini kerana Sepah membawa pulang RM350k untuk dibahagikan kepada tiga ahli kumpulannya. Johan dan Zizan iaitu Jozan pula membahagikan RM250k untuk mereka berdua. Nabil pula boleh tersenyum kerana tidak perlu berkongsi RM150k dengan sesiapa. Manakala Jambu pula boleh bersyukur kerana walaupun ditangga keempat, mereka masih mampu membawa pulang RM50k daripada apapun tak boleh. Mungkin hanya gelaran Maharaja yang dimiliki Sepah membezakan status mereka.

1 comments:

Unknown said... BALAS

kesian jambu x menang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...