Pages

Tuesday, June 7, 2011

Keputusan Terkini Perlawanan Persahabatan Skuad Olimpik Malaysia vs Skuad Olimpik Kemboja ( 7 Jun 2011 )

Hari ini jam 5.00 petang, berlansung di stadium olimpik, Phnom Penh, Kemboja perlawanan persahabatan bawah 23 tahun diantara pasukan olimpik Malaysia menentang pasukan olimpik kemboja. Skuad kemboja berada pada tangga ke 176 rank Fifa pada akhir bulan Mac.

Skuad Malaysia walaubagaimanapun telah ketinggalan 1 gol pada minit ke 9. Ternyata persembahan skuad Harimau dilihat agak tertekan berbanding skuad tuan rumah pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, pasukan Malaysia dilihat bermain lebih baik dari pasukan Kemboja. Malaysia menguasai hampir keseluruhan permainan. Pasukan kemboja pula dilihat melengah-lengahkan permainan. Walaupun hanya tersentuh sedikit sahaja pemain Malaysia pasti mereka akan jatuh dan diberikan rawata. Hujan lebat yang turun menyebabkan permainan kedua-dua pasukan menjadi kelam kelibut.

Kemboja terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah seorang pemain mereka dikenakan kad merah. Kelebihan pemain tidak dapat membantu mereka menumbangkan atau menyamakan kedudukan gol dengan Kemboja. Tamat 90 minit permainan, Malaysia 0, Kemboja 1.


Malaysia 0 - 1 Kemboja
Tamat masa penuh permainan

- Kemboja mendahului pada minit ke 9
- Separuh masa ke dua, Kemboja lihihat memperlahan-lahankan permainan.
- Hujan lebat mula turun sekitar minit ke 60 perlawanan.
- Pasukan kemboja bermain 10 orang setalah seorang pemain mereka dikenakan kad merah.


PS- Ada yang mengatakan Kemboja menurunkan skuad senior mereka. Manakala Malaysia menurunkan skuad olimpik bawah 23 tahun.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...